Bila kena masalah migrain selalunya memang tak mampu fokus melakukan kerja. Ada yang perlu rehat dan ambil cuti lagi.
Kalau selalu alami masalah ini, bukan saja menyeksakan tapi juga boleh jejaskan kerja. Lagi satu kerap makan ubat tahan sakit pun tak elok juga.
Untuk yang selalu mengalami migrain mungkin boleh cuba cara semula jadi ini untuk redakan migrain atau sakit kepala seperti yang dikongsi oleh ustaz Norazri Medzlan dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang.
Cuma guna ketulan ais, 10 minit lega
Ads
Caranya mudah hanya guna ketulan ais. Langkahnya:
1.Letak ketulan ais di tengah tengkuk atau belakang leher.
2. Biarkan ais di situ dalam 10 minit.
Ads
3. Hasilnya migrain terus reda dan kepala jadi ringan.
Menurut beliau ini adalah kali kedua dia mencuba tip ini, pertama ketika sakit tengkuk akibat salah bantal dan kedua akibat migrain. Ternyata tip yang hanya dibaca sebelum ini berkesan bila dipraktikkan.
Bagi yang ada migrain bolehlah cuba. Tak perlu modal apa-apa cuma ketulan ais saja.
Sebagai seorang Muslim, memilih makanan yang halal adalah satu kewajipan. Namun dalam mencari makanan ini ada kala kita jadi keliru dengan makanan haram iaitu babi apabila ia menggunakan pelbagai nama atau perkataan lain.
Dalam hal ini sebelum membeli sangatlah penting kita meneliti kandungan bahan yang digunakan pada bungkusan. Berikut adalah senarai perkataan yang sama makna dengan babi yang harus kita elakkan.
1. Pig
Seekor babi muda, berat kurang dari 50 kilogram.
2. Hog
Babi dewasa, berat melebihi 50 kilogram.
3. Boar
Babi liar/babi hutan
4. Pork
Daging babi dalam masakan. Ada pelbagai seperti pork belly (daging babi yang diambil dari bahagian perut)
5. Pig feet atau trotters
Kaki babi yang dimasak dan dihidangkan sebagai hidangan di berbagai masakan, termasuk masakan China dan Barat.
6. Pig ears
Pig ears atau telinga babi juga merupakan hidangan yang popular dalam masakan China.
7. Pig skin
Pig skin atau kulit babi sering digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai produk makanan, termasuk kerepek dan chicharon.
8. Swine
Istilah untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.
9. Lard
Lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun. Lard atau lemak babi adalah jenis lemak yang diambil dari bahagian perut atau punggung babi.
Lard biasanya digunakan dalam masakan untuk menambahkan rasa dan kelembutan pada makanan, terutama di masakan Barat dan China. Antara makanan dan produk yang mungkin mengandungi lard antara lain roti, pastry, biskut, coklat, dan mentega.
10. Bacon
Daging haiwan yang dihiris terutama babi. Biasanya diambil dari bahagian perut atau punggung babi untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai hidangan.
11. Ham
Ham adalah potongan daging yang diambil dari paha babi. Potongan daging ini biasanya diolah dengan cara dipanggang atau direbus, dan kemudian dihiris nipis untuk disajikan sebagai hidangan atau bahan asas terutama masakan Barat.
12. Bakut
Bakut adalah sebutan untuk tulang rusuk babi. Selalu diolah menjadi sup. Juga dikenali dengan nama bakut teh yang turut menjadi sajian ini popular di Singapura.
13. Gelatin
Gelatin adalah bahan yang digunakan dalam berbagai makanan, termasuk gula-gula, jeli, marshmallow, dan lain-lain. Gelatin dibuat dengan merebus tulang, kulit haiwan termasuk babi.
14. Porcine
Turut berasal dari babi dan banyak digunakan dalam ubat-ubatan.
Ada yang cakap rendang ayam hancur itu sebenarnya rendam tak menjadi. Tapi tak juga ada ramai yang suka rendang sebegini.
Sebenarnya ia sangat sedap dimakan dengan ketupat dan lemang. Senang saja isi ayam dicarik.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi rendang ayam hancur yang dikongsi oleh Fateema Azzahra. Resipi ini untuk satu ekor ayam.
Bahan kisar :
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5 ulas
Cili hidup merah & hijau 5 tangkai (ni rahsia saya)
Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
Serai 2 batang diracik
Buah keras 2 biji
Bahan lain :
Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
Cili kisar 2 senduk
Serbuk kari ayam
Kerisik segar 3 packet kecil atau 300gram
Santan segar 1 cawan
Gula kabong /nisan
Garam, serbuk hilal (perasa)
Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
Daun pandan
Cara membuat:
1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul. Perlahankan api.
3. Selepas itu masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai pekat. Pastikan api perlahan.
4. Masak rendang kena sabar. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam bahagian isi akan auto hancur. Bahagian bertulang akan kekal cantik.
5. Bila dah dapat tekstur pekat boleh off api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.
6. Serius sedap di tekak bagi yang suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabong. Hancur di sini bukan hancur lebur ya, hancur-hancur manja gitu.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.