Ramai yang mencuba berkali-kali untuk buat kek span tapi tak juga menjadi. Tak gebu dan ada juga bantat. Sampai frust untuk buat lagi.

Kalau dah macam itu perasaannya, kita ikut cara yang mudah! Cara yang confirm menjadi. Dikongsi oleh homebaker Norlailanazira Mohd Agos beliau juga turut memberikan tip agar hasil kek span cantik dan gebu kejadiannya.

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

Rahsianya beli sponge mix dan ikut cara ini!

Buat kek span sebenarnya tak susah, dan tak lah senang sangat. Ada saja yang masih gagal buat kek span sampai sekarang.

Saya biasanya beli saja sponge mix di kedai bahan kek, ada coklat dan vanila. Dah siap repack. Tak rajin nak mix sendiri kecuali jika nak buat kek tengah malam dan tepung sponge mix habis stok di rumah barulah saya buat sendiri.

Resipi kek guna sponge mix (boleh pilih salah satu nak guna coklat atau vanila) sukatan sama saja.

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

IKLAN

Bahan-bahan:

300 gm sponge mix
300 gm telur (tak kisah gred apa asalkan timbang dapat 300gm}
60 gm air
1 sudu kecil esen vanila
60 gm minyak ( boleh guna minyak masak biasa atau minyak jagung )

Cara membuat:

  1. Putar semua bahan kecuali minyak hingga gebu. Gebu itu bermaksud kembang dan bila angkat mixer adunan berlipat (ribbon flow ).

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

2. Selepas adunan gebu, masukkan minyak, kaup saja guna senduk atau spatula.

IKLAN

3. Masuk dalam loyang saiz 9 inci, bakar suhu 170 api atas bawah selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

4. Bila kek masak terus keluarkan dari loyang sebab kalau biar sejuk sendiri nanti kek kecut. Waktu bakar jangan buka pintu oven selagi belum cukup masa. Intai je dari cermin ya.

Selain itu:  DIY Toilet Bomb, Campak Seketul Selesai Masalah Lubang Toilet Berkeladak!

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

IKLAN

INFO

Dari sponge mix vanila boleh hasilkan kek Pecan Butterscoth, Tiramisu. Sponge coklat pula boleh hasilkan kek Indulgence, Choc Banana, Black Forest.

Tip Mudah Buat Kek Span Confirm Menjadi! Kena Putar Sampai Adunan ‘Berlipat’ Macam Ni!

Selamat mencuba!

Sumber: Norlailanazira Mohd Agos

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI