Choco jar ini memang jadi kegemaran ramai, terutama anak-anak. Kalau jual laku keras. Ya lah coklat kan, siapa yang suka.
Tapi nak beli selalu pun kena berkira-kira sebab sebalang kecil saja harganya dah RM15. Jadinya apa kata kalau buat sendiri saja. Sebab cara nak buat pun mudah sangat, cuma guna tiga bahan saja. Nak buat berniaga pun boleh.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norhamiza ini.
Buat sendiri choco jar, puas hati makan depan tv
Bahan-bahan
500 gram small coco crunch
500 gram coklat Berly
Setengah cawan minyak masak
Ads
Cara membuat:
Cairkan coklat guna teknik double boil
Ads
2. Dah cair coklat, letak minyak. Tujuannya supaya coklat tak beku semula bila dah sejuk. Kemudian gaul, dan letak dalam balang.
Ads
Siap!
TIP
Boleh guna apa jenis coklat, ikut cita rasa.
Boleh gantikan dengan buble rice juga tapi panggang dalam oven dulu sampai kekuningan. Suhu 160 darjah masa 7 minit ikut oven masing-masing. Boleh juga sangai dalam kuali kemudian biarkan sejuk.
Salah satu masalah bila nak tebuk dinding guna drill adalah habuk yang akan bersepah di lantai.
Senang memang senang tapi itulah masalahnya, kena sapu atau vacuum, bukan sekali sebaliknya dua atau tiga kali sebab habuknya halus.
Namun lelaki bernama Hong Guan ini telah berkongsi satu tip mudah untuk mengelakkan masalah habuk ketika menggunakan drill.
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 kemudian lipat.
Ambil masking tape lekat sampul tadi bawah lubang yang nak ditebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai juga guna sampul surat biasa, beg plastik atau apa-apa saja yang boleh kumpul pasir.
Cara ini tak perlu lagi nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul jadi buang terus dalam tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli di Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa naik turun tangga.
Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi cara mereka mengelakkan habuk jatuh ke lantai. Boleh juga guna cara ini.
Nak guna Dust Cap ini pun boleh juga. Klik SINI untuk beli
Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
4. Buka semua pin pintu, untuk tukar arah.
5. Pasang semula di tempat yang sama di sebelah kiri
Kata Zuhri apa yang diperlukan untuk menukar arah pintu ini hanyalah skru driver dan star key saja. Memang boleh buat sendiri.
Ramai yang tahu sisa ikan dan udang memang baja yang sangat baik untuk menyuburkan tanaman. Malah ramai yang mempraktikkannya untuk tanaman di rumah.
Tapi betulkah cara kita membaja menggunakan sisa ikan dan udang ini. Silap cara kawasan rumah boleh jadi busuk. Supaya baja ini memberi kesan yang ‘power’ pada tanaman, usahawan tani Azuan Abdullah (AA) memberi panduan yang betul menggunakan baja organik ini.
Setiap kali siang udang dan ikan, AA akan simpan kepala udang dan perut ikan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. Kedua jenis sisa ini sangat power bila digunakan pada pokok.
Kepala dan kulit udang ini kaya dengan chitin atau chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ini. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.
Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga. Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.
Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar di bawah.
Pokok limau kasturi ini ditanam dalam tayar di tepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.
Langkah 1
Ambil sisa kepala/kulit udang dan insang/perut ikan yang baru lepas disiang.
Langkah 2
Mula-mula kita buat alur di bawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.
Langkah 3
Tabur saja kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.
Langkah 4
Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.
Langkah 5
Akhir sekali, siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.
Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...