Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara, ini kan pula ada tujuh, enam orang pulak tu lelaki. Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak-anak yang ramai macam ni.
Tapi semua ini tak mustahil, ada saja kaum ibu yang memang ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Macam perkongsian yang dibuat oleh Khairul Hakimin Muhammad.
Ada 7 anak, 6 lelaki
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Suami tegas bab rumah kena kemas
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
Ads
5 perkara yang dilakukan
Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
1.Beli banyak organizer
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
2. Beli ampaian untuk baju-baju yang mahu digosok
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
Ads
Kredit gambar: www.facebook.com/zuera.burn
3. Bakul mainan dan stor
2 perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi rasaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
4. Hari Jumaat adalah hari bersih bagi semua bilik
Kredit gambar: http://indahnyahidupbertuhan.blogspot.my
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
Ads
5. Sediakan sabun, pencuci muka segala pencuci
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Selalu kan kita dengar frasa dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain. Malah setiap rezeki kita yang kita sedekah atau hadiahkan pada orang, pasti ada balasannya pada diri kita daripada Allah.
Chef selebriti, Chef Wan, dalam status instagram baru-baru ini berkongsi mengenai rezeki. Cara beliau murah rezeki adalah sentiasa ingat untuk berkongsi rezeki dengan ibu dan juga bekas isteri. Chef Wan tidak kedekut dan selalu beringat akan hal itu.
Sejak zaman muda elalu belanja mak
Getting my mother her Hush Puppies sandal after my cookery show at Atria Damansara Jaya. I loved to buy my mother fabric, hand bags and shoes dari zaman muda lagi. Nasib baik my mother tidak berminat all this gold and diamond jewelleries pun as we come from a poor family.
Nak gembirakan hati mak
So all this little things like taking her for a good dinner or at so many of my world travel in the past always bring joy to her life. Dapat saja duit rezeki hari ni terus saya niat minggu ini jika ada masa lapang nak bawa emak beli kain baju dia at Jakel pulak.
Cepat-cepat bersedekah bila Allah bagi rezeki
Bila Allah beri kita rezeki cepat2 kita ingat nak sedekah sebahagian dari rezeki itu pada Ibu dan Janda saya too. Saya selalu berfikir harta dunia ini tak boleh kita bawa mati pun. Jika kita tak belanja kan terutama pada ibu dan bapa kita masa di dunia lagi yg pasti di akhirat nanti kita kerugian besar.
Jangan kedekut
Over in my life i have seen many people including my own circle and extended fanilies pun yg jenis tangkai jering atau jenis tak peduli langsung. Bila kita tegur ada yg sentap. That is why saya selalu noticed dari muda sampai ke tua rezeki saya ada sahaja yg datang.
Nak berikan inspirasi pada anak muda
Sharing this true story is not about nak memuji diri saya but only to inspire others to also follow my food step especially kepada anak2 muda generasi yg baru. Jangan la kita berkira kira atau pun bersifat kedekut dgn kedua ibu bapa kita, adik beradik mau pun saudara mara kita.
Nak diingati dari sudut kebaikan
I want to leave this world not by remembering that i have accumulated berapa banyak harta, anugerah2 , pangkat dan darjat or being famous except all my sedekah dan kebaikan i have done to others that will put a smile on my face. Infact yg Allah selalu pesan kita pun itu la juga.
Betul cakap Chef Wan tu. Memang ramai anak muda yang terlepas pandang bab kongsi rezeki. Pada emak kena selalu beri kesenangan pada mereka. Pada bekas isteri pun sama.
Tumpang gembira melihat kebahagiaan Ashraf Muslim bersama dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Boleh dikatakan mereka adalah pasangan pologami yang layak dicontohi meskipun satu ketika dulu ramai yang mengecam pelakon ini.
Semalam sempena sambutan Hari Wanita sedunia, Ashraf tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat dua wanita yang penting dalam hidupnya.
Manis sungguh kerana tak ramai suami yang membuat ucapan buat isteri sempena Hari Wanita! Malah dia tidak berselindung mengakui betapa dua isterinya membantunya menjadi suami yang lebih baik.
“Mereka adalah wanita yg luarbiasa buatku… sentiasa memahami perjalanan hidupku yg berwarna warni ini. Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir utk menjadi suami yg lebih baik dan lebih bijak.
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yg besar kepadaku utk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yg dekat dgnMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka sepertimana orang-orang yg beriman sebelum ini. Amin…”
Disertai dengan #SetiapHariAdalahHariWanita ucapan ini turut mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang memuji Ashraf kerana berjaya menyatukan dua isteri dan hidup dalam harmoni.
Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa.
Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan lagi’ tapi hendaknya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Ada kelebihan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Jadi pelindung daripada api neraka
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...