Kuih puteri ayu antara santapan biasa kita waktu pagi mahu pun petang. Rasa yang manis, tekstur lembut bersama kelapa buat ia jadi kegemaran ramai.
Jika satu keluarga suka dengan kuih ini, elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Nak buat 100 biji pun boleh, puas hati makan. Sambil itu boleh sedekah juga pada ahli keluarga terdekat atau jiran.
Cara buat kuih Puteri Ayu, dapat 100 biji sekali masak
Hari ini kita siapkan order 100 biji kuih puteri ayu. Resipi saya buat sekali harung saja, dalam satu bancuhan. Dapat dalam 140 lebih juga. Bagi yang cari resepi kuih puteri ayu satu adunan dapat banyak boleh guna resipi ini. Saya pun dapat dari sahabat di Facebook je. Tapi alhamdulillah menjadi resipi puteri ayu 100 biji.
Bahan ayak
10 cawan tepung gandum
5 sudu kecik baking powder
(Dah siap ayak, ketepikan dulu)
Bahan untuk mixer
6 biji telur gred A/B
4 cawan gula halus
5 sudu kecik ovalette
(Putar dalam mixer bahan di atas sampai kembang putih dan bertanduk. Dalam 5 minit. Ini langkah paling penting)
Bahan berair
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan, tapis dan ambik airnya)
1 cawan air putih
Ads
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang mixer berselang seli tepung dan bahan berair. Putar supaya sekata saja, tak perlu putar lama.
Ads
3. Apabila dah siap putar, ketepikan dan perap adunan dalam 1 ke 2 jam
4. Sambil itu panaskan kukusan, kukus kelapa parut yang digaul jaram dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.
5. Sementara itu oles acuan puteri ayu dengan minyak. Bila kelapa parut dah siap kukus keluarkan. Biarkan air kukusan mendidih.
6. Masukkan kelapa parut dalam acuan, tekan sampai habis dalam. Menggunakan piping bag masukkan adunan dalam acuan bila adunan dah siap perap satu hingga dua jam.
Ads
7. Sebelum guna adunan, guna spatula kaup balik untuk buang angin kemudian baru masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.
8. Kukus antara 8-10 minit saja. Penutup periuk kukus pastikan dilapik kain. Supaya air tak jatuh atas kuih yang akan menyebab kuih bantat.
9. Dah cukup 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan lain dan kukus lah smpai siap semuanya.
Kalau nak buat kuih untuk berbuka puasa yang mudah, agar-agar pandan santan ini boleh masuk list. Dah lah senang, sedap pulak.
Boleh saja buat walau tak berapa pandai memasak. Supaya agar-agar menjadi elok, sedap berlemak boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh guru masakan Mr.Ali.
Step by step buat agar-agar pandan santan yang sedap berlemak
Bahan – bahan :
12 gram agar agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200ml santan
1 biji telur
125 gram gula / setengah cawan gula ( resipi ini saya kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)
Loyang 8 inci
Cara membuat:
1. Kisar 4-5 daun pandan bersama 1 cawan air. Dah siap blend tapis.
Air pandan yang siap ditapis
2. Kacau sebati santan dan telur. Pakai santan Kara, elok berlemak. Nak sebatikan pakai blender pun boleh. Hasil jadi lagi halus. Saya pakai tangan saja.
3. Masukkan air dan agar-agar tali. Biarkan mendidih.
4. Masukkan air pandan bersama gula, pewarna hijau.
5. Masukkan santan. Kacau sebati supaya tak bergumpal.
6. Dah sebati biarkan mendidih atas api beberapa minit. Bila nampak dah terpisah santan dan air, tutup api.
7. Masukkan dalam loyang. Biarkan pada suhu bilik 30-40 minit dulu baru sejukan dalam peti selama 2 jam.
Hidangan pulut kuning dengan rendang memang kegemaran ramai. Makan dengan sambal pun best juga.
Jika berhajat nak buat pulut kuning ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Maz Samad ini.
Cara ini pulut kuning yang dimasak tahan lama dan tak mudah basi. Bagi yang kali pertama masak pulut kuning boleh gunakan cara ini juga kerana ia lengkap.
Tip agar pulut kuning tahan lama, tak mudah basi
Ikut langkah demi langkah ini ya;
1. Rendam 1 kg beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2-3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum rendam beras dibilas sehingga hilang air keruh. Apabila air sudah jernih baru direndam beras pulut.
6. Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.
Kaedah kukus beras pulut
1. Kukus pertama
– Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak.
– Masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air kukusan
-Pastikan air kukusan betul-betul mendidih
-Letakkan pengukus beras pulut.
-Letakkan 3-4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
– Kukusan pertama 10 minit
– Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
– Step kukusan Kedua 20 minit-Pulut dicampur bersama
1/2 cawan minyak atau marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Tip beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut. Pulut kuning akan nampak berbiji-biji bila dihias tapi jangan risau, teksturnya sangat lembut.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...