Kekerapan kita menggunakan telefon pintar membuatkan kebanyakan daripada kita wajib membawa power bank setiap kali keluar dari rumah.
Keperluan itu menyebabkan hadir banyak jenama power bank di pasaran. Namun begitu kita perlu hati-hati memilih power bank sebelum membelinya apatah lagi ada beberapa kali kejadian power bank meletup berlaku.
Berikut adalah tip untuk pilih power bank dipetik dari laman Sifu Power Bank.
10 Tip Pilih Power Bank
1) Jenama
Ini amat penting kerana jenama akan menentukan tahap kualiti & fungsi sesuatu power bank. Di Malaysia, banyak jenama power bank yang muncul. Ada yang baik dam ada juga jenama yang meragukan (@ powerbank tiruan). Antara brand yang dicadangkan berdasarkan pengalaman saya adalah power bank dari jenama Pineng. 100% pelanggan saya berpuas hati dengan kualiti dan ketahanannya.
2) Pengeluar / Pengilang
Buat kajian terlebih dahulu kepada brand yang anda cadang nak beli. Rujuk website syarikat mereka dan maklumat-maklumat terkini untuk mengetahui bahawa syarikat tersebut memiliki kepakaran dalam bidang industri bateri atau tidak. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda terbeli power bank dari syarikat yang tidak WUJUD /power bank tiruan.
Ads
3) Kualiti
Periksa kualiti dengan buat kajian / baca komen-komen pengguna lain yang sudah menggunakan sesuatu jenama power bank tersebut. Kualiti ini juga menentukan prestasi power bank anda adakah dapat memberi kesan terhadap kepantasan dan ketepatan bagi memenuhkan bateri phone / tablet anda.
4) Ciri Khas
Ada pengeluar power bank yang menambah ciri-ciri unik pada power bank mereka supaya jenama mereka dapat bersaing dengan jenama power bank yang lain. Pengguna yang bijak akan memilih power bank yang mempunyai nilai-ilai tambah seperti ada fungsi torch light , LCD display, high quality USB cable dan sebagainya. Tetapi, pilih dengan berhati-hati supaya aksesori tersebut tidak mengganggu fungsi sebenar power bank anda.
5) Kapasiti
Startegi perniagaan power bank di pasaran ialah mengumpan pengguna untuk membeli power bank dengan kapasiti yang besar tetapi di jual pada harga yang sangat MURAH. Jadi amat penting untuk anda bijak memilih kapasiti bateri yang bersesuaian dengan model smartphone anda. Jangan beli kapasiti besar dan berat, tapi anda hanya guna sekali jer dalam sehari.Tak berbaloi dengan duit yang anda keluarkan.
Ads
6) Jaminan
Bagi tujuan keselamatan, cuba pilih power bank yang menawarkan tempoh jaminan paling kurang untuk satu tahun. Semasa pembelian power ban tersebut, sila dapatkan details dari penjual / pengedar anda dari segi terma dan syarat untuk claim warranty supaya anda boleh menghantar power bank yang rosak tersebut dalam tempoh jaminan jika terdapat sebarang masalah.
7) Model
Terdapat banyak model-model power bank di pasaran sekarang. Jadi, anda perlu pilih dengan mengambil kira warna, bentuk, berat , kelebihan, aksesori tambahan dan warranty. Jangan hanya pilih power bank atas sebab harga murah sahaja.
8) Jenis bateri
Ada 2 jenis bateri yang di gunakan untuk menghasilkan sesebuah power bank iaitu bateri dari jenis Lithium Ion dan Lithium Polymer. Disarankan anda untuk memilih power bank yang di buat dari jenis bateri Lithium Polymer di mana bateri jenis ini lebih tahan lasak, tahan suhu tinggi, lebih ringan dan tidak mudah meletup.
Ads
9) Kapasiti Output
Perhatikan pada USB output pada sesebuah model power bank yang anda nak beli. Ada model / brand yang mempunyai satu USB port sahaja dan ada yang menawarkan 2 USB port yang membolehkan anda mengecas 2 phone serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaannya untuk model power bank yang ada 2 USB output, ia akan menawarkan output 5V 1.0A dan 5V 2.1A.
10) Indicator
Pilih power bank yang mempunyai LCD Digital display berbanding LED indicator yang dah lapuk kerana dengan LCD digital tersebut, anda akan lebih mudah untuk mengetahui berapakah baki kuasa bateri power bank anda dengan lebih TEPAT.
Gangguan air berlaku lagi di Selangor. Apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa ketiadaan air ini. Paling utama kena simpan air dan jimatkan penggunaannya
Daripada pengalaman lalu macam-macam cara simpan air dan tip menjimatkan penggunaan muncul dan dikongsi oleh netizen. Ada sebahagiannya cukup kreatif.
Korang yang terlibat dengan masalah bekalan air kali ini boleh guna idea ni ya.
1. Standby tong besar
Rasanya rumah korang mesti ada satu tong ini untuk kegunaan waktu macam ni kan.
2. Periuk besar pun boleh
Kalau takde, guna periuk besar atau apa saja barang yang boleh tampung air yang ada kat rumah termasuklah tupperware.
3. Kalau takde guna plastik macam ni
Takde juga cari plastik besar, plastik sampah pun boleh. Isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka.
4. Water dispenser letak dekat singki
Supaya senang kita nak basuh apa-apa yang patut. Macam paip la kan.
5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang
Jangan bazirkan air untuk basuh perkara ini, so beli stok untuk empat hari. Murah jer.
6. Alas pinggan dengan plastik
Boleh juga alas pinggan dengan plastik macam mamak jual nasik kandar tu.
7. Beli air mineral untuk minum di rumah
Jadi boleh guna air yang disimpan untuk keperluan lebih penting iaitu di bilik air.
8. Botol spray untuk ambil wudhuk
Gunakan cara yang biasa dipraktikkan oleh jemaah haji dan umrah kat Makkah untuk ambil wudhuk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.
Memasak ni selalu guna banyak air, nak basuh macam-macam. So buat kerja memasak tu sekali saja. Buat stok lauk, dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan saja.
10. Sediakan tisu basah
Untuk cuci tangan yang tak berapa nak kotor tu boleh pakai tisu basah ni. Selain itu kalau ada anak masih guna lampin pakai buang boleh kesat dulu najis dengan tisu ni sebelum bilas dengan air. Untuk cuci muka dan mekap pun eloknya pakai ni dulu ya.
Kalau korang ada lagi idea boleh tambah di ruangan komen ya.
Ayam percik ini antara menu yang selalu dijual di pasar malam atau restoren. Paling banyak dijual waktu bulan puasa.
Tapi kalau hati teringin nak makan sekarang dan tak jumpa pula gerai yang menjual bolehlah cuba buat sendiri. Boleh jadi persediaan untuk bulan puasa jugak, kan dah tak lama dah.
Jika nak cuba boleh guna cara buat ayam percik paling mudah, dikongsi oleh penjual ayam percik sendiri, SuiSan Aliezsha. Ringkas saja, memang boleh sangat kalau nak buat di rumah.
Buat sendiri ayam percik
1. Ayam dipotong, dicuci dan tos.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup.
3. Kisar halus juga ketumbar dan jintan manis
4. Tumis bahan di atas tanpa minyak. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
5. Letak ayam atas jaring dan bakar, renjis dulu jaring dengan minyak masak atau minyak zaitun.
6. Jika nak gunakan air fryer pun boleh bakar ada suhu 200 selama 15 minit. Bergantung kepada air fryer masing-masing. Jika nak guna oven bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
Cara buat kuah percik
1.Kisar cili kering dan bawang putih.
2. Sediakan sos cili, gula merah, gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung
3. Panaskan kuali/ periuk,masukkan cili, dan sedikit air kacau sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
4. Kacau hingga kuah jadi pekat, pastikan garam dan guna secukup rasa.
Hujung bulan depan kita dah nak mula puasa. Dah boleh juga kalau nak siap-siapkan bahan bagi yang nak buat kuih raya.
Salah satu kuih yang selalu di setiap rumah waktu raya adalah tart nenas. Biasanya kalau buat sendiri, jem kita beli yang ready made. Cuma kalau beli rasanya ‘kureng’ berbanding buat sendiri.
Nak sedap kena buat sendiri, kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.
Cara mudah dan cepat buat jem tart nenas
Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.
Bahan-bahan:
10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis
Cara membuat:
1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.
3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.
4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...