Cara buat one pot nasi ayam, ayam dan nasi masak sekali.
Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak langkah nak buat terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
Ads
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah pindahkan sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Ads
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih lembap begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Ads
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Namanya jer biskut tapi yang ini tak payah uli pun atau terap dengan acuan. Mengikut perkongsian Noor Sa’dah Mohd Saidun inilah biskut yang paling senang nak buat tapi laku keras.
Cuma perlu bakar, itu pun tak lama. Memang sesuai untuk yang baru-baru cuba buat biskut raya. Kalau nak buat boleh ikut resipi ini ya.
Tak payah uli pun
Bahan-bahan:
500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu (pumpkin seeds)
200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds)
50 gram bijan hitam (Black sesame seeds)
20 gram bijan putih (sesame seeds) Muffin cup
Cara membuat:
1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .
4. Masukkan sesudu adunan ke dalam muffin cup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.
5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c.
6. Keluarkan biskut daripada muffin cup dan biarkan sejuk sebentar.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
INFO
Tepung florentine ialah tepung berkaramel, Oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan menutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.
Kalau di rumah memang ada menanam pokok telang, elok manfaatkannya. Ia mempunyai banyak khasiat kesihatan antaranya membantu mengawal paras gula dalam darah, antikanser, baik untuk kesihatan rambut dan kulit juga.
Salah satu cara olahan bunga telang untuk kita dapat khasiatnya adalah dengan merebus dan menjadikan ia minuman. Antara yang sedap dan boleh kita sediakan untuk berbuka puasa adalah air bunga telang lemon madu.
Ia juga mampu menyegarkan tubuh yang kepenatan setelah seharian berpuasa. Cara membuatnya dikongsi oleh Wati Zali.
Air bunga telang lemon madu
Bahan-bahan
Bunga Telang
Lemon
Madu
Nata de Coco
Ketulan ais
Cara membuat
1. Masak air dan masukkan sekali 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan .Kemudian sejukkan.
2. Masukkan dalam gelas, perah lemon sikit, sedikit madu dan masukkan nata de coco. Siap! Hidangkan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...