Ada masa stok daun pandan banyak sangat kita dapat sampai tak terpakai. Kalau simpan macam tu saja dalam peti ais memang akan kering dan kecut. Sudahnya terbuang.
Supaya tak membazir elok praktikkan cara yang dikongsi oleh DLa AMaya. Cara penyimpanan daun pandan ini membolehkan ia kekal segar berbulan-bulan.
Cara simpan daun pandan, kekal segar berbulan-bulan
Dah berbulan-bulan pun masih segar elok lagi daun pandan. Nak masak ambil saja, mudah sangat. Caranya;
1. Bersihkan daun pandan
Ads
2. Potong pendek pendek
3. Masukkan dalam bekas plastik kedap
Ads
4. Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Ads
Daripada guna kaedah keringkan daun, lebih baik simpan beku. Daun pun masih hijau walaupun sudah berbulan. Selain daun pandaan, serai pun bilah guna kaedah ini.
Waktu malam je serangga banyak masuk rumah. Lagi stres kalau datang kelkatu, itu belum masuk cicak lagi. Sampai kita pun hairan tentang puncanya?
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya warna cahaya dari lampu yang kita gunakan menyumbang kepada masalah kehadiran serangga ini terutama pada waktu malam.
Perkara ini dijelaskan dalam satu hantaran saudara Muhd Hisyam yang mendapat lebih dari 5k perkongsian selain info berguna tentang lampu dan pencahayaan daripada komen warga netizen.
Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya, bila perati cicak suka dengan lampu putih, penuh tahi cicak bawah tu. Rumah jiran takde pula cicak sebab tak suka lampu kuning atau natang terbang makanan dia tu yang tak suka.
Dari hantaran ini pelbagai komen diberikan netizen dan antara yang menarik yang penuh info berguna adalah dari penjelasan Khir Itam yang juga seorang bekas profesor madya sebuah universiti tempatan.
Teknologinya:
– Lampu pijar & pendafluor beri cahaya putih puncak, bersama-sama warna-warna lain pada kadar rendah.
– Lampu led putih sebenarnya terdiri daripada 3 jenis led (merah, hijau, biru) di mana 3 cahaya led bergabung jadi satu (putih).
– Lampu led beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.
Biologinya:
– Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k). Sebab mata serangga lebih nampak dalam pencahayaan itu.
– Maka lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu, berbanding cahaya led kuning (band warna 3k~5k).
-Serangga ialah makanan cicak.
-Maka tentulah cicak akan berkumpul di tempat yang banyak makanan nya.
-Tentulah lebih banyak cicak ke pencahayaan putih led.
Di rumah saya, lampu-lampu led di sekeliling luar rumah saya pakai warna putih (warna band 6500), manakala lampu-lampu led dalam rumah jenis kekuningan (warna band 4000).
Alhamdulillah, sedikit je serangga masuk ke dalam rumah. Sejak pasang begini saya belum jumpa cicak di dalam rumah, manakala tahi cicak bertaburan di bawah lampu putih di luar rumah.
Dapur usia dah berbelas tahun tapi kekal bersih dan kemas. Tiada pun kesan kotor sana sini walaupun warnanya cerah.
Rupanya pemilik dapur ini Jenn Lee Goldfish memang sangat menekankan kekemasan dan kebersihan bahagian ini. Salah satu tip yang dikongsi supaya dapur sentiasa kemas adalah jangan letak barang di bahagian atas dapur!
Seterusnya ini tip lain yang beliau titipkan, yang juga boleh kita praktikkan.
Kelmarin saya post dapur yang belum siap kan? Ramai yang rasa cantik tapi saya mahu kongsi macam mana cara jaga dapur. Gambar ini adalah rumah saya sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal.
1. Jangan letak barang atas dapur
Saya tidak suka simpan banyak barang atas dapur, semua dalam kabinet termasuklah gula, garam kicap minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu, yang lain haram sekali untuk berada Di atas meja dapur.
Mungkin ada yang akan cakap ehh si Jenn tidak masak di rumah. Suami saya selalu masak. Tapi dia pun terikut sudah gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja.
2. Kain lap jangan letak merata
Kain lap meja jangan sesekali letak merata. Belilah towel yang cantik sikit harga RM4 di Mr Diy ada 3 keping tu. Lepas lap, keringkan di luar rumah jangan sidai di mana-mana bahagian dapur.
Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik cantik dan masuk satu bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak anak tolong lipat.
Lepas masak, jadikan habit untuk mop lantai, lap dapur memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan kena terus cuci, tiada orang lain akan tolong cuci. Siapa makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
Kalau dapur kamu lapis mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak, atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa, tidak sesak.
Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau mahu ada langsir supaya dapur nampak luas. Dapur saya tiada langsir supaya senang mau tengok di luar waktu malam.
Walaupun hidup kami sederhana, hati senang bila barang tidak banyak berterabur. Rezeki senang masuk, suami isteri jarang berselisih faham.
Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang 3 plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more.
Kebanyakan rumah menggunakan dapur gas. Masalah yang selalu berlaku bila menggunakan dapur jenis ini adalah api akan mula jadi kecil bila lama bertahun-tahun menggunakannya.
Inilah yang melambatkan tempoh memasak. Bila jadi begini kita selalunya akan cari dapur baru saja. Tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan dengan servis sendiri dapur gas ini.
Cara nak buat tak susah pun. Kalau kaum wanita nak buat sendiri pun tiada masalah. Boleh ikut perkongsian dari Abdul Ghopar Zakaria ini. Ilmu kena tahu selagi rumah kita guna dapur gas.
1.Playar 2.Spray anti karat WD40 3.Pemutar skru jenis bunga dan philips 4.Klip kertas 5.Surat khabar lama
Retatrutide menjadi perhatian selepas seorang bakal pengantin dilaporkan kritikal akibat dipercayai mengambil produk penurunan berat badan yang dibeli secara dalam talian. Ketahui fakta, risiko dan amaran pakar.