Musim durian ini ramai yang takkan lepaskan peluang membeli raja buah ini. Tapi masalahnya bila beli dan letak dalam kereta walaupun sekejap tapi baunya tetap akan melekat.
Bau durian ini akan terus kita hidu dalam kereta mungkin selama tiga hari. Lama sungguh kan. Ada masa sampai pening dibuatnya. Jadi supaya bau durian dalam kereta ini segera hilang kita boleh praktikkan petua ini.
1. Potong tangkai durian letak di jaring aircond
Selepas beli durian sebelum masukkan dalam kereta, patahkan tangkai durian kemudian belah hujungnya. Letak tangkai ini tadi pada jaring aircond kereta.
2. Buka tingkap kereta
Dalam masa yang sama kalau bimbang kereta berbau, buka tingkap dan jangan buka aircond supaya baunya tak perangkap dalam kereta.
Kemudian bila sudah sampai, sekiranya parking kereta anda di depan rumah makan bolehlah buka bonet seketika untuk keluarkan bau durian. Tingkap pula jangan tutup penuh, buka sedikit untuk keluarkan bau dan udara luar masuk.
Ads
3. Letak roti semalaman dalam kereta
Jika kereta masih berbau, maka gunakan pula beberapa petua ini. Antaranya dengan meletak beberapa keping roti di dalam kereta termasuk dalam bonet tempat kita meletakkan durian. Biarkan semalaman, biasanya bau durian akan hilang.
3. Arang pun boleh
Selain roti, boleh juga gunakan arang. Caranya sama macam roti, letakkan saja beberapa ketul arang di dalam kereta untuk menyerap bau durian.
Ads
5. Bunjut serbuk kopi
Boleh juga bunjutkan serbuk kopi atau uncang kopi kemudian tinggalkan dalam kereta selagi bau durian ada.
6. Soda bikarbonat
Soda bikarbonat bukan saja digunakan untuk membuat kek tapi juga berguna untuk menyahkan bau termasuk bau durian. Caranya letak serbuk soda ini di dalam bekas terbuka dan tinggalkan beberapa jam dalam kereta. Boleh juga ditabur terus tapi ia perlu dibersihkan dengan vakum.
Ads
8. Letak daun pandan
Kalau menanam daun pandan di rumah, potong daun tersebut kepada beberapa bahagian dan letak di dalam kereta. Bau pandan yang harum ini akan lebih mendominasi berbanding bau durian di dalam kereta.
9. Kupas, terus masuk dalam bekas
Lagi satu petua untuk kurangkan bau, anda mungkin boleh meminta penjual durian mengupasnya terus dan anda siap sedia membawa bekas kedap udara. Selepas itu balut bekas ini dengan plastik beberapa kali. Insya-Allah bau durian tidaklah begitu menyengat dan anda sendiri boleh balik dan terus makan.
Bunga kantan ini wajib kita simpan kerana akan jadi bahan masakan berharga terutama musim perayaan. Selalu ‘sold out’ pada waktu kita nak guna.
Supaya tak putus stok bunga kantan ini, seeloknya bila terjumpa bunga kantan yang segar dijual terus beli dalam jumlah banyak kemudian ‘frozenkan’.
Tapi untuk ‘frozenkan’ bunga kantan ini ada caranya, supaya tak hitam. Caranya dikongsi oleh Badariah Ayu Ayuariff.
1. Bersihkan bunga kantan dengan air kemudian belah.
2. Sediakan plastik, boleh guna plastik aiskrim kemudian isikan dengan air.
3. Masukkan bunga dan letak dalam bahagian sejuk beku.
Bunga kantan yang dibekukan ini ujarnya boleh tahan berbulan-bulan. Bila hendak digunakan untuk memasak boleh masukkan terus kerana bunga kantan ini sudahpun dibersihkan.
Bila masuk Mr DIY, Kaison, Eco dan kedai ‘saka’ yang lain selalu kita nampak jaring atau wirenet ini.
Tapi ramai yang tak tahu apa kegunaannya sedangkan ia ada banyak fungsi terutama untuk tujuan penyusunan dan penyimpanan barang supaya ruang dalam rumah jadi kemas.
Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ini. Jaring ini dipanggil wirenet. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Tempat atur alat tulis
Tempat letak bekas rempah
Penggantung sudip, fry pan
Letak dalam kabinet, dan ikat dengan cabel tie.
Selain itu cara yang sama boleh digunakan untuk menggantung barang-barang di bilik air
Cara gantung
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri. Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Sofa rona putih atau cerah memang cantik untuk kediaman. Cuma masalahnya akan mudah kotor. Boleh jadi tertumpah air, makanan atau tercalit kotoran dek anak-anak.
Ada yang sakit mata melihat kotoran ini dan sanggup upah servis mencuci sofa. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa guna penutup periuk
Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi.
Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih.
Bahan yang diperlukan:
Cecair pencuci pinggan
Penutup periuk
Kain
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...