Cara buat soto nasi kalau nak jamu 10-15 orang tetamu datang beraya. Bila raya makin ke penghujung, menu berat macam nasi minyak dan rendang dah mula kurang sambutan.
Tapi soto? Ramai yang mencari, lagi-lagi kalau jenis kuah pekat berempah macam ni – bukan jenis bening ya. Kalau nak buat boleh ikut resipi dari Syalfarina Razali ini. Kalau tetamu lebih ramai, gandakan sukatan.
Cara buat soto nasi padu jamu 10-15 orang makan
Bahan A dikisar -untuk kuah soto
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
Bahan B dihiris
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
Bahan lain
Ayam (peha dan thigh – lebih kurang ½ ekor)
1 paket rempah soto Mak Siti (30g)
Air secukupnya
Garam dan perasa pilihan
Ketupat segera (ikut suka)
Ads
Bahan kuah kicap pedas
7 ulas bawang putih
30 biji cili padi (cili akar)
Kicap manis (ikut banyak mana nak)
Bahan hiasan / topping
Taugeh (dicelur)
Daun sup (dihiris halus)
Bawang goreng
Ayam goreng (disiat halus)
Kacang tanah (digoreng)
Cara penyediaan kuah soto
1. Panaskan minyak dan tumis Bahan B hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan rempah soto dan sedikit air, kacau rata.
Ads
3. Masukkan ayam dan air secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam empuk. Perasakan dengan garam dan perasa pilihan.
4. Angkat ayam, goreng sekejap hingga kekuningan, kemudian siat halus untuk topping.
6. Kemudian boleh sediakan bahan-bahan lain, celur taugeh sekejap saja kemudian hiris daun sup.
7. Goreng kacang tanah dan dan sediakan bawang goreng segera.
Ads
Cara buat kuah kicap
Goreng bawang putih dan cili padi sebentar.
Masukkan ke dalam blender bersama kicap manis.
Kisar hingga halus. Siap!
Cara hidangan
Dalam mangkuk, letak ketupat (atau bihun/mee).Tambahkan ayam siat, taugeh, daun sup, kacang tanah dan bawang goreng. Curah kuah soto panas-panas. Hidang bersama kuah kicap pedas. Kalau rajin, boleh tambah begedil homemade
Isu kekurangan stok telur sudah pun reda. Dah banyak di pasaran walaupun harganya naik sikit.
Dah dapat stok telur kenalah simpan dengan cara yang betul. Tapi masalahnya ramai yang simpan telur dengan cara yang salah hingga boleh menyebabkan ia cepat rosak.
Antara yang kita praktikkan adalah simpan telur dekat pintu peti sejuk sebab sarang telur memang disediakan di situ. Salah ya.
Mengikut info Public Health Malaysia, tempat itu bukan lokasi yang sesuai untuk menyimpan telur. Ia cara simpan telur yang betul untuk kita praktikkan.
1. Simpan dalam peti sejuk
Kuning telur ada bakteria Salmonella, ia boleh dibunih dengan menyimpannya dalam peti ais suhu 4 darjah celsius.
Telur yang disimpan dalam peti sejuk tahan lama sehingga 4-5 minggu.
2. Jangan letak di pintu peti sejuk
Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.
Suhu berubah-ubah memendekkan jangka hayat telur.
3. Guna bekas asal telur
Bekas asal akan melindungi telur dari pecah.
Mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.
Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.
Kuning telur akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.
Kalau pokok ular ini ada di luar rumah, lepas ni bawa masuk ke dalam rumah. Sebabnya ada banyak kebaikan yang boleh diperoleh jika pokok ular atau snake plant ini diletakkan di dalam kediaman.
Boleh baca perkongsian daripada Fidz ini yang ramai tak tahu.
5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT
1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.
2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.
3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.
4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.
5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.
6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.
“Kecewanya hati, 7 pagi siap masak.9 pagi hantar, 11 pagi dah basi. Rugi modal, masa dan tenaga,” demikian luahan seorang peniaga,Cik Ijan selepas menyiapkan tempahan nasi goreng.
Hanya selepas beberapa jam dimasak, nasi goreng sudah basi. Peniaga ini bagaimanapun akur dengan kesilapan beliau semasa menyediakan hidangan ini.
Untuk dijadikan pengajaran bersama beliau berkongsi beberapa tip jika menggoreng nasi goreng agar tak cepat basi.
Pesannya bagi memastikan nasi goreng tahan lama pastikan ia digoreng dengan cara berikut;
1. Bahan rencah perlu digoreng garing.
2. Goreng nasi menggunakan api yang besar.
3. Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.
4. Goreng nasi hingga garing.
“Silap saya tak goreng dengan api besar sampai naik asap dan tak goreng nasi hingga garing. Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar.
“Tapi masa nak masukkan nasi, saya kecilkan api dan gaul rata sahaja tak buka api besar. Rugi modal, masa dan tenaga. Pengalaman untuk saya, 5kg beras bazir,”katanya yang mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.