Mi kuali besar ini biasanya kita jumpa di pasar malam. Bukan mi saja, ada juga kuetiau dan bihun.
Kalau dulu siap bungkus dengan kertas surat khabar, bila buka mi akan basah-basah sikit dan diletakkan sekali dengan cilik jeruk. Memang best.
Kalau ada yang teringin nak makan, buat sajalah sendiri di rumah, ikut cara yang dikongsi oleh Emee Sham. Mee goreng nostalgia katanya…
Cara buat mi goreng basah nostalgia
Bahan-bahan
Sepeket mi kuning(lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih-tumbuk halis
Bawang merah -tumbuk halus
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
kicap lemak manis
Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak.Gorengkan 2 biji telur. Hancurkan secara kasar. Ketepikan.
2. Tambah sedikit minyak pada kuali, tumiskan bawang hingga garing kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak.
3. Masukkan isi ayam lalu kacau rata. Biar seketika.
Ads
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan kacau rata. Terus masukkan air rebusan ayam dan biar mereneh seketika (kepekatan kuah ikut citarasa)
5. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit kicap masin. Biar mendidih lalu masukkan tauhu dan telur.
6. Masukkan mi dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Kacau rata. Jika warna kurang tambah kicap lemak manis. Kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Cara buat kuetiau goreng ‘kuali besar’
Bahan-bahan
Sebungkus kuetiau (leraikan)
5 ulas bawang putih – cincang halus
10 ekor udang – buang kulit (kulit udang direbus ambil stok air rebusan)
Isi kerang(rebus)
Segenggam taugeh
Daun kucai
Kicap masin
Kicap lemak manis
Sos tiram
Cili kisar
Telor 2 biji
2 keping tauhu hiris
Ads
Cara memasak:
1. Goreng telur, hancurkan kemudian ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bila keperangan masukan isi udang kemudian biar seketika.
3. Masukkan cili kisar, tumis sampai cili masak.
4. Masukkan kerang, sos tiram, stok rebusan kulit udang serta kicap masin sedikit. Kacau rata dan letak sedikit air.
Ads
5. Apabila air mendidih masukkan kuetiau lalu gaul rata sampai mesra.
6. Masukkan kicap lemak manis, gaul rata.
7. Masukkan tauhu dan telur, kacau rata. Bila warna dah cantik masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api.
Untuk mengimbas kenangan lama, boleh bungkus mi dan kuetiau siap masak ini dalam kertas kemudian hidangkan.
Elok sangat kalau pasang lampu ini untuk mudahkan pergerakan waktu malam di rumah. Jadi tak perlulah meraba dalam gelap cari suis lampu atau boleh guna jika blackout.
Lampu LED ini akan terus menyala bila mengesan pergerakan. Bestnya kita boleh pasang sendiri saja. Caranya boleh ikut perkongsian Hafiz Rauzan ini.
Nak review sikit lampu LED yang boleh nyala bila motion/pergerakan kita dekat dengan sensor lampu ni.
Apa bestnya lampu ni
1. Pakai bateri 3 biji AA 2. Lampu ni takkan ON ketika hari cerah (pagi, petang) jadi jimat bateri. 3. Dalam gelap nak mencari suis lampu dapur, LED ini membantu ia akan nyala dulu jadi tak perlu meraba dalam gelap.
4. Tak perlu paku atau wiring bagai, lekat je kat mana- mana dah settle. 5. Bukan dapur saja, boleh tampal kat mana-mana kabinet, bawah katil dan sebagainya.
Siapa cakap ibu hamil tak perlu pakai tali keledar keselamatan? Tetap perlu ya, walaupun rasa tak selesa bila perut dan besar.
Pakai saja tak cukup kena pastikan cara pemakaiannya juga harus betul supaya ia berfungsi dengan baik bila berlaku kemalangan. Anda kan bawa satu lagi nyawa dalam perut.
Berikut adalah cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul untuk ibu hamil dipetik dari Facebook Klinik Avicenna.
Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang.
Semasa nak adjust tali keledar angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah payu dara ibu.
Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
Tak perlu beli pelbagai produk atau sponge untuk lindung perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.
Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden. Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’
Pagi pagi asyik buat roti bakar saja, apa kata tukar sikit menu. Kita buat sajian roti cara kampung, roti butut. Roti ini memang rare dan jarang dah orang buat.
Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar tu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Dah siap, bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!
Melting sangat….Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...