Kuah kacang berdaging, barulah lain sikit menu raya kita. Selalu makan nasi impit dengan kuah kacang biasa, Syawal tahun ini kita buat lain sikit, kuah kacang daging.
Lagi sedap sebab dah ada lauk sekali di dalamnya dan air rebusan daging itu buat kuah kacang lagi umphh rasanya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Asrinna Bakri.
Cara buat kuah kacang daging
Kuah kacang yang ada rasa dan tekstur, masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar skit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.
Bahan-bahannya :
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu kicap manis (optional)
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
Air asam jawa
Gula melaka
Gulu putih
Ads
Cara memasak kuah kacang berdaging
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2. Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
Ads
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah, daging dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
Ads
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
TIP
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Sayur salad ini memang enak dijadikan ulaman. Nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam.
Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja. Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti kita nak makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
Tip tanam salad nasi ayam (Lettuce-Loose leaf)
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
3. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saya guna saiz polibeg saya ni 15X18 @ 16X16, saya tanam 2 biji benih.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, jangan kena timpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
4. Bila dah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
Petik daun dari bawah (anak panah). Tambah tanah untuk tutup batang bila perlu
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai 1 kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Kalau untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut banyak mana nak makan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Pokok salad ini boleh cecah satu kaki, bahagian bawah daunnya dah habis dipetik. Boleh tanam pokok baru supaya tak habis bekalan
Lebihan nasi kalau secawan dua mungkin boleh guna untuk buat cucur yang lembut, tapi kalau banyak selain dijadikan nasi goreng nak buat apa lagi ya?
Memandangkan ramai yang terlibat dengan PKPB dan duduk di rumah apa kata lebihan nasi yang banyak tu kita buat bepang nasi. Sesuai untuk kudapan untuk satu famili. Manis, ranggup, nak buat pun senang. Resipinya dikongsi oleh Suesham Sue.
Cara buat bepang nasi
Bahan-bahan
3 cawan nasi – dijemur (kalau cuaca panas, sehari boleh kering, kalau belum kering jemur lagi sehari)
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Nasi yang dah kering dijemur digoreng guna minyak yang panas dan banyak.
2. Bila nasi dah kembang, tos dan ketepikan dulu.
3. Masak gula dalam kuali sampai cair gula (warna coklat)
4. Masukkan nasi yang digoreng tadi dalam kuali berisi gula cair dan kacau sebati.
5. Masukkan nasi yang dah sebati dengan gula dalam loyang. Ratakan dengan cara guna cawan, tekan sampai padat. Kalau ada lebihan kekacang, kismis atau ceri tabur atas bepang.
6. Waktu bepang masih suam potong. Jangan tunggu sejuk nanti susah nak potong.
Siap kudapan untuk waktu petang, sekejap jer ni dah licin!
Buah mata kucing memang sedap dimakan. Sebab itu ramai yang cuba tanam pokok ini di rumah, tambah pula harganya boleh tahan mahal.
Tapi bagi yang dah tanam pokok ini ramai yang merungut walaupun dah besar tapi tak juga berbuah. Jika pokok mata kucing di rumah anda ada masalah yang sama, tak mahu berbuah walau dah besar boleh guna tip yang dikongsi oleh Mohd Azri Ayie.
Tip jika pokok mata kucing tak berbuah walau dah besar
Pokok mata kucing yang tak berbuah walau dah besar jangan potong dulu, boleh cuba cara ini. Saya dah cuba, insya-Allah berhasil. Saya gunakan untuk pokok yang berusia 4-5 tahun. Sebelum ini dah banyak petua cuba tapi tak menjadi.
Caranya guna sodium chlorate atau garam buluh. Ia bukan baja tapi sejenis racun namun untuk mata kucing ia amat sesuai sebagai pemangkin untuk pokok berbunga dan berbuah.
Tapi syaratnya kena guna ikut betul-betul aturannya. Saya guna ikut aturan dalam kemasan. Timbang garam ini sebanyak 250g, kemudian bancuh dalam bekas.
Selepas itu baru siram dekat kanopi pokok. Jarak dari pangkal/ peredu pokok lebih kurang satu meter. Jangan terlalu dekat. Selepas 2 minggu akan nampak hasilnya bila pokok mula keluarkan bunga.
Lagi satu info penting garam buluh ini hanya sesuai dengan pokok mata kucing, jangan gunakan pada pokok buah lain yang tak berbuah. Takut mati nanti.
Selain itu pokok mata kucing pun perlu penjagaan, kena rajin cantas. Terlalu daun banyak pun tak boleh. Lagi satu satu bunganya keluar dari pucuk baru.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...