Selalu buat laksa utara, laksa Penang, laksa Johor, laksa Kelantan apa kata kita buat pulak laksa Siam atau laksa lemak Siam.
Mungkin ada yang pernah merasa keenakannya sewaktu melawat negara jiran ini atau duduk di sempadan Thai. Dengan kuah lemak dan penuh ikan, laksa Siam ini memang enak. Kalau nak cuba, ini cara membuatnya.
Cara buat laksa lemak Siam
Bahan-bahan
Laksa kering – jenis halus (rebus dahulu kemudian tos)
1 kg ikan Selayang/ temenung
1 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat
Garam, gula & perasa
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
4 batang serai (2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dlm kuah)
2 inci belacan
5 biji cili api (nak pedas, lebihkan cili)
Ads
Bahan-bahan sampingan
Timun -dihiris
Taugeh
Kacang Panjang -dihiris
Bunga kantan -dihiris
Daun selasih/ Thai basil
Limau nipis -dibelah
Cara membuat
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus.
Air rebusan ikan disimpan, gunakan untuk kisar tulang kemudian tapis.
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan serai yang diketuk ke dalam periuk.
Ads
3. Masukkan isi ikan yang dikisar. Bila sudah mendidih, boleh masukkan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan santan, kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
Ads
5. Perasakan dengan garam, gula & bahan perasa. Bila sudah se rasa, dan mendidih tutup api
6. Hidangkan laksa lemak Siam dengan bahan-bahan sampingan.
Mesti ramai yang rindu nak makan sizzling mee. Maklumlah hidangan ni biasa kita makan kat luar, di restoran atau di food court shopping mall.
Memandang sekarang nak makan luar pun susah, maka kalau dah teringin kita buat sajalah sendiri.
Dah tentu boleh, nak lagi real, beli pinggan sizzling yang macam kat kedai tu. Cara nak buat homemade sizzling mi boleh ikut perkongsian Lyzza Lyzza.
Bahan-bahan:
Yee Mee – yg sudah direbus Bawang merah & bawang putih – hiris halus Cili kering – potong dan rendam air panas Cendawan – rendam biar kembang Serbuk lada hitam Lada Sulah Kiub/serbuk ayam Telur Sayur Ayam – potong kecil 4-5 sudu sos tiram 4-5 sudu kicap pekat Tepung jagung Air – 4 cawan
Cara membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kering.
2. Masukkan ayam dan biar ayam masak.
3. Tambah air 4 cawan utk kuah 4 orang. Kuantiti ikut cita rasa ya.
7. Panaskan plate sizzling. Tambah sedikit minyak utk goreng telur terlebih dahulu utk elakkan telur melekat.
8. Masukkan mee yg dah direbus. Tambahkan kuah yg dah siap bersama sayur. Kalau tiada plate, goreng jer telur separuh masak letak dalam pinggan tabur sayur dan tuang kuah.
Dah siap sizzling mi. Boleh makan puas-puas satu famili.
Beg/baju masih elok tapi zip rosak. Masalah yang selalu berlaku pada zip adalah kepala zip seakan tidak berfungsi, trek zip terbuka walau pun selepas dizip.
Satu lagi masalah adalah zip ketat dan trak zip tak tertutup dengan sempurna. Berikut adalah cara untuk membaiki dua masalah ini.
Trek zip terbuka selepas dizip, kepala zip terkeluar dari trek
1. Ia berpunca dari ruang zip terlalu besar. Pastikan kepala zip elok.
2. Selarikan kedua belah trak zip
3. Masukkan trak zip dalam kepala zip
4. Ketatkan kepala zip menggunakan playar
5. Zip semula perlahan-lahan. Siap
Zip ketat, tutup tak sempurna
1. Ia berlaku kerana kepala zip terlalu ketat.
2. Jadi ambil skru driver, longgar sedikit cengkaman kepala zip.
3. Cuba zip kembali, jika masih terbuka, longgarkan lagi kepala zip.
Ruang untuk stor memang wajib ada. Kalau tak susah nak simpan barang-barang yang jarang digunakan atau barang lama yang sayang nak dibuang.
Tapi masalahnya tak semua rumah direka ada ruang stor. Bila tiada inilah yang membuatkan rumah nampak agak berserabut dan selalunya penyelesaian kita adalah dengan menjadikan salah satu bilik sebarang stor. Rugilah pulak kan.
Kalau ada pemilik rumah yang berhadapan masalah nak simpan barang tapi tiada ruang stor boleh ikut idea yang dikongsi oleh Syasya Safiyya.
Bagi menyimpan barang-barang dia dan suami membuat stor di luar rumah. Langkah membina stor ini juga cukup ringkas. Tak perlu skill pertukangan yang hebat pun.
DIY stor depan rumah
Dibuat di garaj depan rumah tapi orang takkan perasaan. Nampak simple tapi stor ini dah buat 2 tahun dibina. Kukuh, orang dewasa naik pun tak runtuh.
Sesiapa yang duduk rumah jenis teres sesuai untuk buat stor ini.
Bahan diperlukan:
Papan jenis plywood Bracket – beli bracket untuk aircond Engsel Kunci
Langkah buat stor
1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.
2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak ikut cita rasa.
3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.
4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak. Pasang engsel.
5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...