
Dalam tempoh PKP ini ramai cikgu yang buat pembelajaran secara online, dan ramai juga yang kena pakai printer untuk print kerja sekolah anak.
Disebabkan itu ibu bapa pun pening sebab laptop atau komputer cuma ada satu di rumah sedangkan anak ada 3-4 orang nak guna untuk print bahan. Sampaikan ada yang nak beli laptop tambahan untuk anak.
Bagi yang tak tahu, sebenarnya kita boleh saja guna telefon bimbit untuk disambungkan pada printer bagi mencetak kerja sekolah anak. Nak tahu caranya, boleh ikut perkongsian Fizie JoeKer
Tak perlu beli printer wireless/ lap top
Hari ni nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada handhone direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni.
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh).

✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)

✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat handphone, cari kat dalam Playstore)
✅Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke handphone korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting. Siap!
Senang je kan. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.
Sumber: Fizie JoeKer
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat & Subur

Pokok cili besar atau cili padi antara yang selalu kita tanam di kawasan rumah. Hatta duduk di apartment pun ramai saja yang menanamnya dalam pasu.
Banyak rungutan mereka yang tanam pokok cili ini, pokok tak subur, buah kecil dan sikit.
Antara perkara penting yang ramai tak tahu dalam penjagaan pokok cili adalah tentang pemotongan tunas air. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.
Tok Serama berkongsi bagaimana mengenal pasti tunas air ini dan kenapa perlu membuangnya.
Kena buang tunas air pokok cili
Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.

Pertama, apakah tunas air?
- Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.
Bila masa nak buang tunas air?
- Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.
- Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.
- Kalau ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama)

Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?
- Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.
- Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source).
- Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.

Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?
- Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.
Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?
- Berbalik kepada prinsip sink and source, daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili.
- Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.
Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?
- Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.
- Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.
Sumber: Tok Serama
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar

Nak tanam pokok sayur seperti labu ada caranya, jika tak betul aturan mungkin tak berbuah. Atau boleh jadi juga pokok labu berbuah tapi sikit.
Supaya pokok labu yang ditanam menghasil buah yang banyak boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Siti Rokiah Che Hat.
Cara tanam pokok labu untuk hasilkan buah yang banyak

Labu Antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini.
Penyediaan anak benih labu
Terlebih dahulu sediakan biji benih labu dan lakukan langkah berikut,
1. Biji benih terlebih dahulu dirawat dengan racun kulat Benomyl
2. Benih direndam selama 24 jam
3. Biarkan biji benih kering dan barulah ia sedia untuk disemai.

Jenis tanah yang sesuai
Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.
Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.
Persediaan tanah
- Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaitu sebelum ditanam.
- Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.
Semai biji benih
- Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.
- Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan
sihat.

Pembajaan
Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.
Pencahayaan
Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.
Jarak tanaman
- Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m
- Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Sungkupan
Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda:
– Meningkatkan suhu tanah
– Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
– Ia juga memulihara kelembapan tanah
– Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.

Pengurusan Rumpai
Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.
Pendebungaan
- Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.
- Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.
- Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.


Artikel berkait: Kalau Tanam Pokok Labu Bantu Kahwinkan Bunga Labu Supaya Jadi Buah
Kawalan penyakit
Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:
•Damping-off (penyakit benih)
•Disebabkan virus (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu
•Angular leaf spot
•Downy mildew
•Scab
•Black rot
•Phytophthora blight.
•Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.
Bila boleh tuai?

- Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.
- Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).
- Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.
Diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.
Semoga bermanfaat
Sumber: Siti Rokiah Che Hat.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Buat Serunding Halia, Persediaan Untuk Ibu Muda Berpantang Sendiri

Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara buat serunding halia untuk ibu lepas bersalin
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.

2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).

5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.

Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Ini parut yang digunakan untuk halia.

Semoga bermanfaat.
Sumber: Azizah Salleh
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!


