Ramai tak tahu bahawa tilam yang kita gunakan setiap malam sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Terutama jika ia telah lama digunakan. Perasan tak kadang-kadang kita terasa sakit belakang bila tilam sudah melendut. Itu antaranya.
Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan lanjut tentang masalah kesihatan berkaitan tilam dan petanda bahawa tilam kita sudah perlu ditukar.
Masalah kesihatan akibat tilam tak elok
“Dah lama! Tilam tu saya beli masa baru kahwin dulu. Lebih 10 tahun dah, doktor.”
Kadang-kadang, saya kena tanya pesakit saya, bila kali terakhir mereka tukar tilam. Selain tilam dan bantal, ada tak permukaan lain yang kita gunakan lebih daripada 6 jam.
Di pejabat pun, kita bukan duduk di kerusi sepanjang masa, ada juga berdiri. Jadi, keadaan tilam sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan kita.
Antara masalah kesihatan yang boleh berlaku akibat keadaan tilam yang tak elok.
1. Sakit Badan
Keadaan tilam dan bantal yang tak sempurna boleh menyebabkan tubuh badan menjadi kerap sakit, contohnya: sengal tengkuk, belikat dan pinggang. Ini disebabkan tilam tidak lagi memberi sokongan yang sesuai untuk tubuh kita.
Ads
2. Alahan
Tilam boleh jadi tempat allergen berkumpul. Contohnya: debu, habuk, bahan kimia. Ini boleh menyebabkan seseorang itu kerap mengalami gegata, mata berair, selsema, bersin dan asma. terutamanya semasa tidur.
3. Kutu dan Hama
Infestasi kutu, pepijat, tungau dan hama boleh menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ruam, dan kudis. Serangga-serangga ini boleh berpindah dari satu individu ke individu yang berkongsi tempat tidur.
4. Bakteria dan Kulat
Ads
Bakteria dan kulat pada tilam boleh menjangkiti tubuh manusia dan menyebabkan masalah pada kulit, pernafasan, rambut, kuku dan sebagainya. Selain itu, spora kulat juga boleh menyebabkan keracunan.
Apa perlu dilakukan
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk memastikan tempat tidur kita dalam keadaan baik?
1.Tukar cadar setiap minggu
Ia merupakan permukaan yang bersentuh secara langsung dengan tubuh kita, maka ia menyerap peluh, hingus, air liur dan lendiran tubuh kita. Jadi, cadar dan sarung bantal perlu ditukar sekurang-sekurangnya seminggu sekali.
2. Gunakan Cadar Anti-alahan
Ada cadar yang menggunakan material yang tenunannya lebih rapat. Ini dapat mengurangkan penembusan allergen dari permukaan tilam, naik ke permukaan cadar. Ia lazimnya dilabel cadar “hypoallergenic” atau “anti-dust”.
3. Pusingkan Tilam Setiap 3 Bulan
Pusingkan(rotate) dan terbalikkan(flip) tilam supaya penggunaan permukaannya sekata. Ini boleh memanjangkan hayat tilam. Tilam yang atas beza material antara permukaan atas dan bawah, tak usah pula di terbalikkan.
Ads
4. Bersihkan Tilam Setiap 3 Bulan
Setiap kali pusingkan tilam, bersihkan juga tilam. Boleh buat jemuran, sedutan vakum, cucian kering, atau apa-apa kaedah yang bersesuaian dengan jenis tilam. Ini untuk tujuan membasmi kotoran, perosak dan kuman.
Tanda-tanda dah perlu fikir untuk tukar kepada tilam baharu
1. Tilam Berubah Bentuk
Jika permukaan tilam sudah tenggelam, berbonggol-bongol atau senget sebelah, adalah tanda tilam sudah tak mampu beri sokongan yang baik pada tubuh. Selain itu, jika tilam telah jadi terlalu keras atau lembut, maka perlu tukar.
2. Berlubang atau Reput
Tilam dibaluti kain pelindung. Fungsinya untuk sesuatu yang tidak diingini masuk atau keluar daripada dalaman tilam. Haiwan perosak seperti lipas, kumbang, tikus, dan ular boleh bersarang dalam tilam yang dah koyak.
3. Berbau Kurang Senang
Jika tilam tetap mempunyai bau yang kurang menyenangkan walaupun sudah cuba dibersihkan beberapa kali, maka sudah tiba masa menggantikannya. Bauan dan wasap ini mungkin boleh membahayakan kesihatan.
4. Digunakan Lebih 1 Dekad
Jangka hayat tilam sebenarnya bergantung kepada material, binaan dan penjagaan tilam berkenaan. Namun, secara umum, kualiti tilam akan merosot ke tahap genting setelah sekitar 10-15 tahun ia digunakan setiap hari.
Salah satu aktiviti harian yang kurang digemari kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian. Apatah lagi jika ada banyak pakaian saiz kecil yang menyukarkan untuk dijemur.
Gambar sekadar hiasan.
Bagi memastikan kerja menjemur dan mengurus pakaian bertimbun dilakukan dengan cepat dan singkat boleh ikut perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman.
Tip mudah dan cepat jemur pakaian di ampaian
Simple saja, syaratnya
1. #strategi
Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.
Asingkan pakai kecil dan besar.
2. #set_masa
Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.
3. #guna_hanger
Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.
Sediakan bakul untuk setiap seorang anak.
Info Tambahan
Tip lipat kain
1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.
Setiap kaum wanita memang sangat menjagadan mementingkan kecantikan serta kesihatan diri.
Malah ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan kecantikan atau membeli produk yang dijual di pasaran.
Namun tidak diketahui keberkesanan, bimbang terbeli produk timbang kilo yang memang boleh memudharatkan kulit wajah.
Untuk yang mahu mencuba petua tradisional, anda boleh cuba membuat jus pegaga untuk kekal awet muda.
Bukan saja kosnya murah tetapi juga menjimatkan dan baik untuk kesihatan.
Baik untuk kesihatan.
Resipi Jus Pegaga Untuk Awet Muda
Bahan diperlukan:
– Segenggam pucuk pegaga
– Sebiji epal
– Secawan air
– Sedikit susu pekat
Cara membuat:
1. Kisar epal bersama pegaga dan sedikit air.
2. Campurkan susu tetapi jangan terlalu banyak (untuk rasa manis)
2. Siap dan boleh diminum.
Rasanya seperti jus epal.
Khasiat Jus Pegaga:
1. Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
2. Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
3. Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
4. Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
5. Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
6. Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
7. Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
8. Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
9. Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
10. Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
11. Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
12. Jus dari pokok pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
13. Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.
Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.
Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.
Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur.
Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...