Apa Perlu Buat Jika Kenderaan Kita Naiki Terbabas & Terhumban Dalam Air
Kejadian enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam kereta di dasar Sg Korok, Jitra Kedah semalam sememangnya menyayat hati.
Dalam masa yang sama seharusnya memberi pengajaran kerana situasi yang sama juga boleh berlaku kepada kita.
Sebenarnya dalam situasi cemas, kenderaan terbabas dan terhumban dalam air apa yang perlu kita lakukan. Perkongsian berikut boleh jadi panduan untuk kita.
30-60 saat awal paling penting
Jika kereta terbabas dan terhumban ke dalam sungai atau tenggelam dalam air, Tindakan untuk keluar dari kereta secepat mungkin adalah sangat penting. 30 hingga 60 saat pertama adalah masa paling kritikal. Ini yang perlu kita lakukan
1. Kekal Tenang & Tanggalkan seat belt.
Tanggalkan seat belt dulu, kemudian bantu penumpang lain (jika ada).
Ads
2. Jangan Buka Pintu – Buka Tingkap Segera!
Gunakan button tingkap automatik segera. (Ia biasanya masih berfungsi selama beberapa saat sebelum kereta tenggelam sepenuhnya).
Jika tidak boleh buka tingkap automatik:
– Gunakan alat pemecah tingkap (window breaker/emergency hammer).
– Sasarkan sudut tingkap, bukan tengah – lebih mudah pecah.Jgn cuba pecahkan cermin depan atau belakang.Hampir mustahil untuk pecah segera jika tiada alat khas.
– Jika tiada alat, guna kepala penyandar tempat duduk, kasut tumit keras, atau benda tajam.
3. Keluar Melalui Tingkap – BUKAN PINTU
Jangan cuba buka pintu kerana tekanan air akan buatkannya terlalu berat untuk ditolak.
Selepas tingkap dibuka atau pecah:
-Keluar satu per satu, paling hampir dengan tingkap dulu.
-Tolak tubuh ke arah atas permukaan air (jangan berenang ke bawah).
4. Jika Tingkap Tidak Boleh Dibuka & Tiada Alat Pecahkan
Tunggu kereta tenggelam sepenuhnya dan tekanan air seimbang antara dalam dan luar.
Barulah anda boleh cuba buka pintu (ianya masih sukar, tetapi mungkin boleh dibuka ketika itu).
Ads
Penting!
Jangan buang masa call orang atau ambil barang.
Latih anak kecil untuk tanggalkan tali pinggang dan ikut keluar ikut tingkap.
Simpan alat pemecah tingkap + pemotong tali pinggang di lokasi mudah capai – seperti visor, dashboard, atau tepi pintu.
Kena ada dalam kereta
– Kepala logam keras (tungsten/steel) untuk pecahkan tingkap.
– Pemotong/gunting tali pinggang.
Nota: Pastikan jangan simpan alat dalam glove box – sukar capai waktu kecemasan.
Apa perlu buat jika tak pandai berenang
1. Jangan Panik — Terapung Guna Udara di Paru-Paru
Selepas keluar, jangan panik dan jangan cuba berenang terus.
Ambil nafas dalam, dan biarkan badan terapung secara semula jadi (air sungai dan tasik boleh bantu badan terapung, lebih-lebih lagi jika masih berpakaian penuh).
Posisi terbaik: Telentang, kepala ke atas, kaki dan tangan buka perlahan.
2. Gunakan Tangan dan Kaki Secara Perlahan
Jangan hentak kuat, gunakan gerakan tangan perlahan-lahan ke belakang (seperti kayuh), dan kaki kayuh perlahan ke arah darat atau objek terapung.
Fokus pada kekalkan muka di atas air, bukan kelajuan.
Ads
3. Cari Benda Terapung
Kalau ada penutup tayar, kusyen kerusi, beg udara, papan, botol kosong, plastik besar – peluk kuat.Terap sambil pegang, jangan lepaskan.
4. Jerit atau Lambaikan Tangan
Jika orang ada di tepi sungai atau lalu lintas, lambaikan dua tangan atau jerit minta tolong.
JANGAN LAKUKAN
-Jangan cuba selamatkan beg tangan, telefon atau barangan.
-Jangan pegang kawan/anak dengan kuat kalau panik — ini boleh menyebabkan sama-sama lemas. Pegang longgar dan bimbing, bukan tarik.
Baru-baru ini dilaporkan di akhbar dan media sosial rumah seorang pempengaruh di media sosial terbakar akibat powerbank meletup secara tiba-tiba.
Kejadian powerbank meletup ini sudah beberapa kali berlaku dan pernah juga ada kes alat pengecas mudah alih ini meletup dalam seluar.
Memandang powerbank ini selalu kita gunakan dan sentiasa kita bawa adalah perlu kita mengetahui cara selamat untuk menyimpan dan mengecas alat ini. Info ini dikongsi oleh @zalyazahari dalam akaun beliau di laman X.
Cara simpan dan cas powerbank
Sebenarnya powerbank ada cara penjagaan dan jangka hayat. Bukan sekali beli tahan seumur hidup ya.
Jangka hayat powerbank
Hanya boleh digunakan 2- 3 tahun bergantung epada kekerapan penggunaan. Kalau hari-hari guna, 2 tahun dah boleh tukar sebagai langkah keselamatan. .
Tempat dilarang letak atau simpan powerbank
– Dalam kereta
– Atas tilam
– Atas/dalam benda mudah terbakar
– Atas peti ais
– Atas radio dan peralatan elektrik yang lain
Cas powerbank atas lantai bukan tilam!
Waktu mengecas powerbank sebaiknya letak alat ini atas LANTAI supaya lantai boleh menyerab haba powerbank dan kekalkan suhu supaya tidak terlalu panas.
Jangan letak powerbank, phone dan laptop di atas tilam, toto, karpet alat ini akan panas dan boleh berisiko meletup semasa di cas.
Tertumpah makanan, air, anak muntah, bau rokok, semua ini menyumbang pada bau yang tak sedap dalam kereta.
Buka saja pintu dah hidu bau tak sedap ini dan kita terpaksa bertahan kadang-kadang berjam-jam selama dalam kereta.
Dah guna pewangi pun tak jalan, habis pewangi terbau lagi. Jadi cara terbaik kita hapuskan terus bau ini. Boleh ikut caranya dikongsi oleh NaufalAntezem.
Hapus bau busuk dan naturalkan bau dalam kereta
Jumpa pewangi kereta ini kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan.
Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ini buat kerja ketika aircond dipasang full blast.
1. Pasang aircond paling maksimum.
2. Tutup rapat semua tingkap, pintu.
3. Tekan pin pada muncung spray ke bawah sampai bunyi ‘click’.
4. Spray keluar sendiri.
5. Tutup pintu kereta dan tunggu sampai spray habis.
6. Bila spray habis, tunggu 2-5 minit sebelum buka pintu.
Kemudian, buka semua tingkap bagi pengudaraan elok sikit.
Kalau ada kesan-kesan spray pada cermin, lap.
Kalau ikut label, katanya untuk hapus dan naturalkan bau tak sedap dalam kenderaan termasuk asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, najis anak dan macam-macam lagi.
Baunya lemon fresh, tak tajam. Segar.
Kalau tak jumpa di Mr. DIY, boleh cari di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Setiap kali masak sup terutamanya daging atau tulang, lemak dan minyak yang timbul memang dapat dielak apatah lagi bila sup sudah sejuk. Lemak dan minyak ini juga akan melekat pada periuk dan pinggan mangkuk.
Bagi mengelakkan sup yang dimasak dipenuhi lemak dan minyak ini ada cara yang boleh kita lakukan. Petua mudah yang dikongsi oleh Sharifah Norita adalah dengan cara memasukkan timun batang.
Petua elak lemak dan minyak bila masak sup
1. Ketika sup belum mendidih, sediakan sebatang timun. Boleh potong dua jika mahu.
2. Terus masukkan dalam sup yang sedang dimasak. Timun ini berfungsi menyerap minyak dan lemak daripada tulang dan daging.
3. Selepas sup masak, boleh keluarkan timun dari sup. Timun ini boleh dibuang kerana penuh dengan lemak.
Info: Timun yang dimasukkan dalam sup ini akan lembut namun tidak hancur atau menjejaskan rasa sup.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...