Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar:
Ads
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat:
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
Ads
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
Ads
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.
5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!
Tip
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilik, kacang dan hidupkan kembali api.
Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Suami jenis ini rare, 44 hari isteri berpantang lepas bersalin selama 44 hari itulah dia memasak untuk si isteri.
Bukan saja memasak hidangan berpantang, Shahrul Nizam juga menjaga dua anak dan menyelesaikan urusan rumah tangga yang lain.
Hebatkan! Biasanya tugas macam ini sama ada dilakukan oleh ibu sendiri, ibu mentua tak pun pembantu rumah.
Menariknya Shahrul yang bekerja sendiri dari rumah juga berkongsi menu berpantang yang dimasak untuk isteri, Maisarah Hamzah. Simple saja menunya dan nampak sedap!
Berikut antara menu yang disediakan selama 44 hari isterinya berpantang. Suami lain pun boleh ikut panduan ini! Tak mustahil, sebab lelaki ini sudah membuktikannya!
Ikan tenggiri kukus, kerabu pegaga ikan selar, epal merah Sup ikan bawal, ikan bilis goreng daun kari ulam raja, kurma & oren sunkistIkan gelama masak asam, kerabu peria, epal, anggur Ayam bakar, kerabu pegaga, bawang putih bakar, orenAyam masak halia, kerabu peria, oren Ayam bakar, kari daging tanpa santan, ulam peria Sup ikan merah, ayam bakar, nutella oat crumb Ikan selar bakar, ikan bilis berempah, lobak putih masak air lada hitam, anggur hitam Ikan selar bakar, kerabu pegaga & peria Ikan gelama masak asam, ayam pandanTenggiri bakar, ikan bilis goreng, sawi lobak masak air Sup ikan bawal, ulam raja, kurma, epal Nasi ulam, daging bakar, ayam bakar
Untuk resepi selebihnya anda boleh klik Facebook Shahrul Nizam. Selamat mencuba
Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.
Lagi frust kalau ia kerana kita terlupa siram, atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Cepat cepat buat langkah seperti yang dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan .
Tip pulih pokok layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.
1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
3. Kemudian biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.