Ayam sambal bawang ini boleh jadi pilihan bagi peminat ayam sambal. Kalau dah jemu dengan ayam sambal biasa, tiba masak untuk cuba masak lauk ini pula.
Rasanya makin sedap dek penggunaan bawang goreng. Makan dengan nasi panas cuit sekali bawang goreng dan ayam sambal memang mantap rasanya. Bila dah sekali cuba masak, confirm akan ulang masak berkali-kali.
Cara Buat Ayam Sambal Bawang
Bahan untuk ayam
½ ekor ayam – dipotong kecil
Garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk perap & goreng separa masak)
Bahan sambal
2 biji bawang besar – dihiris halus (digoreng hingga kekuningan dan ketepikan)
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
Sehiris halia *
Bahan lain
3-4 sudu besar cili kering kisar
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi hijau (ikut tahap pedas yang disukai)
Ads
Cara membuat
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng separa masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda (*) hingga hancur. Tumis bahan kisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Ads
3. Masukkan cili kering kisar dan gula, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sedikit air, gaul rata.
5. Masukkan ayam goreng, kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.
Ads
6. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan cili padi hijau, gaul sekejap dan boleh dihidang.
Tip: Kalau nak sambal lebih wangi dan tahan lama, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak sebelum masuk ayam.
Kalau beli kemeja selalu yang lihat oleh kaum lelaki adalah warna, corak dan saiz. Nampak cantik, saiz sesuai terus beli.
Tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang perlu ambil kira jika beli kemeja. Sebab selain corak, saiz kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan.
Ramai yang tak perasan bahawa kemeja lelaki ada lipatan tertentu yang disesuaikan ikut potongan badan lelaki. Jadi sebab itu kena pilih yang sesuai. Kalau dada bidang atau perut buncit ada potongan khusus.
Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan atau Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
3. Tiada Lipatan atau Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Sayur peria ini walau ada yang kata pahit tapi tetap ramai peminatnya. Rasa pahit ini kalau hilang kalau betul cara basuh dan masak.
Peria ini juga antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah. Nak cuba tanam? Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Siti Rokiah Che Hat.
Cara tanam peria yang betul dan mudah
Penyediaan dan pemilihan benih
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menanam peria.
1. Menanam peria terus pada tanah.
2. Semai biji peria dalam polibeg terlebih dahulu. Apabila telah besar sedikit, baru tanam di dalam tanah kebun.
Penggunaan kedua-dua cara ini bergantung pada musim penanaman.Sekiranya penanaman dilakukan pada musim hujan, lebih baik jika penanaman dilakukan dengan menggunakan kaedah pertama iaitu biji benih ditanam terus pada tanah, kerana daya pertumbuhan benih dalam keadaan ini adalah baik.
Sementara itu, jika penanaman dilakukan pada musim kemarau, penanaman harus dilakukan dengan menggunakan kaedah kedua iaitu biji benih perlu disemai terlebih dahulu, kerana akan menjamin pertumbuhan benih yang bagus di dalam polibeg. Biji peria mesti berasal dari tanaman yang sihat, kuat dan mempunyai produktiviti yang tinggi.
Penyediaan tanah
Tanah untuk penyemaian adalah campuran tanah dan kompos dengan nisbah 1: 1 atau kompos yang dicampur dengan tanah dan pasir dalam nisbah 1: 1: 1. Benih disemai dengan jarak 2 cm x 2 cm. Setelah berumur lebih kurang 10 hari, benih dipindahkan ke polibeg kecil.
Cara tanam peria
Anak benih siap dipindah dari polibeg kecil ke dalam pasu / polibeg besar setelah berumur lebih kurang 3 minggu iaitu setelah mempunyai 3-4 daun. Perkara ini dibuat agar peria yang dipindahkan tumbuh dengan baik dan sistem akar anak benih tidak boleh terganggu.
Sebelum dipindahkan ke pasu / polibeg besar, pasu / polibeg harus diisi dengan campuran tanah dan baja dan tambahkan baja phosphor dan kalium secukupnya.
Selanjutnya, bahagian bawah periuk / polibeg diberikan lapisan serpihan bata merah. Anak benih dikeluarkan dari polibeg kecil bersama tanahnya lalu pokok ditanam dan dipadatkan.
Pada awal penanaman, peria mesti terkena sinar matahari pagi tetapi perlu mengelakkan panas terik pada waktu siang. Oleh itu, penanaman peria dalam polibeg lebih digalakkan daripada di tanah. Selain mengelakkan panas terik matahari, nutrien dalam beg poli juga lebih terkawal, dan pembersihan rumpai lebih mudah.
Pembajaan
Baja asas dilakukan dengan mencampur 2-3 kg baja dengan tanah 1 minggu sebelum penanaman. Ketika penanaman dilakukan, 20 gram baja NPK perlu ditambah. Pembajaan tambahan pertama diberikan semasa tanaman berumur 3 minggu dengan dos 10 gram baja NPK. Sementara itu, pembajaan seterusnya dilakukan pada selang waktu 2 minggu sehingga tanaman berumur 4 bulan dengan dos sama.
Penyelenggaraan
Pembersihan rumpai dilakukan seminggu sekali bersama dengan penimbunan agar sistem akar menjadi sihat. Peria tidak tahan kekeringan, jadi pada musim kering penyiraman harus dilakukan setiap hari.
Peria memerlukan sokongan, atau tiang supaya ia boleh menjalar. In i akan meningkatkan pengeluaran buah, mengurangkan kebarangkalian buah busuk, memudahkan kawalan dari perosak dan memudahkan penuaian.
Sokongan diberikan ketika berumur 3 minggu. Sokongan boleh dibuat berupa tiang, dan terowong atau pembinaan gerbang setinggi 1.5-2 m. Pemangkasan mesti dilakukan untuk menghilangkan dahan sampingan yang tidak produktif dan ia dilakukan semasa umur 3 dan 6 minggu.
Pengurusan perosak
Perosak yang paling biasa adalah lalat buah, Epilachna sp., Aphids, tryps, tungau dan siput. Pengawalan lalat buah dilakukan dengan membungkus buah menggunakan kertas ketika buahnya masih kecil (panjang 2-3 cm).
Penyakit yang biasa berlaku ialah cendawan tepung, layu bakteria, layu fusarium, serkospora, dan virus (CMV). Pengawalan dilakukan dengan membersihkan dan menggunakan racun kulat secara selektif.
Tuaian
Penuaian buah boleh dilakukan apabila buah tidak tua sangat dan nodul masih rapat. Ia boleh dibuat dengan cara memotong tangkai buah dengan pisau tajam.
Berbeza apabila penuaian untuk diambil biji/benih, tuai buah yang masak, iaitu ketika warna kulit buah kuning atau merah. Peria boleh dituai pada usia kira-kira 55 hari selepas penanaman dan boleh dilakukan berkali-kali.
Pengeluaran buah boleh mencapai 10-12 buah per tanaman atau 10-15 ton / ha. Buah yang rosak dan berpenyakit perlu dipisahkan daripada tanaman agar ia dapat menjaga kualiti tanaman.
Buah peria tidak tahan lama, oleh itu lebih baik dimasak atau dijual segera selepas tuai. Penyimpanan pada suhu 12-130C dan kelembapan 85-90% dapat mengekalkan kualiti buah selama 2-3 minggu.
Siapa yang tak geram bila tengok jerawat pada muka. Walaupun dah dipesan banyak kali supaya tak dipicit tapi kita tetap akan melakukannya juga.
Kalau dah macam tu lebih baiklah kita belajar teknik betul picit jerawat supaya tak tinggalkan parut dan berlaku jangkitan hingga jerawat merebak.
Langkah 1
Cuci tangan! Ini sangat penting untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.
Langkah 2
Cuci wajah. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria.
Langkah 3
Lakukan skrub pada bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan kerja memicit jerawat. Jangan gunakan skrub untuk badan pada muka ya!
Langkah 4
Gunakan sarung tangan atau pun sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.
Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, regangkan kulit kiri dan kanan dan kemudian picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya.
Urut sikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu mahu lapkan isi jerawat yang keluar. Jika ada darah yang keluar, gantikan tisu sebelum mengeluarkannnya sehingga habis.
Langkah 6
Lapkan toner atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.
TIP
Jangan picit jerawat yang belum matang atau baru tumbuh.
Bila nampak tanda putih di permukaan jerawat, baru boleh picit
Boleh juga stim wajah terlebih dahulu sebelum membuat langkah di atas untuk membuka pori-pori.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...