Ramai antara kita dah ada kesedaran untuk mengambil pelan perlindungan diri atau takaful.
Ia sebagai persediaan jika berlaku musibah tak dijangka seperti kemalangan dan penyakit.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk mengambil pelan takaful panduan daripada penasihat kewangan Azizul Azli Ahmad yang selalu berkongsi tip dan panduan di media sosial miliknya.
Tip pilih takaful
1. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000.
2. Bagi usia 40 tahun ke bawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan.
3. Jika usia 50 tahun ke bawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan.
Ads
4. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN.
5. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja.
6. Jangan ambil pelan SIMPANAN.
Ads
7. Jangan ambil pelan PELABURAN juga.
8. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan.
9. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN.
10. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN.
Ads
Saya walaupun bukan agen takaful, sangat galakan kengkawan memiliki takaful perlindungan asas.
Paling minimum adalah RM100,000 sahaja. Semakin awal bermula, semakin baik.
INFO
Sifat Takaful adalah perlindungan, jangan buat SIMPANAN dan PELABURAN dalam takaful. ia bukan instrument yang baik dan sihat untuk buat dua perkara itu. Ada banyak tempat yang baik untuk simpanan dan pelaburan yang beri pulangan sihat buat kita. Pandangan ini mungkin tidak dipersetujui oleh sahabat ejen sekalian, tetapi itulah pandangan saya dalam bertakaful
Selain ayam, daging goreng kunyit juga hidangan mudah yang sedap dan jadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas dan sambal pun dah cukup.
Walau pun sedap tapi bila nak buat daging goreng kunyit ini ramai yang merungut sebab bila dah goreng dagingnya liat. Memang spoil bila dapat hasil begini.
Jika tak nak daging goreng ini liat ada cara yang perlu digunakan ketika memasaknya. Kalau betul cara masak daging akan tetap lembut walaupun bukan daging batang pinang. Caranya dikongsi oleh Ummi Syuhada.
Tip buat daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang
Paling penting ikut tip ini :-
1. Jangan masak daging waktu masih beku & sejuk
2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
3. Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap. Kena perap dulu dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama rempah sup, rempah kurma serta serbuk kunyit.
4. Selepas diperap, goreng daging perap sekejap dalam 5 minit supaya keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.
5. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup api dan tutup kuali. Biarkan beberapa jam. Jika nak buat makan tengah hari, lakukan proses ini pagi.
Info: Selama terperap dalam kuali dagung melalui proses melembutkan urat-uratnya. Selain lembut, isi daging lebih ‘juicy’ & manis.
6. Selepas beberapa jam boleh sambung masak. Tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur (sebaiknya sayur seperti kentang dan lobak digoreng dulu supaya masak. Goreng kentang dengan lobak dulu baru masukkan bawang besar).
Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana. Masuk daun pandan. Biar keluar air daging & supaya daging sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit demi sedikit jika kering.
Bila dah daging dah masak, baru tambahkan air dan santan atau kentang. Waktu ini baru boleh besarkan api.
Semua tip di atas sesuai digunakan jika tiada presure cooker.
Kerusi kayu ini sinonim sangat dengan rumah kayu. Mesti ada dalam setiap rumah kat kampung. Bila dah datang rekaan perabot baru kebanyakannya dah tak digunakan. Letak tepi rumah terbiar begitu saja.
Tapi kita tak tahu sebenarnya kerusi kayu lama ini boleh diubah suai dijadikan kerusi yang cantik sesuai sangat dengan rumah moden sekarang.
Sambal sotong ini biasanya hidangan wajib kalau buat nasi lemak. Cuma kalau tak kena cara memasaknya sotong ini akan jadi liat macam gigit getah. Memang spoil kalau jadi macam ni.
Supaya sotong kembang ini tak jadi liat bila dah jadi sambal boleh ikut tip yang dikongsi oleh Reen Sofee.
Sebelum masak, panaskan sotong ini dalam kuali atau periuk, guna api perlahan tanpa minyak. Biarkan air dari sotong ini keluar sehinggalah kering. Selepas air kering boleh potong ikut saiz yang dikehendaki dan masak seperti biasa.
Boleh juga direbus dulu sotong kembang tapi sekejap saja. Bila dah mendidih tutup api. Kemudian boleh potong. Jika direbus begini masak sambal tak perlu lama.
Sambal sotong yang dimasak cara ini juga tak berair dan akan jadi pekat cantik.
Cara buat sambal sotong kembang pekat & sedap
Jika nak masak sambal sotong boleh juga ikut perkongsian resipi dari Jimmy Aisy.
Bahan bahan:
-3 ekor sotong kembang (ikut tip di atas sebelum masak)
-3 senduk cili yg di kisar
-6 ulas bawang merah kecil dikisar atau ditumbuk
-4 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk
-2 biji bawang besar dihiris
-1/2 ketul gula melaka (sambal akan jadi cantik warnanya dan sedap. Kalau tiada gula melaka boleh guna gula biasa dan boleh letak kicap manis atau kicap pekat dalam 2 sudu)
-1 keping asam keping
-Garam
-Perasa
-Minyak untuk menumis
Cara masak sambal tumis pekat
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Api perlu kecil supaya sambal masak.
2. Kemudian masukkan gula melaka dan masukkan sotong, jika terlalu kering masukkan sedikit air dan tunggu sambal pekat semula.
3. Masukkan garam, perasa dan asam keping, gaul sebati sehinggga sambal pecah minyak dan betul -betul masak dan masukkan bawang yang telah dihiris. Sambal akan bau wangi dan sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...