Bagi wanita, ruang dapur menjadi tempat paling penting untuk meletakkan pelbagai barangan kering dan basah.
Namun saiz yang kecil dan terhad pastinya memberi kesukaran untuk meletakkan semua barangan keperluan harian.
Walau bagaimanapun menerusi perkongsian di laman sosial Facebook Esm Shafizawati Nazirrudin telah muat naik beberapa keping gambar bagaimana proses membuat pantri di bilik stor bawah tangga yang sangat cantik.
Mengambil masa selama empat hari bersama suami tersayang yang bertungkus lumus untuk menyiapkan ruang pantri berkenaan membuat dirinya sangat berpuas hati kerana menurutnya ia adalah impian setiap wanita.
Bila sebut saja tentang hantaran kahwin, kita semua pasti akan teringat persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barang berjenama.
Maklumlah nak dijadikan hantaran, tetamu yang datang akan menilik jadi kenalah barang yang elok dan hebat sikit. Takdelah yang mengecam.
Tapi menurut penulis buku kewangan Azizul Azli Ahmad hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah pun ketinggalan zaman, bukan trend terkini. Pengantin yang masih menyediakan barangan ini ternyata tak ‘up to date.’
Kenapa? Sebab menurut Azizul semua barang ini adalah barang kehendak. Hantaran kahwin terkini yang sepatutnya disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan lepas kahwin!
Ada 10 poin menarik beliau kongsi yang bermanfaat untuk bakal pengantin.
Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.
Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.
1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.
2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !
3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.
4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.
5. Tilam Vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.
6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.
7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?
8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!
9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.
10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.
Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.
Ha amacam? Betul tak cakap cik Azizul ni? So lepas ni bakal pengantin kena ubah minda bab barang hantaran. Sediakan barang yang memang perlu kita guna selepas kahwin. Usah beli untuk tampak mewah dan menunjuk-nunjuk ok!
Tinggal di rumah kampung bersama orang tua, tapi hati teringin nak gaya moden. Berbekal minat, sedikit kemahiran dan juga rujukan dari YouTube pasangan suami isteri Azizi Anuar dan TgSH Husna lantas mengubah suai rumah papan yang didiami bersama orang tua mereka.
Bermula dari PKP, make over kediaman yang terletak di Dungun Terengganu dilakukan sedikit demi sedikit, dari ruang tamu, dapur, bilik solat dan bilik anak. Paling menarik mereka berdua melakukannya sendiri dari awal hingga akhir walaupun tiada latar belakang pertukangan.
Menurut Azizi ia bermula dari suka-suka, ubah suai dilakukan kerana mahukan gaya moden dalam kediaman. Berikut adalah tranformasi kediaman rumah papan gaya moden hasil kerja tangan Azizi dan isteri. Semoga memberi inspirasi kepada yang bercadang mengubah suai kediaman.
Kita tentu pernah melihat pasangan suami isteri yang wajahnya hampir sama, seiras. Walau pun tidak seperti pinang dibelah dua, tapi mereka mirip dan punya aura yang sama.
Dari aspek psikologi, ada alasan masuk akal atau logik kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama. Ini penjelasannya.
Mengikut kajian psikologi, semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.
Sebagai pasangan, suami isteri ada banyak pengalaman dan kenangan bersama. Dari melakukan rutin harian sehinggalah makan bersama. Pengalaman-pengalaman sebegiinilah mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit.
Mereka juga ada kecenderungan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik dari hal peribadi dan urusan seharian maka mereka akan semakin mirip antara satu sama lain.
Sewaktu mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang memiliki persamaan dengan diri kita. Tak terkecuali aspek wajah dan penampilan.
Biasanya kita akan melihat seseorang yang hampir sama dengan kita itu menarik. Otak juga punya peranan dalam hal ini. Sewaktu melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati padanya.
Bahkan sesetengah wanita memang mencari pasangan yang mirip contohnya dengan ayah mereka. Dari sini dapat dibaca bahawa mereka memang mencari seseorang yang punya sedikit persamaan.
Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.
Psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Konsep itulah antara yang jadi jawapan kenapa ramai suami isteri yang wajahnya hampir sama.
Social Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya.
Dalam pada itu katanya otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya.
Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau keduanya suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.
Demikian penjelasan kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama dari waktu ke waktu. Anda dan pasangan bagaimana?
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...