Cara Buat Side Income Dengan Sublet, Ini Panduan Kalau Nak Cuba
Cara buat side income kalau hidup di bandar besar memang terbuka luas. Malah jadi keperluan memandangkan kos hidup tinggi.
Salah satu yang boleh dilakukan adalah dengan cara sublet. Alang-alang kita sewa rumah kita buat sekali income, dengan cari penyewa lain. Ini antara side income dilakukan oleh ak_zaki yang berkongsi ceritanya di laman Threads
“Salah satu side income aku, mula-mula kerja setahun, sewa bilik. Lepas tu, aku sewa sebiji rumah dan sewakan pula bilik-bilik kepada orang lain. Itu kita panggil sublet (penyewaan semula). Aku jadi ketua rumah, urus semua bil dan utiliti. Hasilnya, aku duduk percuma… siap dapat duit tepi lagi. Duduk KL memang kena keras, dik.”
Bagi yang ingin melakukan menjadi pendapatan sampingan dengan cara ini boleh jadikan info berikut sebagai panduan.
Cara buat side income dengan sublet
Apa Itu Sublet?
Sublet bermaksud anda menyewa sebuah rumah atau unit daripada pemilik, kemudian menyewakannya semula kepada orang lain pada kadar yang lebih tinggi. Untung datang dari perbezaan harga sewa yang anda bayar kepada tuan rumah dengan yang anda kutip dari penyewa.
Ads
Contoh mudah:
-Sewa unit RM1,200 sebulan
-Anda sewakan 3 bilik dengan kadar RM700, RM600 dan RM500
-Jumlah sewa masuk: RM1,800
Untung bersih: RM600 (belum tolak bil utiliti dan kos lain)
Langkah Asas Untuk Mula Sublet
Cari Rumah Sesuai
-Fokus kawasan permintaan tinggi seperti berdekatan LRT/MRT, universiti, hospital, atau pusat bandar.
-Pilih unit yang kemas dan lengkap, atau yang mudah untuk diubahsuai jadi menarik.
Ads
Dapatkan Izin Bertulis
-Jangan terus main sewa dan sublet tanpa persetujuan tuan rumah. Boleh jadi masalah undang-undang.
-Bincang dengan jujur, dan tawarkan kontrak sublet rasmi.
Naik Taraf Unit (Kalau Perlu)
-Cat dinding, tambah perabot asas dan kemas bilik.
-Sediakan kemudahan yang buat orang senang nak masuk — WiFi, mesin basuh, dapur lengkap.
Iklan Dengan Strategik
-Guna platform seperti Mudah.my, iBilik, Facebook Marketplace.
-Gambar cantik, caption jujur dan highlight lokasi serta kemudahan sekitar.
Ads
Urus Penyewa Macam Profesional
-Sediakan agreement sewa.
-Pantau pembayaran bulanan dan pastikan rumah sentiasa dalam keadaan baik.
Strategi Untuk Maksimumkan Untung
-Sewakan bilik, bukan satu unit terus — lebih banyak margin.
-Cari rumah dengan 3-4 bilik supaya lebih fleksibel.
-Elakkan rumah dengan kos maintenance tinggi.
-Jaga reputasi supaya penyewa kekal lama (kurang kos iklan & baik pulih).
Risiko & Cara Atasi
Penyewa lari: Ambil deposit & saring latar belakang.
Rumah rosak: Lawat rumah setiap bulan, buat pemeriksaan berkala.
Tuan rumah tarik balik: Pastikan kontrak ada tempoh sah dan klausa perlindungan.
Sublet memang boleh memberi pulangan yang bagus. Paling penting kena konsisten, jujur dan tahu urus penyewa dengan baik, ia boleh jadi pendapatan sampingan yang stabil, malah ada yang jadikan ia kerjaya sepenuh masa. Nak mula? Mula kecil dulu. Cari satu unit dan belajar dari pengalaman.
Hidangan tortilla dah semakin diterima dan disukai sekarang. Roti nipis ini selalu kita buat wrap dengan macam-macam inti dan sos. Biasanya kita buat untuk hidangan pagi, malam pun boleh. Ringkas dan mengenyangkan.
Selain dari beli siap tortilla, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri. Lagi mudah, buat banyak sekali gus dan frozen. Memang lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Ana Mohd.
Buat sendiri tortilla, boleh frozen untuk simpan
Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh frozen, nak makan defrost dan bakar sekejap saja. Mudah kerja, jimat pun jimat. Boleh buat bekal sarapan mudah untuk anak dan suami.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sb minyak masak/zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cawan air panas (bukan 3 atau 4 cawan ye TAPI tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Cara membuat:
Satukan semua bahan. Gaul, agak-agak dah suam terus uli jadi doh yang lembut.
Kemudian tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.
2. Selepas 20 minit boleh bulat kecil kecil dan canaikan. Bakar atas pan.
3. Jika nak frozen kan, bakar sekejap saja. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar. Anggaran 1 minit kedua belah. Ok siap!
Ekstra
Boleh juga nak buat garlic tortilla, caranya 3 sb minyak dipanaskan dan tumis 2 ulas bawag putih yang dicincang halus sampai naik bau(jangan hangit). Tutup api biarkan sejuk kemudian baru campur dengan tepung dan bahan lain.
Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayamm dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.
-Pastikan sayur ditos smpai kering untuk elakkan cepat basi.
-Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Tambah mayonis/cheese.
Kebanyakan kita waktu memasak tak pernah terfikir bahawa waktu letak garam pada masakan sama ada ketika awal memasak, selepas memasak atau perap masakan dengan garam ada kesan pada masakan.
Yang kita tahu akan ada rasa masin. Tapi sebenarnya ia memberi kesan rasa tersendiri kepada masakan. Ahli kimia Fatimah Salim menjelaskan perkara yang ramai tidak tahu selama ini.
Penambahan garam ke dalam masakan adalah TERPULANG ikut suka dan tujuan masing-masing. Ianya TIDAK akan berubah menjadi racun (kecuali lah sengaja diambil secara berlebihan).
Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kesan garam dalam masakan.
Garam terdiri daripada kristal natrium klorida (NaCl). Dan rasa masin garam adalah disebabkan interaksi ion Na+ dengan reseptor masin pada lidah. Maksudnya garam apa pun yang anda guna, kemasinan adalah bergantung kepada jumlah ion natrium dalamnya.
Boleh letak bila-bila tapi…
Meletakkan garam pada bila-bila masa dalam masakan tidak akan mengubah kimianya. Ion natrium adalah sangat stabil dalam keadaannya. Kalaulah ianya berubah sifat, boleh meletup kuali anda.
Kalau letak awal masakan
Meletakkan garam pada awal masakan akan memberikan rasa masin yang sebati kerana keterlarutan dan cukup serapan dalam komponen masakan.
Letak selepas memasak beri rasa unik
Meletakkan garam selepas (makanan tanpa air) akan buat rasa makanan lebih unik disebabkan sensasi rasa kristal garam yang larut dalam air liur.
Letak garam awal pada masakan daging buat daging jadi keras
Meletakkan garam awal dalam masakan berprotein (terutamanya daging lembu) akan membuatkan isinya menjadi keras kerana garam berupaya mengeluarkan air (aka jus) daripada isi daging. Namun apabila dimasak lebih lama, daging akan empuk semula dan akan memberikan rasa kuah yang lebih sebati.
Kesan perap daging dengan garam lebih 40 minit
Memerap daging dengan garam lebih daripada 40 minit akan membuatkan daging menjadi lebih empuk apabila dimasak. Ini kerana apabila diberikan masa yang cukup, garam membantu dalam melemahkan ikatan dalam protein daging.
Untuk memanggang daging tanpa perapan, letakkan garam hanya apabila daging hendak dimasak terus saja. Perapan kurang daripada 40 minit akan menyebabkan isi daging menjadi keras (seperti kes di atas).
Masak lemak putih yang selalunya menggunakan sayur antara hidangan ringkas yang jadi kegemaran. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan dah cukup lengkap.
Jika nak hasilkan masak lemak putih yang lebih sedap, betul betul rasa lemak boleh ikut petua yang dikongsi oleh Adiah Adam.
Petua masak lemak putih yang sedap
Petua supaya masak sayur lemak sedap kena tumbuk;
Bawang merah
Bawang putih
Ikan rebus
Kelapa parut
Lada hitam
Lima bahan ini wajib ditumbuk guna lesung batu bukan pakai blender. Aroma masak lemak yang ada bahan ini memang lain, bau pun dah sedap.
Dah siap tumbuk, panaskan santan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Kemudian boleh masukkan sayur ikut cita rasa, boleh guna bayam, kubis, labu, tauge dan sebagainya.
Biar hingga sayur masak. Perasakan dengan garam, masukkan serbuk perasa jika suka. Sedia dinikmati.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...