Makanan dari negara jiran Thai memang dah sebati dengan selera kita, termasuklah hidangan pad kra pao daging ini. Pad kra pao daging ini bukan saja enak tapi wangi kerana menggunakan daun selasih.
Bagi yang mahu menyediakannya sendiri di rumah, boleh gunakan resipi yang dikongsi Nur Haziqah yang mana dipelajari dari orang Pattani, Thailand sendiri.
Cara Buat Pad Kra Pao Daging Yang Sedap
Bahan-bahan
200gm daging cincang
Daun selasih secukupnya – cincang
1/2 biji bawang holland – hiris
3-4 ulas bawang putih – cincang
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – hiris
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Gula secukupnya
Sedikit minyak masak
Ads
Cara membuat
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
Ads
2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh guna daging segar yang dihiris nipis dan dicincang untuk rasa lebih enak. Gaul hingga daging masak.
Ads
3. Seterusnya masukkan hirisan bawang holland, daun selasih, cili padi, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan juga gula secukupnya. Gaul rata.
4. Rasa Pad Kra Pao jika cukup semua perasa, padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan juga telur mata.
Lauk yang simple selalu buat kita makan menambah. Salah satunya adalah macam lauk ini, telur air asam. Nak buat pun senang, tak payah goreng-goreng bagai.
Lauk ini makan dengan nasi panas, ada ikan goreng pun dah mantap gabungannya. Nak buat tengah hari ni pun sempat sebab mudah sangat. Caranya dikongsi oleh Mahfuzah Aidi.
1. Rebus telur dalam 5 minit (buat separuh masak lagi sedap).
2. Hiris bawang dan lada cili.
3. Buat air asam jawa.
4. Letak sikit gula n garam dan serbuk perasa (kalau suka).
5. Kemudian tuang atas telur rebus yang siap dikupas dan dibelah dua.
6. Biarkan dalam 5-10 minit supaya kuah menyerap dalam telur. Siap!
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...