
Bangle emas memang cantik dan nampak eksklusif. Sekali sarung di pergelangan tangan, penampilan pun terus naik seri. Tapi sebaiknya jangan terus beli tanpa fikir panjang.
Ada beberapa risiko yang pembeli perlu tahu sebelum buat keputusan beli bangle emas, terutama jika bercadang nak jadikan ia pelaburan atau simpanan jangka panjang. Silap pilih, boleh rugi beratus ringgit!
Perkara ini dikongsi oleh pembeli dan penjual emas sendiri iaitu Siti Aminah Gold.
Risiko Beli Bangle Emas
1. Ada campuran besi dalam bangle
Bangle yang nampak tebal dan berat belum tentu 100% emas. Ada jenis bangle yang dicampur besi di bahagian dalam. Akibatnya, bila nak jual semula, nilai emas yang dikira lebih rendah sebab berat besi tu akan ditolak.
2. Susut nilai tinggi
Rekaan bangle yang berukir halus atau eksklusif biasanya datang dengan kos upah tinggi. Tapi bila nak jual semula, upah ini langsung tak dikira. Yang tinggal hanya nilai berat emas semasa. Jadi walaupun beli mahal, mungkin hanya dapat balik separuh dari harga beli.
3. Saiz tak sesuai, tak boleh pakai
Tak seperti gelang rantai, bangle biasanya bersaiz tetap. Salah pilih saiz, jadi masalah. Ketat – menyakitkan, longgar – senang tercicir. Kalau dah beli dan tak selesa pakai, akhirnya jadi perhiasan dalam kotak saja.
4. Nilai pajak yang rendah
Jika bangle itu jenis berongga atau ada logam campuran, nilai ketika dipajak sangat rendah. Contohnya, beli RM300 tapi bila pajak cuma dapat RM50. Kalau waktu terdesak, memang kecewa dibuatnya.
5. Mudah calar dan kemek
Bangle berreka bentuk fancy atau nipis mudah calar jika bergesel dengan permukaan keras. Kalau dipakai setiap hari, cepat hilang seri dan nampak lama walaupun baru beli. Jenis seperti ini lebih sesuai untuk majlis khas, bukan untuk pakai harian.
TipsSebelum Beli Bangle
- Tanya dengan jelas: ada campuran besi atau tidak?
- Pilih design yang ringkas & kukuh, mudah dijual semula
- Pastikan saiz sesuai dengan tangan – boleh cuba pakai dulu
- Kalau untuk simpanan, beli emas padu yang lebih bernilai
Sumber: Siti Aminah Gold
Baca Lagi: 5 Jenama Emas Yang Terbaik Untuk Simpanan & Pelaburan Di Malaysia