Hari ini masuk hari ke tiga persekolahan. Hari-hari awal persekolahan ini memang anak-anak excited terutama yang darjah satu dan baru masuk tadika. Mak-mak pun sama. Tapi dalam teruja dan seronok ini sebenarnya terselit rasa bimbang dalam hati parents, ibu apatah lagi.

Perkara ini VK titip berdasarkan pengalaman sendiri yang rasanya turut dikongsi oleh ibu-ibu lain. VK rasa, ibu yang tak bekerja dan dapat hantar dan ambil anak dari sekolah mereka adalah ibu yang beruntung.

Mereka tak perlu bimbang bagai nak rak tentang keselamatan anak terutama berkaitan pengangkutan mereka ke sekolah. Tanyalah ibu mana yang tak bimbang bila anak darjah satu atau tadika baru umur lima tahun naik pengangkutan van atau bas yang pemandunya bukan kita kenal sangat pun. Tambah lagi ada pulak cerita van putih tu!

Pandai ke dia naik van?

Dia naik van atau bas yang betul ke, dah sampai belum rumah pengasuh ini antara yang bermain di fikiran ibu bapa awal-awal anak sekolah ni. Di tempat kerja pun kita akan teringat perkara ni terutama waktu tengah hari dan petang bila anak keluar dari sekolah.

Ads

Itu sebabnya ada parent yang beri telefon pada anak baru darjah satu untuk mudah dihubungi dan tahu sama ada dia sampai atau tidak di destinasi. Boleh bayangkan betapa berderaunya darah ibu kalau pengasuh atau guru di taska mahu pun bibik di rumah memberitahu anak belum sampai seperti kebiasaan.

Bagai nak luruh jantung dan kalut telefon sana sini untuk tahu kedudukan anak. Kalau boleh masa itu juga nak pecut kereta pergi ke sekolah cari mereka. VK faham situasi ini sebab pernah alami sendiri pada anak yang baru darjah satu.

Nak menitis air mata bila tengok anak menangis di depan sekolah sebab tertinggal van. Waktu itu kita rasa marah sangat pada pemandu yang diamanahkan, rasa nak berenti kerja dan macam-macam lagi. Tapi itulah, ini risiko yang ibu bapa harus terima bila kita terpaksa mengupah orang lain mengambil alih tanggungjawab kita.

Siap intip anak lagi!

Berbeza dengan ibu yang tak bekerja dan dapat handle sendiri bab pengangkutan anak atau ada ahli keluarga terdekat yang menghantar dan mengambil mereka. Tak rasa susah hati macam kami ibu yang bekerja. Tak perlu nak jadi pengintip anak di hari pertama dan kedua persekolahan dek kerana risau.

Ads

Rasanya ramai parents yang macam VK ambil cuti semata-mata jadi pengintip nak memastikan pergerakan anak, naik bas atau van yang betul dan turun di rumah atau di taska. Ramai yang sanggup parking kereta jauh sket dari sekolah kemudian ikut transport anak dari belakang kerana nak pastikan keselamatan dan keupayaan anak.

Anak Masuk Darjah Satu, Mak Bapak Jadi ‘Pengintip’. Confirm Ramai Yang Buat Kan!

VK nak beritahu juga betapa beruntungnya ibu yang jadi suri rumah ni kerana setiap kali balik sekolah anda adalah orang pertama yang akan mendengar cerita anak tentang apa yang terjadi di sekolah.

Ads

Berbeza dengan kami yang bekerja ni, anak akan cerita terlebih dahulu dengan pengasuh atau cikgu taska dan bila jumpa kami petang atau malah hari mereka dah tak excited bercerita. Malah ada yang terlalu penat terus tidur bila sampai di rumah. Tak sempat pun nak bersembang dengan ibu atau bapa sendiri. Sedih kan…

Oklah VK habiskan coretan di sini sebab tetiba rasa sebak pula teringat anak.

Foto kredit Astroawani

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI