Mungkin ramai kalangan kita yang punya tanah di kampung tinggalan orang tua dan berhajat untuk membina rumah di sana.

Bila dah tak bekerja atau pencen bolehlah berhijrah di kampung pula memandangkan anak-anak dah besar. Tinggal di kampung lebih tenang, kos pun kurang. Ini antara yang dalam fikiran ramai.

Tapi sebelum melaksanakan perancangan ini, mungkin boleh baca dulu perkongsian daripada Zaini Naim di laman X ini. Bimbang kediaman yang tenang kita impikan itu jadi satu bebanan pula nanti.

Pengalaman bina rumah di kampung

“Ni aku share pengalaman parent aku sendiri yang dah buat rumah dekat kampung.

Pelan asal nak jadikan rumah pencen untuk duduk kat rumah ni dengan ayah aku. Buat rumah guna duit KWSP lepas umur cecah 55 tahun.

Ayah aku yang design pelan rumah. Lepas rumah siap, ayah aku dapat la rasmikan. Buat majlis kesyukuran untuk masuk rumah.

IKLAN

Tahun 2018 ayah aku meninggal. Lepas ayah aku meninggal, perancangan untuk pindah kampung terpaksa dibatalkan. Yela, takkan mak aku nak duduk sorang-sorang kan? Jatuh dalam bilik air nanti siapa pulak nak bantu.

Aku selaku anak lelaki sulung ambil tanggungjawab jaga mak aku. Kami adik beradik pun memang tak setuju mak tinggal seorang diri kat kampung sebab hati tak tenang nanti.

Biar mak kita sentiasa ada depan mata kita. Dari segi kesihatan, syukurlah mak aku ni takde masalah 3 serangkai. Cuma ada masalah kolesterol tinggi.

IKLAN

Tempat tinggal kami sekarang ni dekat dengan fasiliti hospital & klinik kesihatan. Mudah untuk aku uruskan mak aku. Nak check up semuanya mudah sebab dekat.

Bila mak aku duduk dengan aku, dia mudah jumpa kawan-kawan dia. Makan minum semuanya aku uruskan. Dia sendiri pun duduk rumah penuhkan masa dengan kelas mengaji online. Kat taman perumahan ada surau yang aktif dgn macam aktiviti. Mak aku tak selalu join sebab dia dah ada program lain, kalau dia free dia akan join.

Selain itu:  Nak Beli Kereta Terpakai, Periksa 8 Perkara Ini Dulu. Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Salesman

Nilaikan dulu buruk baik sebelum bina

Sekali sekala mak aku rindu kampung, aku lah yang akan teman dia balik. Balik dua beranak je. Tapi nak maintain rumah bukan mudah. Mak aku terpaksa menggaji kontraktor yang buat rumah dia tu dengan bayaran RM500 sebulan untuk uruskan rumah tu dari segi kerja-kerja pembersihan.

IKLAN

Dulu masa mak aku kerja lagi, dia tak nak buat homestay. Tapi lepas dah bersara, dia sendiri berminat buat homestay. Sekarang ni setiap bulan dia bayar RM500 dekat kontraktor dan RM80 tambahan setiap kali ada guest masuk.

Tapi biasalah, orang lain jaga rumah kita tak macam kita jaga sendiri. Sekarang ni rumah tu hanya jadi rumah inap kami sekeluarga setiap kali balik kampung.

Nilailah sendiri kebaikan dan keburukan bina rumah kat kampung. Ambillah pengalaman mak aku sebagai pedoman. Orang yang untung ialah orang yg belajar daripada pengalaman orang lain.

Semoga bermanfaat

Sumber: Zaini Naim

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI