Ayam bakar jenama ini memang best, tapi kalau nak beli harganya boleh tahan juga. Tapi kalau teringin nak makan, boleh saja buat sendiri. Asyik menggulai dan sambal untuk buka puasa pun boring juga.

Nak buat ayam bakal ala Kenny Rogers ni pun mudah saja, bahan semua ada kat dapur. Lagi elok jika dapat ayam yang kecil, senang nak muat kuali. Boleh ikut perkongsian Nur Aisya.

Ayam bakar ala Kenny Rogers

Ayam kecik, sesuai sangat. Bahan-bahan semua ada di rumah. Boleh makan untuk 5 orang

Bahan-bahan

Ayam seekor/ whole leg 4
Bawang holand sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 1/2 inci
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(Kisar semua bahan di atas)

IKLAN

Bahan lain

Kentang sebiji – nanti rebus bersama ayam.
Brocoli
lobak
Kentang
Bawang Holand
Shitake mushroom

Cara membuat:

1. Tumis tanpa minyak bahan yang dikisar.

2. Masukkan kiub ayam. Nak masukkan sos tiram pun boleh masa ni.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang

3. Masukkan ayam dalam kuali dan kentang sekali.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang4. Ni cara saya, masak ayam dalam kuali bersama dengan kuah sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat utk pastikan ayam masak waktu dibakar.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang

IKLAN

5. Blend kentang yg direbus bersama ayam tadi. Tuang semula dlm kuali.

6. Lepas blend kentang tadi kuah jadi pekat dan creamy.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang7. Letak ayam dlm tray. Letak sayur sekali.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 darjah selama 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah. Selebihnya api atas sahaja.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang9. Siap bakar dah, kuah tu boleh makan dengan nasi Planta.

Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang

Cara Buat Nasi Planta

Bahan-bahan:

Selain itu:  Tip Gandakan Sabun Cuci Pinggan, Boleh Tahan Sampai 5 Bulan. Buih Tetap Banyak!

Beras
Planta
Halia hiris
Bawang besar hiris

IKLAN

Cara membuat

1. Cairkan Planta tumis bawang besar dan halia sampai layu.
2. Masukkan beras. Garam sedikit dan gula sedikit, seimbangkan rasa.
3. Sukat air macam biasa. Masak nasi dalam periuk biasa. Siap!

Selamat mencuba

Resipi asal: Nur Aisya

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI