Rasanya ramai yang pernah terlupa nak tambah nilai kad Touch n Go sampai menggelabah di plaza tol bila baki kad tak mencukupi.
Biasanya kita akan berhenti di kaunter tol, keluar dari kereta dan cari kaunter untuk tambah nilai. Dalam pada masa yang sama kena hadap hon dari kereta belakang. Pada kita hanya inilah penyelesaiannya.
Sebenarnya kita tak perlu pun berlari berpeluh-peluh nak cepat untuk top up baki. Kalau berlaku kejadian begini kita hanya perlu guna interkom dan tunggu sehingga runner PLUS tiba untuk membantu. Perkara ini dikongsi oleh El Ameeera
Cuma perlu tekan butang intercom & tunggu runner PLUS
Jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita hanya perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang. Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita.
Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai PLUS pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.
Ads
Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah, just stay calm sampai runner PLUS datang. Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke lorong top up.
Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yg melintasi lorong untuk ke lorong top up adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok top up, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible utk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.
Ads
Jangan bahayakan nyawa lintas lorong
So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalaulah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner. Pegawai itu pesan, jangan panik dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.
Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yg nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup.
Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yg tak cukup baki. Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.
Ads
Korang kalau ada apa-apa masalah apabila lalu PLUS, jom ikut cara saya, terus call 1800 88 0000 dan buat aduan. Nanti diorang akan investigate dan call kita semula sehari atau dua hari selepas tu.
Kalau kita beramai-ramai suarakan hak kita, mungkin PLUS akan implement satu system yg lebih baik lepas ni.
P/S: Ini adalah utk plaza tol yg tak menyediakan lorong tambah nilai, tak ada RFID, tak ada e-Wallet seperti tol exit Setia Alam atau tol exit Subang dan mana-mana tol yg mempunyai sistem sama.
Utk plaza tol yg ada lorong topup, you all masuk je lah lorong tersebut kalau baki tak cukup. Jangan pening-pening.
Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng kan. Ada masa kita sanggup pergi restoren fast food untuk beli kentang goreng ini saja buat kudap-kudapan.
Kalau satu famili dah suka makan kentang goreng eloklah buat sendiri saja, lagi jimat. Buat kentang goreng frozen terus supaya senang nak makan bila-bila masa.
Nak buat zig zag macam yang selalu kita beli pun boleh. Ikut saja panduan dari Fafae Mimie. Rasanya sebijik macam frozen fries yang kita selalu beli tu.
Cara buat kentang goreng homemade, nak frozen pun boleh
1. Sediakan kentang, pilih yang bulat dan besar supaya senang nak potong.
2. Kupas kulit hiris dan potong memanjang.
3. Jika nak bentuk zig zag boleh juga guna hujung penyagat untuk potong. Saya baru tahu kegunaannya selepas search dalam resipi.
4. Didihkan air dan rebus kentang yang dipotong lebih kurang 6 minit.
5. Tapis air dan tos.
6. Kemudian gaul rata kentang yang telah ditos dengan 3-4 sudu tepung gandum bersama 1-2 sudu lada sulah.
7. Boleh terus goreng dan angkat bila kekuningan. Boleh gaul dengan secubit garam sebelum menggoreng.
8. Untuk frozen goreng separuh masak saja. Kemudian sejukkan dan masuk dalam plastik ziplock. Boleh simpan dalam freezer.
Makan bihun sup dengan sambal kicap dah biasa, sekali sekala kita layan pulak bihun sup utara. Orang pantai timur atau selatan pun boleh buat, takde hal.
Bihun sup utara ini, wajibnya bihun mesti kuning dan cabai atau sambalnya mesti merah. Rasa supnya memang tip top sedap bila tambah tulang dan lemak, confirm berpeluh sambil hirup kuah. Kalau teringin nak buat boleh buat resipi yang dikongsi oleh Zaini Talib.
Bihun sup utara (sup tulang)
Cara buat bihun kuning
1 paket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
1.Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.
2. Dah lembut bihun terus bilas dengan air paip kemudian ditapis atau tos.
Bahan-bahan sup
1 kilo tulang – dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai – ketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih- ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil- ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Cara membuat
1. Masuk air secukupnya – menutupi daging, kalau nak lebih banyak air lebihkan bahan sup di atas.
2. Masukkan semua bahan bahan dalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
3. Selepas sup masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup (jika mahu).
Bahan untuk cabai merah
Cili kering – siap kisar atau cili boh
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil- ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Cara membuat
Tumis bawang kemudian masukkan cili, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula.
3. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.
Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun sup
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng
Bihun sup utara cabainya mesti merah, bihunnya mesti kuning. Dua perkara ini wajib ada.
Spageti bolognese antara hidangan spageti yang kita suka dan selalu dihidangkan di rumah. Tapi nak mudah kita biasa guna sos segera dalam tin. Umum tahu sos segera ini bukanlah sihat apa lagi jika kerap dimakan.
Ada juga yang tak gemar makan sos segera ini kerana rasanya yang lebih masam dan penuh bahan perasa. Bagi yang mahu hidangan lebih sihat, boleh saja hasilkan sendiri sos ini guna tomato segar. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Buat sendiri sos bolognese guna tomato segar
1. Guna lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
6. Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
7. Boleh masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
8. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.
Siap. Rasanya kurang masam dan berasid berbanding sos bolognese segera.
Boleh guna lebih banyak tomato dan reneh lebih lama untuk kuah yang lebih pekat.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...