Ayam sambal lada antara lauk yang mudah dibuat, tapi kalau dah selalu masak mungkin rasa jemu. Bagi yang mahukan kelainan boleh cuba pula ayam sambal lada daun kesum.
Aromanya yang wangi dari daun kesum sekaligus menyedapkan rasanya. Lagi sedap jika dibuat pedas-pedas, guna cili padi.
Ayam sambal lada lain sikit, letak daun kesum
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -gaul garam kunyit dan goreng jangan garing
1-2 batang serai -diketuk
1 batang timun Jepun -buang biji dan potong kecil
2 ikat daun kesum
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa (jangan pekat)
3 kali renjis sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
3/4 cawan minyak baki goreng ayam untuk menumis
Ads
Bahan kisar kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
10 tangkai cili padi siam (merah)
1 tangkai cili besar merah
10 tangkai cili padi siam (hijau)
Halia sebesar ibu jari
Cara memasak ayam sambal lada daun kesum
1. Panaskan minyak masak, masukan serai dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga hingga masak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bahan perasa. Kkacau lagi hingga naik minyak.
Ads
3. Tuang sedikit air, biar mendidih lalu masukkan ayam dan daun kesum. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
4. Letak timun, kacau rata dan terus tutup api supaya timun masih rangup, tidak layu ketika dimakan.
Siapa yang ada anak kecil boleh faham situasinya bila anak buat perangai atau meragam terutama depan orang ramai.
Sebaik mungkin kita kawal marah dan pujuk anak. Tapi tahukah anda cara ini sebenarnya salah. Ia ibarat kita sedang menggalakkan mereka buat perangai demi dapatkan apa yang mereka inginkan pada masa akan datang.
Ramai ibubapa tak tahu cara tangani perilaku anak-anak. Mereka tak tahu apa perlu dilakukan, terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam, atau di majlis keramaian.
Tantrum adalah cara anak-anak mengambil perhatian kita, dan memberitahu bahawa mereka mahukan sesuatu. Oleh kerana mereka tak tahu cara yang sesuai, sebilangan anak-anak menggunakan cara ganas, atau sering disebut sebagai menunjuk perasaan.
Ada yang menangis berguling-guling di lantai, menjerit-jerit hingga tegang urat leher, menghentak barangan, malah ada yang memukul ibubapa serta diri sendiri.
Jika anak kalian berkelakuan begini, maka:
Dalam keadaan begini, anak tidak akan dengar apa yang anda marahi dan nasihat padanya kerana emosi dah pemikirannya pada masa itu adalah tidak rasional.
Anda harus kekal tenang. Jika anda turut naik marah, maka anak-anak ini mendapat signal bahawa emosi marah ini adalah cara yang betul untuk meminta.
Yalah, ibubapa mahu anak hentikan tantrum dan cara yang digunakan untuk sampaikan mesej itu adalah melalui marah.
Jika kita perasan, ia tak beza daripada kelakuan anak kita tu. Dia nak sesuatu, dan dia gunakan emosi marah anda berontak. Sama, kan?
Jadi tak usah marah, apatah lagi memaki atau gunakan kekerasan fizikal. Silap hari bukan anak kita ikut gunakan kekerasan fizikal ketika tantrum kelak.
Adakalanya ibubapa malas hendak melayan karena tantrum anak, maka ibubapa hanya turuti sahaja kemahuan dan permintaan anak. Hentikan amalan ini.
Amalan ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektik untuk menyampaikan dan mendapatkan kemahuan.
Mereka tak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah salah, dan selesa melakukannya di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Malah, amalan menuruti kemahuan anak ketika tantrum adalah sesuatu yang menggalakkan lagi anak ulang kelakuan itu.
Jadi tak usah menuruti kemahuannya ketika anak sedang tantrum jika tak mahu ia menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
Perkara terbaik untuk mengatasi masalah komunikasi ini adalah tak mengendahkan perlakuan tantrum anak anda dengan syarat-syarat berikut:
▪️Berada di kawasan selamat
▪️Tiada objek yang berbahaya
▪️Anak tidak mencederakan diri
Jangan beri perhatian: jangan pandang, jangan pujuk, jangan bercakap dengannya. Ini beri mesej pada anak bahawa kelakuannya tidak akan dilayan.
Jika anda di rumah, tinggalkan bilik/kawasan di mana anak sedang tantrum. Teruskan aktiviti anda sebelum itu. Namun, pastikan anak selamat.
Jika anda di tempat awam, cuba bawa anak ke tempat yang kurang orang seperti di lorong antara kedai atau ke dalam kereta. Biar mereka.
Biasanya, jika tak diberi perhatian, mereka akan berhenti setelah 10 minit kerana kepenatan mencuba dapatkan perhatian.
Orang persekitaran akan mengkritik serta mengecam perbuatan ibubapa mengabaikan perilaku anak. Namun, ketahuilah apa yang dibuat adalah perkara terbaik buat anak.
Jangan makan hati bila kawan-kawan kritik. Jangan makan hati jika emak dan mertua sindir. Jangan juga biarkan pasangan kita “kasihan” pada anak.
Lagipun orang dulu pun ada gunakan cara begini. Bila anak tantrum mereka akan kata “Kau mengaruklah situ sorang-sorang” dan kemudian buat tak tahu.
Sebagai pihak ketiga(penonton) pula, tak usahlah kita berprasangka buruk pada ibubapa yang sedang mendidik anak-anak mereka.
Tak perlu masuk campur dengan menawarkan untuk beri apa yang budak itu mahu, atau sibuk memburukkan ibubapa berkenaan.
Ini langkah yang hanya boleh dilakukan setelah anak bertenang serta berhenti menunjukkan perasaan. Ketika ini emosinya dah stabil dan pemikirannya dah sedikit waras.
Pada waktu ini, barulah tunjukkan empati dan kasih sayang. Peluk ada dan tanya elok-elok apa dia mahu. Beri masa anak untuk beritahu apa kemahuannya.
Jika perkara yang dia minta itu tak boleh ditunaikan segera, berilah alasan yang rasional. Namun, jangan sesekali janji perkara yang tak mampu kita tunaikan.
Jika perkara yang diminta tu boleh ditunaikan segera, maka tunaikan dan perlu beritahu anak bahawa cara meminta begini adalah cara yang sihat(betul).
Terakhir sekali, nasihatkan dia bahawa perilaku tantrum adalah perilaku yang tak elok dan ia tak akan membuatkan kemahuannya ditunaikan.
Semoga bermanfaat! Semoga dipermudahkan urusan ibubapa dalam mendidik anak-anak!
Mesti ramai yang rindu nak makan mee goreng kicap kantin sekolah. Mee goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun tapi sedap sungguh pada tekak kita. Jual pun murah saja RM1.
Kalau teringin nak merasa kembali mee goreng makcik kantin ini bolehlah cuba buat sendiri ya. Mee ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.
2 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan
1. Celur mee kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mee dengan kicap ini sampai rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
3 Masukkan mee kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mee dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan.Siap!
5. Mee ini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.
Selain sambal, lauk masak kicap memang antara yang selalu kita sediakan terutama ayam masak kicap. Sedap dan ringkas.
Tapi kalau nak ayam masak kicap jadi lagi sedap boleh cuba cara yang disediakan oleh peniaga makanan, Yayar Awang Noh. Resipi ini katanya adalah daripada arwah ibunya. Cara penyediaan memang simple saja tapi hasilnya memang terpaling sedap confirm menambah.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil
1 senduk cili kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1-2 biji bawang besar -dihiris bulat
Cili besar – dihiris
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...