Kuih apam balik ini selalu jadi hidangan petang. Kebiasaannya kita beli saja, tapi hakikatnya nak buat sendiri apam balik ini mudah sangat.
Pakai kuali non stick saja, bahannya pun sikit. Paling best kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang banyak. Terpulang nak buat tebal atau nipis dan ranggup. Boleh cuba resipi perkongsian Raihan Mahat ini.
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega
Ads
Bahan tabur:
Kacang tanah ( beli yang dah siap kisar)
Jagung manis dalam tin
Gula
Cara membuat
1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Ads
2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu mentega di permukaan non stick pan. Sapu sikit saja.
Ads
4. Tuangkan 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.
5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula, kacang dan jagung. Kemudian lipat dua dan sapu majerin.
6. Supaya senang waktu nak memotong, lalukan pisau kat air terlebih dulu sebelum potong.
Hampir setiap hari kita akan makan hidangan berlemak dan berminyak. Tak mustahil kolesterol pun tinggi.
Supaya tak terjadi masalah lain berkait dengan kolesterol tinggi ada baiknya kita amalkan langkah pencegahan. Lagi elok kalau guna cara semulajadi tak perlu makan ubat.
Antara caranya adalah amalkan air perapan lemon madu seperti yang dikongsi oleh Siti Hasnah AR. Seperti yang ramai maklum buah lemon dan madu itu sendiri memang banyak khasiatnya.
Caranya
2. Kemudian basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Masukkan dalam mangkuk, boleh tambah halia jika suka.
4. Masukkan 300ml madu asli, secubit garam dan 1 senduk gula perang jika suka. Jangan tambah air.
5. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk, esok hari dah sedia untuk digunakan.
Cara penyediaan
Ambil pati lemon madu ini dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan untuk detoks dan kurangkan kolesterol. Boleh juga minum waktu pagi.
Walaupun perap dengan kulit lemon tapi rasanya tak pahit. Kulit lemon pun banyak khasiat rugi beli mahal kalau buang.
Dalam kita membuat persediaan menyambut hari raya Aidiladha lusa harapnya kita tidak terlupa bahawa esok 9 Zulhijjah juga merupakan Hari Wukuf atau Hari Arafah buat yang mengerjakan jemaah haji.
Pada hari ini semua jemaah haji yang berada di Makkah akan berkumpul di Arafah yang menjadi kemuncak ibadah haji. Terdapat banyak ganjaran yang termaktub dalam al-Quran tentang hari Arafah ini.
Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat kerana ganjaran yang cukup besar. Diriwayatkan dalam sebuah hadith:
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
“Berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Pada hari ini juga ambil kesempatan menadah tangan memohon doa kerana hari wukuf adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Dalam pada itu adalah lagi 5 kelebihan pada hari Arafah yang perlu kita rebut dan juga pada masa yang sama hayati peristiwa di sebaliknya.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...