Bagi kereta yang terkena air banjir, tumpahan minuman, makanan terutama jika terbiar lama pada kusyen dan karpet memang menyebabkan bau hapak. Letak pewangi pun memang takkan hilang.
Boleh pening kepala kalau memandu dalam kereta yang berbau begini. Nak tak nak memang kena nyahkan bau ini dulu. Memang boleh cuci di tempat cucian kereta tapi jika nak jimat boleh guna cara tiga cara ini yang memang biasa digunakan dan berkesan.
Guna arang
Sebenarnya arang merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Terdapat dua cara menggunakan arang untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta.
Ads
Cara pertama ialah letakkan arang dalam bekas plastik dan biarkan terbuka sahaja di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkan di kawasan yang berhampiran dengan bau hapak itu.
Letak serbuk kopi
Selain arang, serbuk kopi juga merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Caranya mudah sahaja, letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di atas lantai kereta. Biarkan semalaman dan bau hapak akan hilang malah kereta akan semerbak bau kopi.
Ads
Baking soda
Kalau tiada arang dan kopi, boleh juga gunakan baking soda untuk nyahkan bau hapak. Caranya letak saja serbuk baking soda dalam bekas, biarkan terbuka dan letak dalam kereta semalaman.
Ads
Boleh juga tabur terus baking soda ini atas kusyen yang berbau hapak selama beberapa jam dan kemudian vakum. Teknik ini juga digunakan untuk hilangkan bau hancing pada tilam.
Daun pandan dan limau purut pun berguna
Selain daripada 3 cara di atas, boleh juga letakkan daun pandan atau daun limau purut untuk kurangkan bau hapak ini. Letak saja beberapa helai daun ini dalam kereta selama beberapa jam.
Teringin tanam sayur tapi duduk di kediaman yang punya laman kecil atau duduk di rumah jenis apartment mahupun kondominium. Ruang tak banyak untuk bercucuk tanam.
Jika nak teruskan hobi ini boleh saja, ikut cara tanam sayur ini. Guna cawan plastik saja. Kalau pandai atur banyak sayur boleh ditanam.
Nak cuba tanam? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ridh Art Lim.
Tanam sayur dalam cawan plastik
1.Sediakan 2 jenis cawan plastik, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.
2. Tebuk lubang pada penutup cawan besar agar cawan kecil boleh masuk separuh.
3. Masukkan air yg telah dicampur dengan sesudu teh Ajinomoto (sukatan 1 sudu teh Ajinomoto bersama satu liter air.
4. Dalam cawan kecil buat lubang dan masukkan tanah berbaja dicampur cocopeat. Semai anak pokok di dalam cawan kecil.
5. Sebaik-baiknya spray atau cat cawan besar dengan warna hitam agar tidak ditembusi cahaya mentari supaya tak berlumut.
6. Seeloknya apabila akar dah keluar, kurangkan air dalam cawan besar.
Boleh tanam macam-macam sayur kangkung, baby kailan, sawi, salad dan sebagainya. Untuk pokok cili dan terung kena sediakan bekas besar.
Tahi lalat pada baju ini timbul sebab kelembapan. Boleh jadi baju lembap terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contoh baju anak kecil yang tertumpah air atau susu.
Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor sebab ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya. Tak perlu beli pencuci khusus yang mahal, sebaliknya guna bahan yang sedia ada di rumah.
Caranya guna cuka dan lemon
Apa yang diperlukan cuma cuka dan juga lemon. Caranya;
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
3. Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
alau buat nasik lemak sambal bilis yang sedap memang penting. Tapi tak ramai yang mahir buat sambal yang enak, selalunya golongan ibu-ibu kita yang berumur pandai menghasilkannya.
Pun begitu nak hasilkan sambal yang sedap bukanlah susah sebenarnya. Cikgu Zazo Mohammad berkongsi rahsianya yang diperoleh daripada sahabatnya.
Caranya hanya dengan menumis gula. Mudahkan! tapi rasanya…
Tumis gula dulu sebelum tumis bahan lain
“Masya-Allah… Sedap sungguh. 1st time buat sambal ikan bilis yg sedap ni. Tumis gula jadikan karamel sebelum tumis cili kering. Terima kasih la sahabat Salz Eimas tak kedekut beri resepi ni. Siapa-siapa yg suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi ni.
1. Panaskan minyak kemudian masukkan gula sehingga ia larut menjadi karamel.
2. Kemudian tumis bahan yang dikisah iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Masak hingga terbit minyak.
3. Selepas itu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong. Masukkan juga air asam, gulam baram dan air sehingga sama paras.
4. Akhir sekali masukkan gula Melaka. Kecilkan api, tumis hingga keluar minyak barulah ditutup apinya.
5. Cara yang sama boleh juga digunakan untuk memasak sambal lain seperti udang, sotong atau puyuh.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...