Komposer terkenal, Edry Abdul Halim mempunyai seorang anak istimewa yang menghidap autism, Emery. Justeru untuk mendapatkan pendidikan terbaik ubat Emery, Edry dan keluarganya telah bersepakat untuk berpindah ke Manchester, United Kingdom.
Dalam instagram, Edry memuat naik gambar Emery dan kapsyen yang amat positif mengenai perkembangan Emery. Nampaknya Emery sudah boleh sesuaikan diri dengan persekitaran. Malah guru yang mengajar Emery pun kata Emery bijak.
Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain. Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran. Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester #redwood #autism
Netizen sokong apa yang Edry lakukan
Individu yang menghidap autism memerlukan pendidikan berbeza berbanding sekolah biasa. Ramai netizen memuji Edry yang bertindak cepat dengan memberikan pendidikan yang betul buat Emery. Walau perlu berkorban meninggal tanah air sendiri dan menetap di Manchester, namun segalanya berbaloi demi seorang anak.
Ads
Dapat pembelajaran yang bagus
Semoga dilindungi Allah
Moga dikurniakan kesihatan
Ads
Harap Malaysia pun ada tempat untuk pesakit autism
Alhamdulillah Mummy and Daddy datang visit kami here in Manchester..Sejuk sikit at the moment, but will try to keep them warm with all our love ❤️
Kematian bayi Adam Rayqal di rumah pengasuh kelmarin mencetuskan kebimbangan terutama ibu bekerja yang menyerahkan tugas menjaga anak mereka kepada pengasuh.
Bukan suka, tapi keadaan ekonomi memaksa ibu bekerja. Rezeki setiap ibu tak sama, ini yang ditegaskan oleh ramai kaum hawa.
Pengacara Faizal Ismail atau FBI juga berkongsi pengalamannya yang hampir sama menghantar anak tapi ke nursery, namun satu ketika isteri membuat keputusan berhenti kerja demi menjaga sendiri.
Baru memulakan kerjaya, keputusan itu memang mencemaskan dirinya dari segi kewangan bagaimanapun ujar Faizal selepas keputusan dibuat dia melihat perubahan yang cukup positif dalam keluarga termasuk pintu rezeki yang terbuka entah dari mana-mana.
(Sambungan)…. kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.
Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.
.
Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.
Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!
Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.
Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna…namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.
Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.
Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.
Semalam berlaku kejadian menyayat hati bila seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya.
Semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.
Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.
Rentetan dari kejadian ini Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.
Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibu bapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Banyak kita dengar kes bayi yang mendapat jangkitan penyakit disebabkan terdedah dengan pelbagai kuman terutama apabila berada di luar rumah. Atas dasar itulah suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, tidak membenarkan anak mereka Ayra Aneesah dibawa keluar rumah sesuka hati.
Melalui instagram, Ummi Nazeera menyatakan bahawa suaminya hanya membenarkan Ayra keluar rumah untuk pergi ke rumah lain sahaja. Ayra masih tidak pernah pergi ke mana-mana pusat beli-belah. Hanya apabila usia 6 bulan sahaja barulah suaminya benarkan Ayra pergi ke pusat beli-belah.
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi… Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby.
Netizen menyokong tindakan suami Ummi Nazeera yang tidak membenarkan bayi mereka terdedah secara langsung dengan tempat awam seperti pusat beli-belah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...