Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
Ads
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.
Ads
Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd
Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
Ads
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.
Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Ramai yang tanam pokok sup di rumah dan ramai juga yang selalu merungut pokok yang ditanam tak hidup.
Jika dah cuba beberapa kali tanam pokok sup tak menjadi, mungkin kena tukar cara penanaman. Tanam pokok sup ini ada 3 kaedah yang boleh digunakan.
Tak jadi cara pertama kita guna cara kedua dan ketiga. Kaedah tanam daun sup ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang telah mencuba semua cara ini.
3 kaedah tanam pokok sup
Jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri. Ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup. Semua saya dah buat & berjaya, yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan di bawah.
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara semai:
1) Siapkan media tanam, saya guna peatmoss. Dah isi ke dalam bekas siram siap.
2) Tabur biji benih sikit saja, jangan banyak (secubit). Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ini halus. Selepas spray air biji benih akan terbenam sendiri di celah-celah media. Banyak yang gagal sebab inilah, benih yg bercambah tak dapat tembus tanah untuk dpt cahaya.
3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh pun boleh. Saya biar tak tutup.
5) Spray 2 kali sehari pagi & petang, Insya-Allah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.
Kaedah kedua : tanam semula akar pokok matang
Cara semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak / tunas kecil. 3 syarat ini WAJIB!
2) Potong semua batang kecuali tunas kecil.
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4) Boleh tanam jika nampak akar makin sihat serta tunas makin segar & membesar. Jangan tanam dalam sangat, cukup kambus akar sahaja.
5) Siram sikit saja air jangan terlebih, ini pun jadi penyebab gagal sebab media terlalu becak.
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Kaedah ketiga : tanam semula anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
Cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak pokok yang baru tumbuh. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas saja.
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok (kalau cabut tiada akar baik campur dalam sup saja) Kena hati-hati waktu korek/cabut.
3) Tanam & letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4) Siram sikit saja, macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air.
Boleh pilih dari 3 cara di atas untuk tanam. Pokok sup ini tanam sekali saja, InsyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.
Beli buah tembikai, bila dah habis makan kulitnya jangan dibuang terutama kalau bercucuk tanam di rumah. Ramai tak tahu kulit tembikai ini juga boleh dijadikan baja semburan yang pokok buah bagi menghasilkan buah yang elok.
Perkara ini dikongsi oleh usahawan tani Azuan Abdullah. Panduan menghasilkan Microorganisma Local (MOL) atau air baja semburan ini juga turut beliau ajarkan dan caranya mudah sangat.
Bahan – bahan
Kulit tembikai : 1.5 kg
Gula merah : 1.5 kg
Bekas yang sesuai
Kertas putih dan tali
Proses membuat
1. Kupas buang kulit warna hijau dan ambil lapisan yang warna putih sahaja. Tujuannya supaya proses pengekstrakan dapat berlaku dengan sempurna. Nak guna isi sekali pun boleh, tapi rugi la kan. Elok kita makan isinya. Lagipun kulit putih ni lebih tinggi kandungan potassium berbanding isi.
2. Potong nipis-nipis. Semakin nipis dan semakin luas permukaan, lagi bagus.
3. Masukkan sedikit gula merah ke dalam bekas. Memadai gula merah menutup dasar bekas.
4. Masukkan kulit tembikai dan tabur sekata diatas permukaan gula merah.
5. Proses 3 dan 4 dibuat secara bergilir-gilir. Kira ala-ala macam buat kuih lapis gitu. Yang penting bahagian atas sekali mesti gula merah.
6. Tutup dengan kertas putih dan ikat bagi ketat.
Selepas 5 jam peraman
7. Simpan di tempat redup selama 7 – 10 hari.
8. Selepas 7-10 hari diperam, tapis ambil cecairnya sahaja.
9. Botolkan dan simpan ditempat redup. Penutup botol tidak diketatkan atau dilubangkan supaya sentiasa ada udara yang keluar masuk. Boleh bertahan 2-3 tahun.
10. Cara penggunaan; ambil 2-5 ml mol tembikai dan dicampurkan dengan 1 liter air tanpa klorin. Boleh juga dibuat cocktail bersama mol lain dan racun organik sekali.
11. Kekerapan semburan adalah seminggu sekali.
Manfaat
Mol buah ini sangat bagus untuk semburan pada mana-mana tanaman yang berbuah semasa peringkat berbunga dan berbuah.
Di dalamnya ada kandungan potassium yang agak tinggi berbanding dengan mol-mol yang lain.
Sebagaimana kita tahu, unsur potassium ini diperlukan oleh tanaman untuk pembentukan buah yang sempurna dan berkualiti. Cubalah, walaupun guna bahan yang nak dibuang, namun sangat berkesan sekali.