Selain pau kukus, pau goreng juga jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Buat sendiri pau goreng
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
Bahan untuk doh
Tepung gandum 500g
Telur 1 biji
Marjerin 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil (KFC)
Gula 2 sudu makan
Yis/Mauripan kering – 1 pek (11g)
Bread improver – 1 sudu teh
Baking powder – 1 sudu teh
Susu pekat – 2 sudu makan
Air suam – 260ml
Ads
Cara membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
Ads
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, saya letak dalam cawan kertas supaya senang nak angkat, tak payah letak dalam dulang , dan tabur-tabur tepung lagi.
-Jika nak frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika nak buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Beli wraps dengan niat nak amalkan pemakanan sihat tapi masaknya cuma sekeping dua saja, satu selebihnya terbiar dan akhirnya expired! Siapa yang macam ni, angkat tangan.
Kalau wrap masih boleh digunakan apa kata ambil dan kita tukar jadi chips atau kerepek! Ala-ala tortilla chips rangup dan sedap pulak tu. Idea ini dikongsi oleh Zatil Arip yang menghidangkan chips ini dengan telur hancur.
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.
4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
Chips ini boleh dimakan bersama dengan telur hancur. Sesuai untuk sarapan. Ini pula cara membuat telur hancur (scramble eggs).
Bahan-bahan:
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon
Cara membuat:
Pecahkan 4 biji telur, kemudian gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega, masak telur api perlahan sambil kacau.
3. Bila dah sedikit berketul, angkat. Boleh perah sedikit lemon.
4. Taburlah dengan apa yang kita suka, masuk timun potong dadu pun sedap.
Ibu bapa yang ada anak masuk darjah satu biasanya akan ekstra sibuk dan risau memikirkan anak dalam persekitaran baru di sekolah.
Kalau boleh semua mahu disediakan dalam keadaan memudahkan anak di sekolah nanti. Antara yang dilakukan adalah persediaan menyusun buku sekolah anak.
Perlu, supaya buku anak tak bersepah, hilang atau bercampur dan paling penting memudahkan anak menyusun sendiri jadual nanti. Takdelah setiap malam, mak kena tukar jadual anak.
Untuk parent yang ada anak masuk darjah satu boleh gunakan tip dikongsi oleh Fariha Norbaya.
Tip susun atur buku sekolah anak
Cara ini saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku sekolah Agama & sekolah kebangsaan. Total semua hampir 20 subjek. Di bawah ini saya tunjuk tutorial utk beberapa subjek sahaja.
Sediakan 1 fail untuk 1 subjek
Saya beli fail yg boleh muat buku teks sekali dgn buku latihan. Senang nak sekalikan & saiznya muat untuk masuk beg sekolah. Dekat fail tu saya letak label :
🍁Nama anak
🍁Nama kelas
🍁Subjek
🍁Hari
Kalau jadual waktu anak sentiasa berubah, jangan panik!
Kita cuma perlu sediakan fail yang berlabel subjek sahaja. Lebih praktikal untuk setahun sesi pembelajaran.
Saya print out sendiri setiap label
Ajak anak buat aktiviti ini skali, lebih mudah untuk dia faham sistemnya. Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita.
Kelebihan bila buat sistem fail ini
🍁Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak atau kelepet kat hujung
🍁Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dalam beg sekolah. Kemas je.
🍁Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betul ni
🍁kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Di sekolah anak masukkan terus ke dalam fail ikut subjek.
🍁Mudah juga untuk susun fail ini dekat rak & meja, tak berselerak.
Ajar anak-anak disiplin dari awal. InsyaAllah mudahkan urusan kita juga.
Tidak dinafikan dengan adanya mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi sangat mudah dan pantas. Walaupun ada perkhidmatan mesin cucian kering, tetapi setiap rumah pasti mempunyai mesin berteknologi ini yang akan memudahkan kerja mencuci baju.
Namun begitu, apabila selalu digunakan, mesih basuh akan menjadi kotor dan banyak habuk melekat tanpa kita sedari. Sebagai isteri tidak salah
untuk kita mencuci mesin basuh kerana ia sangat mudah dan tidak memakan masa lama.
Perkongsian Puan Ana Mariana menunjukkan langkah demi langkah cara membesrihkan mesin basuh automatik. Cara dikongsi ini boleh membersihkan kotoran
pada mesin masuh serta baju yang dibasuh masih kotor dan melekat sabun.
Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak besrihkan mesin basuh..nak suruh suami buat, dia tak ada di rumah. jadi kita buat sendirilah..
Senang je rupanya…lama dah guna mesih basuh ni, patut pun cuci baju tak berapa nak bersih, sabun pulak melekat pada baju lagi..tengok betapa kotor di dalamnya..lepas buka mesin, cuci semua kotoran di dalamnya dan hasilnya akan rasa macam mesin baru…
Rujuk setiap gambar untuk buka & cuci bersih mesin basuh
.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...