Ayam masak merah sedap walau tanpa pelbagai sos, inilah cara masak orang lama. Ramai suka lauk ini, tapi tak ramai tahu versi asli yang sebenarnya tak perlukan terlalu banyak sos moden.
Kalau nak rasa ayam masak merah dulu-dulu yang ‘kena’ dengan nasi minyak atau nasi tomato, boleh cuba perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad. Cara buat ayam masak merah ini menggunakan santan untuk hasilkan kuah pekat dan rasa lemak yang lebih asli.
Ayam Masak Merah Sedap Cara Orang Lama
Bahan-bahan
½ ekor ayam – lumur kunyit & garam, goreng separuh masak
2 senduk kecil cili kering kisar
2-3 sudu besar sos cili (guna cap arnab lebih sedap!)
½ kotak santan
1-2 cawan air
2 biji tomato – potong
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai – diketuk
Bunga lawang dan kayu manis
Bahan kisar
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan hiris
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Ads
Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Masak hingga pecah minyak supaya rasa rempah betul-betul sebati.
3. Masukkan ayam yang sudah digoreng separuh masak. Gaul rata.
Ads
4. Tambah santan dan air. Biarkan mendidih supaya kuah mesra dengan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan tomato yang dipotong.
6. Renehkan hingga kuah pekat, berminyak cantik dan berkilat. Siap untuk dihidang!
Ads
TIP
-Untuk aroma rempah lebih kuat, boleh perap ayam dengan sedikit serbuk ketumbar sebelum digoreng.
-Lauk ini lebih sedap bila dipanaskan semula – kuah lebih meresap ke dalam isi ayam.
Meski virus Covic 19 bermula di China Januari lalu namun hasil daripada penguatkuasaan perintah berkurung yang dilakukan dilihat sangat membantu membendung wabak itu yang awalnya sangat kritikal di sana.
Ketika ini kes baru untuk wabak Covic 19 di China sudahpun berkurang dengan banyak sekali yang tidak lain juga kerana disiplin dan kerjasama rakyatnya yang tidak mahu wabak ini menghancurkan negaranya.
Juwita Jalil berkongsi pengalaman insan yang mengalami situasi ini untuk kita jadikan iktibar.
Pengalaman 40 hari ‘lockdown’ di China
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. Jadi bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah saja yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila mahu memasuki masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi.
Tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, kita akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurvngkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!
Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Tolonglah, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita m4ti.
Jadi bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangk1tan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper.
Bila kena keluar beli barang ini SOP yang dilakukan
Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap.
Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
Saya sendiri ada SOP ringkas yang saya amalkan sepanjang lockdown.
1. Topeng muka wajib! Untuk lindungi diri kita dan orang sekeliling.
2. Basuh tangan dan jangan sentuh mulut, mata dan hidung.
3. Jauhi dari tempat orang ramai, hadkan aktiviti.
4. Satu lagi saya juga tak gunakan wang tunai, semuanya online. Jika guna wang, kena sanitize tangan.
Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau ada yang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna anda adalah ancaman untuk komuniti.
Semoga apa yang berlaku di China memberi pengajaran buat kita.
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Biasanya pokok memang akan hidup cuma masalah yang dihadapi cili tak banyak atau tak lebat dan selain selalu kena serangan serangga.
Kalau nak hasil cili yang lebat selain pokok cili yang ditanam tahan penyakit boleh ikut petua yang dikongsi oleh Izham Alias.
Menurutnya pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit selain lebat cilinya.
Jangan pelik ya sebab bahan utamanya adalah belacan!
Cara buat penggalak tanaman untuk pokok cili
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Kuantiti ini jika pokok cili yang ditanam banyak.
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara penggunaan:
Campurkan 10 mL pati penggalak + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.
Bermula sejak 1 Januari 2019 lalu pihak kerajaan telah memperkenalkan program mySalam iaitu skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberi perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.
Dalam program ini Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam. Mereka akan berhak mendapat pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal
Selain itu mereka itu akan mendapat pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.
Meskipun begitu ramai yang belum tahu mengenai perkara ini. Oleh amatlah rugi jika mereka yang dalam kategori ini tidak mengambil faedah ini jika layak.
Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dibuat tuntutan
Cara membuat tuntutan
Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Bagaimana pun skim ini hanya tertakluk kepada mereka yang mendapat rawatan di hospital kerajaan saja. Untuk maklumat mengenai hospital terlibat dan juga keterangan 36 penyakit yang tersenarai bolehlah layari laman web mysalam.com.my
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...