Setiap ibu bapa sentiasa mahu anak makan makanan yang berkhasiat. Namun ada kala kita sukar untuk elakkan anak-anak daripada makan makanan ringan atau jajan. Dalam ketegasan mendidik, pasti ada masa kita akan kalah juga dengan kehendak anak.
Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga melalui keadaan yang sama. Dalam satu perkongsiannya di instagram anak keduanya, Tasha kantoi sedang beli jajan. Namun menariknya adalah cara bapa kepada empat anak ini menangani situasi tersebut.
Video – Tasha buying junk food I caught Tasha buying junk food from this man without my permission … Tasha has always been the mischievous one . She would do many “ not allowed “ things behind our back . And sometimes right infront of my face too knowing I disapprove them . I guess I just have to be more strict on her from now onwards … Good Evening Everyone . PS – We never allow junk food to our kids except during weekends . Sometimes but not always.
Seorang tegas, seorang lembut. Tapi keputusan sama
Ads
Tak percaya sindrom anak kedua
Ramai beranggapan Tasha berani melakukan sesuatu yang dilarang oleh ibu dan bapanya sebab memang sikap anak kedua yang lebih nakal berbanding anak pertama. Atau lebih dikenali sebagai sindrom anak kedua. Namun, ini jawapan Dr Sheikh Muszaphar mengenai hal tersebut.
Aiskrim boleh ke untuk ganti jajan?
Ada yang bertanya jika tidak benarkan jajan, boleh ke gantikan dengan aiskrim. Ini jawapan Angkasawan Negara.
Ads
Macam mana nak tegah tanpa tinggikan suara?
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar selalu jegilkan mata dan tunjukkan jari telunjuk sebagai cara menghalang, namun kali ini, beliau tidak sampai hati untuk bertegas pada Tasha. Ini dinamakan give and take. Kasih sayang dan ketegasan kena ada keseimbangan.
Ini antara komen-komen yang VK baca bila mengikuti instagram sebuah keluarga Melayu yang menetap di Perancis iaitu light.km.
Video kanak-kanak perempuan bernama Jade, anak kepada seorang wanita berasal dari Malaysia ini menarik perhatian netizen bila dia bukan saja boleh berbahasa Melayu tapi bercakap ikut loghat Negeri sembilan.
Salah satu videonya yang tular memaparkan aksi lucunya memotong timun sambil memuji kerajinan diri sendiri ketika membantu ibunya, Norazmimah Mohd Karim.
Banyak memuat naik aksi-aksi bersama tiga anak-anaknya dalam akaun instagram namun sering menjadi perhatian dan mendapat puluhan ribu tontonan adalah keletah Jade yang berusia 6 tahun.
“Sebenarnya ayah saya yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Di sini ada masa saya memang akan bercakap nogori dengan anak-anak.
“Jade ni cepat tangkap dan suka mengajuk apa yang saya cakap walaupun dia sebenarnya bukanlah fasih mana pun loghat nogori.
“Kadang-kadang saya panggil dia, tetiba dia jawab ‘apokobondo eh.’ Pernah juga di sekolah dia bercakap dengan kawan terkeluar ayat “ekau nak apo”. Tercengang kawan-kawan dia,”cerita Norazmimah atau dipanggil Kak Nor yang sudah 16 tahun menetap di Perancis ketika dihubungi VK.
Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berhijrah ke Perancis setelah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang berasal dari sana, walaupun tinggal jauh dari Malaysia tapi kesemua anaknya fasih berbahasa Melayu.
Malah anaknya iaitu Adam Daniel Moulin, 15,Ida Aili Moulin, 11 dan Jade Nur Moulin,6, juga fasih berbahasa Perancis dan Inggeris.
Tahu akan videonya tular di Malaysia, Jade kata Norazimah bagaimanapun tidak kisah tentang perkara tersebut memandangkan dia masih kanak-kanak.
Bagi wanita yang mengusahakan perniagaan penghantaran nasi ayam di Paris ini pula video tersebut hanya sebagai perkongsian tentang anak-anak semata-mata.
“Tapi kalau ianya dapat membuka pintu rezeki dan jalan bagi kami untuk pindah ke Malaysia, bersyukur sangat-sangat,”ujarnya yang kini hamil anak keempat.
Bagi yang nak tengok lebih banyak cerita mereka sekeluarga boleh lah follow instagram light.km . Selain Jade, VK juga suka tengok keletah anak lelakinya yang pemalu dan aksi anak perempuannya Ida yang comel. Sebahagiannya VK belanja kat sini.
Ketika ini ramai wanita yang mengalami masalah endometriosis walaupun usia masih muda. Bimbang dengan masalah kalangan wanita ini pakar sakit puan terkenal berkongsi petanda-petanda penyakit ini agar dapat ditangani sejak awal.
Ikuti perkongsian daripada Dr Hamid Arshat tentang penyakit endometriosis yang menurutnya bukan saja boleh merosakkan peranakan malah menyebabkan wanita dibuang rahim.
Penyakit endometriosis yang teruk merosakkan peranakan wanita, menimbulkan masalah kesuburan dan kemandulan, keguguran dan akhirnya bedah buang rahim.
Penyakit endometriosis disebabkan tisu-tisu darah haid, iaitu endometrium tumbuh di luar rahim. Darah haid tumpah kebelakang rahim, sering berlaku jika rahim retroverted atau pintu rahim sangat sempit. Sebab mengapa tisu-tisu endometrium tumbuh diluar rahim tidak diketahui, mungkin ada kaitan ketahanan atau immunity yang lemah.
1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.
3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.
4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.
5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.
6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit di bawah perut.
7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umor dalam lengkongan 40an tahun.
8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan olih doktor pakar gyne , berserta tanda-tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.
Jumpa pakar
Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovary dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .
Buat bedah laparoscopy
Buat bedah laparoscopy dan minilap untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
Ada kala saya lakukan pembedahan ini pada gadis yang mengalami senggugut teruk. Bertujuan mengawal kerosakan peranakan. Endometriosis adalah penyakit yang berterusan dan merosak peranakan.
Tingkatkan imuniti
Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan pekuang hamil. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis
Elakkan makanan seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, aiskrim, coklat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, dua batang lobak, dua batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
Esok untuk sarapan kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau
minyak kelapa dara. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain.
Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari elak makan nasi atau lain-lain makan jenis karbohidrat.
Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kubis, lobak, brokoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.
Ambil suplemen
Suplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.
Tak dapat dinafikan Adam dan isteri melalui dugaan hebat sebelum dapat mendakap zuriat pertama mereka.
Selain melalui empat kali keguguran, kehamilan Fazeema kali ini juga merupakan anak kembar yang masa salah seorangnya gugur pada usia dua bulan.
Namun rezeki pasangan ini, seorang anak lagi bertahan walaupun Fazeema mengalami pendarahan sehinggalah selamat dilahirkan semalam.
“Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.
“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.
“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” kongsi Fazeema di Instagram satu ketika dulu.
Ternyata rezeki anak setiap pasangan berbeza, ada yang mudah dan ada yang perlu melalui dugaan demi dugaan seperti Adam dan Fazeema. Apapun penantian mereka sudah berakhir, sama-sama kita doakan kesihatan isteri dan bayinya. Semoga Baby Lee jadi anak yang soleh.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...