Tip buat cili kisar tahan lama ini penting memandangkan bahan ini perlu sentiasa ada dalam peti ais bagi memudahkan kerja memasak.
Tapi selalu jadi rungutan adalah cili yang dikisar dan disimpan dalam peti sejuk ini cepat berkulat. Kita bajet kisar untuk seminggu, alih-alih hari ke-lima dah naik kulat. Lagi geram bila jumlahnya masih banyak.
Supaya tak jadi lagi masalah cili kisar berkulat ini, boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Puan Mim Nazihah. Kata beliau cili kisar yang dibuat mengikut cara ini boleh tahan antara satu ke dua bulan tanpa berkulat.
Tip cili kisar tak berkulat walau dah lama
Selalu kan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan Insha-Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-bahan
-Cili kering
-Bawang putih
-Air tapis
Caranya
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih, cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. Tak perlu basuh sekali lagi, cuma tos saja, sebab cili sudah dibersihkan sebelum ini. Sekiranya dibilas guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4. Biarkan sekejap agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air dari penapis air. Elak dari guna air paip . Air dari penapis bersama bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
BACA: Habuk Dalam Cili Kering Bahaya, Kalau Jumpa Sila Buang! Ia Dari Kulat Tinggi Toksin
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat dengan cara ini. Selamat mencuba!
Sumber: Mim Nazihah