Ada yang panggil kuih bom, onde-onde atau kuih bom bijan. Apapun namanya, kuih tradisional ini memang sedap. Cuma biasanya kita beli saja, jarang buat sendiri.
Supaya kuih tradisi ini tak hilang ditelan zaman, elok juga kita belajar buat kuih ini yang sebenarnya mudah saja. Bila buat sendiri boleh letak inti yang kita suka, sama ada inti kelapa atau kacang merah.
Kalau nak cuba, caranya dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie. Cara ini guna sukatan cawan lebih mudah dan katanya, insya-Allah tak meletup bila digoreng.
Buat sendiri kuih bom
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang(rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).
Ads
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air suam.
2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.
4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.
5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.
Ads
6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.
Hidangan tradisi lempeng kelapa ini memang sampai sekarang digemari dan jangan ingat hanya orang tua saja yang suka.
Menu ini kalau hidang waktu pagi bersama dengan sambal tumis atau kuah kari, memang mantap. Dapat pula lempeng kelapa yang terasa lemak dan manisnya lagilah syok. Boleh makan berkeping-keping dibuatnya.
Untuk dapat lempeng kelapa yang sedap lemak manis ada caranya. Dikongsi oleh Jejaka Brownie ini cara buat lempeng kelapa yang sedap.
Bahan-bahan
250gm kelapa parut
500gm tepung gandum
5gm baking powder
1 sudu kecil garam
Gula 150gm (boleh tambah)
2 biji telur (optional)
Air biasa (secukupnya)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas lalu gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
3. Setelah adunan siap panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.
4. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu. Tunggu bahagian bawah lempeng sedikit perang bolehlah terbalikkan. Siap!
TIP: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak.
Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi mati mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan minyak zaitun dalam diet terutama ketika bersarapan sangat bagus untuk kesihatan seseorang.
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya mmg malas sbb perut pun tak lapar. Selalunya saya terus melakukan kerja2 saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bgn pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu. Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja2 membaca dan menghafal yg saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak2 di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yg makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan. Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Memang saya sudah kurang makan sejak bbp tahun dulu. Kadang2 kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam2 cerita kawan2.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Bukan lagi pelik kalau org muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan2 saya yg berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba2 ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur. Tubuh sudah bersarang dgn pelbagai penyakit. Seperti rumah yg sergam kuat tapi bersarang anai2. Tiba2 runtuh tersembam ke bumi.
Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Maka saya mmg berhati2 dgn makanan yg ada terutama karbohidrat ringkas. Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yg membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula. Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Apa itu makronutnien?
1) Air
2) Karbohidrat kompleks (sayur-sayuran)
3) Minyak sihat
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
Masalah kecacingan pada anak-anak memang tak nampak tapi kita boleh menjangka melalui ciri ciri yang biasa dialami.
Selalunya anak akan tak selera makan, hilang berat badan, kerap sakit perut, tak senang duduk (sering merengek), gatal pada bahagian dubur dan timbul bintik kemerahan (ruam) akibat kerap menggaru.
Satu situasi biasa bila anak berdepan masalah cacing ini adalah untuk beri makan ubat. Lagi pun kalau tahu ia adalah ubat cacing. Memang susah untuk anak ambil ubat ini.
Bagi yang menghadapi anak susah makan ubat cacing, satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan petua yang dikongsi oleh Wan Norma.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit petua turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Manalah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah saja caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut;
Caranya;
-Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
-Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
-Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InsyaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.