Walaupun tinggal jauh di Sweden namun dia tular di laman sosial negara ini gara-gara kecomelannya.
Dengan kulit yang putih, mata yang bulat dan serta bulu mata lentik ramai netizen terutama wanita geram dan tak puas melihat Dhuhaa Sophea Stumbrys yang berusia sembilan bulan ini.
Sebagai ibu kepada bayi yang tular ini Siti Safuraa Hamzah turut terima tempiasnya. Cerita anak kelahiran Besut Terengganu yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Rusia ini selain pengikut di media sosial bertambah, dia juga menerima banyak pertanyaan.
Namun katanya soalan paling ‘hot’ atau kerap ditanya terutama para ibu adalah apa amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga lahir anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
Ads
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.
Suami tak berapa suka tapi akur akhirnya
Meski bukan selebriti namun Siti Safuraa & suami, Asadullah Stumbrys, 33 sudah dapat menerima perhatian yang diberikan terhadap anaknya.
Ini kerana di Sweden sendiri ke mana saja Dhuhaa pergi dia selalu menjadi tarikan orang sekeliling yang melihat dirinya.
“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.
“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.
Ads
Bercerita penerimaan suami terhadap reaksi netizen di Malaysia kepada Dhuhaa jelas Siti Safuraa walaupun awalnya kurang senang bila dia memuat naik gambar anak tapi akhirnya suami dapat menerima dan terbiasa dengan keadaan tersebut.
“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.
“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.
“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.
“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.
Ads
Tak mahu anak jadi model
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin juga Dhuhaa mewarisi potensi ibu yang dulu pernah menjadi model.
Menyentuh tentang perkara ini kata Siti Safuraa, soal masa depan memang tidak boleh dijangka namun dia cuba mengelak anak ke arah itu.
“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”
Bercerita tentang Dhuhaa lagi, katanya yang menyambut hari raya Aidilfitri di Sweden, meskipun manja namun anak sulungnya itu cukup senang diurus.
“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.
“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Mungkin hanya untuk bergurau tapi rasanya Faezah Elai tak menyangka apa yang dilakukan itu dianggap body shaming. Isu tercetus bila baru-baru ini Fazura dan Fattah Amin telah menang anugerah pada majlis Anugerah Telenovela 2018 di KLCC.
Disebabkan tidak dapat hadir, mereka telah mewakilkan seorang wanita yang bernama Ieja Mohamed Saleh untuk mengambil trofi yang dimenangi.
Jadi isu apabila hos, Faezah Elai telah mengeluarkan kata-kata “Fazura lepas anak 5 orang.” merujuk kepada Ieja. Hal ini menjadi tular di laman sosial kerana gurauan ini dikatakan menghina bentuk fizikal Ieja.
Pun begitu, Faezah menafikan gurauannya sebagai menghina berat badan Eija sebaliknya merujuk kepada Fazura yang mungkin akan bertudung selepas ada 5 orang anak.
khas utk org yg tujuannya utk menghentam org lain and suka judge org.. Now which part yg i ckp “ Lepas anak 5 org”.. yg konon ada part body shamming?? Kat mana?? Wehh come on ah, my husband pon gemok,why on earth should i said something yg akan buat my own husband pon boleh terasa?? I said,anak 5 org cause org lain yg naik stage and she is wearing hijab.. tkde kena mengena pon ttg body dia.. i said anak 5 cause aku ada anak 5..so sapa kat sini pikir konon aku bodyshamming kan org? Infact tk terpikir langsung.. I’m not a person who talk about other people’s punya fizikal la.. If u yg tersalah faham why ajak org lain to salah faham jugak? And buat org lain dpt dosa free.. To the girl yg on stage semlm,if u think i was referring to ur body,u are absolutely wrong.. i don’t judge people,jauh sekali nak bodyshamming kan org.. BUT IF MY JOKES BUAT AWK TERASA,THEN I APOLOGISE..AS I DONT MEAN THAT.. PLS TAG THIS MSG TO THE GIRL YG NAIK STAGE LAST NIGHT.. Tq to all the kecaman.. and owh i dont need free publicity sbb it was not me yg post this and trying to buat best.. Klu kita seorg yg positive kita tak kan terfikir benda yg negative .. And pls this is my ig and i tk suka komen2 yg negetive klu rasa nk tulis yg negative or nk mengutuk,boleh buat di ig sendiri,atau ig yg mmg nk kecam saya.. Tq .
P/S : And owh that girl yg naik semlm,rasa nya tk gemok pon.. And cuba nk nyatakan yg naik stage semlm tu bukan pemenang tp org lain dlm maksud yg tersirat.. #dontjudge #saynotojudgement.
Tidak membalas kenyataan Faezah tapi, Fazura memuat baik satu artikel yang cukup bernas tentang percaya pada diri tanpa mengira bagaimana penampilan diri.
Wanita ialah ciptaan Tuhan yang sungguh istimewa. Hadirnya untuk melengkapi kehidupan alam semesta. Jadi, memang sepatutnya wanita kena rasa sempurna walau macam mana bentuk dan rupa diri mereka.
Dalam instagramnya, pelakon yang juga isteri kepada Fattah Amin, Fazura telah berkongsi satu artikel yang cukup bernas.
I once read an essay by Marie Southard Ospina, a Colombian-American journalist living in the UK and since then I’ve been following her works periodically. I found her essays to be refreshing, inspiring and witty. She once wrote that “The things that make us different need to also be perceived as the things that make us most beautiful”.
So to my fellow ladies out there, it does not matter whether you are skinny, fat, short, tall, white, black, a Malay, a Chinese, a Buddhist, a Christian, has curly hair, has six fingers in one hand, has a long neck or whatever, just remember that you are beautiful in more than one way as God had originally intended you to be. You’re a gift to the world and those who love you.
No matter how you look and your physical appearances, you’re special in your own way. You’re not a limited edition creation from God, you’re a bespoke, unique addition to the universe from Him. Don’t be cowed by small-minded people and their inane chatter or self-serving jokes. Be strong, be confident, be happy, be classy and forgive them for their own insecurities in life. We should celebrate our diversity, be kind and support each other. Remember to:. .
Bangun percaya diri, Walau tiada pelangi, Aku tetap di sini,
Bangun terus berlari, Walau ribut dan angin, Aku tetap bangun. .
Once again, my BIG thanks and HUGS to my friends, fans, families and all you powerful ladies out there for your continuous love and support. I love you more. Believe in yourself! Girl Power!!! #GirlPower #URBeautiful #WomenEmpowerment #SayNoToBodyShaming
Mohon maaf kerana tak memaklumkan pernikahannya kepada rakan media hari ini Ummi Nazeera berkongsi foto pernikahan rahsia yang berlangsung 23 Julai lalu.
Tarikh tersebut lebih awal daripada tarikh pernikahan asal yang sepatutnya berlangsung semalam yang kemudiannya bertukar menjadi majlis meraikan pengantin.
Ummi Nazeera, 27, bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30. Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainulabadin, mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.
“Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang,” katanya ketika majlis meraikan pasangan itu di Putrajaya, semalam.
Seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail menghadiri majlis itu.
Ummi diijabkabulkan bersama Izzar, seorang doktor yang berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada 10.45 pagi di kediaman bapa saudara Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Datuk Rashidy Jamil Al-Rashid.
Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka. Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof; isteri Aziz, Tengku Datuk Rahimah Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah; ibu serta abang Ummi, Datuk Seri Maziah Musa dan Datuk Ahmad Nazreem Azrul Hidayat; ibu bapa Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Seri Nurah Abdul Rahman.
Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala jumlah mas kahwin dirahsiakan. Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.
Resepsi pasangan itu akan diadakan di Sabtu ini serta pada 12 Ogos.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.
Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, semalam.
Pasangan Diraja itu dinikahkan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda pada majlis itu yang berlangsung menggunakan bahasa Melayu (lafaz).
Keluarga pengantin perempuan yang merupakan bekas murid Sekolah Convent diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Hantaran dibawa anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) antaranya cincin emas, al-Quran, sejadah, persalinan baju Melayu teluk belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat.
Terdahulu, istiadat pertunangan dan majlis hantaran berlangsung disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...