Ramai yang mula bercucuk tanam dalam pasu. Bagi yang baru belajar menanam ini, ilmu membaja juga perlu ada. Barulah tanaman subur dan menampakkan hasil terutama bagi yang menanam pokok dalam pasu atau bekas.
Tip panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas untuk beginner
Perkongsian tip ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.
Macam mana nak baja? Berapa banyak baja nak guna? Bila nak baja? Berapa kerap nak baja?
Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.
Ads
Cara membaja tanaman dalam pasu
1. Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.
2. Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu.
Ads
Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack. Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada paket baja.
3. Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.
Ads
4. Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung. Sambil membaja bolehlah berselawat.
Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.
Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.
Thermo pot antara barang elektrik yang masih digunakan. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.
Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.
Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.
Cara mudah bersihkan
1. Penuhkan air dalam pot.
2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.
3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.
4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.
5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.
Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba
TIP PENJAGAAN
Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
Nak beli bukan murah, jadi kakak-kakak kena la jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.
Nampak dari luar jambu elok merah, dan masak ranum. Memang sedap kalau makan. Tapi bila dibelah, buruk dan berulat. Memang frust.
Ada yang kata jambu yang buruk begini disebabkan oleh kita menyicah. Tak tahu pula bagaimana kaitannya.
Namun apa yang boleh dijelaskan kaitannya adalah, buah jambu yang buruk ini adalah disebabkan serangan lalat buah.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan jika pokok buah jambu mengalami masalah ini. Paling penting menghalau lalat buah ini daripada mendekati putik atau buah jambu yang sedang membesar.
1. Waktu buah jambu masih putik, sembur dengan racun serangga kemudian balut dengan kertas atau plastik.
2. Bersihkan dan bakar daun-daun kering di bawah pokok, asap juga membantu menghalau lalat buah.
3. Beli hormon lalat di kedai racun/baja,celup kain/riben dalam hormon kemudian ikat ada pangkal pokok. Lalat buah akan tertumpu di situ dan tidak menyerang buah jambu.
4. Bersihkan jambu-jambu buruk yang gugur supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
5. Cara paling mudah, tabur 2-3 pek garam sekitar 1 kaki dari pangkal.