Semalam kaum India merayakan perayaan Hari Deepavali. Pun begitu, ada juga rakan selebiriti yang bukan berbangsa India melaram dengan busana sari. Sama-sama nak melaram sari pelbagai warna memeriahkan sambutan perayaan tersebut. Jom kita tengok gaya selebriti menggayakan sari. Mana satu yang paling menyerlah?
Ingatkan zaman mak ayah kita jer orang kahwin awal rupanya zaman serba moden ni ada lagi yang macam tu.
Waktu sekarang usia 17 tahun kebanyakan gadis baru tamat sekolah tingkatan 5. Tak terfikir pun nak bersuami, malah masak pun tak pandai lagi.
Tapi lain pula pilihan Amyra Nadya bila dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada usia 17 tahun.
Nadya menjadi bualan netizen di alam maya terutama di instagram dan Twitter selepas memuat naik gambar pernikahannya 30 Disember lalu pada usia yang sangat muda.
Punya sebab tersendiri memilih untuk berkahwin awal, ini alasan yang dikongsi oleh Nadya yang dikongsi dalam status di instagram yang dimuat naik semalam.
Assalamualaikum w.b.t. Malam ni bertukarlah status sebagai seorang isteri kepada Muhammad Khaldun dengan sekali lafaz pada tarikh 30hb Disember 2017. Ramai yang tertanya berapa umur Nadya. Alhamdulillah tahun ni cukup 17 tahun dan telah menjadi isteri orang. Ada sebab kenapa nadya pilih untuk berkahwin muda. Segala penat lelah yang kami lalui akhirnya kami menamatkan zaman bujang dan memilih untuk meneruskan hubungan secara halal.
Terima kasih kepada mama dan abah kerana menjaga nadya dari lahir hinggalah nadya memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Walaupun berat hati seorang ibu dan ayah nak melepaskan anaknya tapi Allah dah takdirkan jodoh nadya datang awal.
Banyak dugaan yang nadya hadapi sebelum ini. Tak semua orang nampak disebalik senyuman nadya, banyak kesedihan yang menimpa. Dengan berkat sabar dan tak putus asa, Allah hantarkan seorang lelaki yang pada awal pertemuannya tak pernah sangka akan menjadi seorang suami dan peneman hati hingga akhir hayat. Terima kasih ya Allah atas pemberian yang tidak terhingga ini. Moga pernikahan ini kekal hingga ke Syurga Firdausi.
Dalam pada itu entri yang dimuat naik Nadya juga mengundang banyak komen, rata-rata netizen mendoakan perkahwinan Nadya dan Khaldun kekal bahagia tapi tak kurang juga yang mempersoalkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda. Malah pada usia ini kebanyakan gadis sekarang belum tahu memasak!
Namun begitu ramai juga yang menyokong tindakan Nadya kerana keputusan kahwin awal ini setidak-tidaknya mengelak daripada melakukan maksiat.
Apa pun sama-sama kita doakan agar rumah tangga keduanya dirahmati, dan semoga pasangan ini melayari alam perkahwinan yang penuh dugaan dengan sabar.
Bukan artis pun tapi Bengah ini cukup dikenali di alam maya. Selalu memuat naik video bersama adiknya Cik Pia yang mengidap Sindrom Down ramai suka melihat gelagat mereka berdua yang lucu.
Selain itu sikap Bengah yang selalu melayan malah cukup menyayangi adiknya yang kurang upaya itu juga dikagumi. Kalau dilihat dalam video mereka berdua kita tahu hubungan rapat adik dan abang ini memang rapat, malah kadang-kadang buat hati tersentuh melihat layanan abang pada adiknya itu.
Baru-baru ini Bengah telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Cik Bunge. Nampaknya Bengah kena bahagi kasih sayang dan masa sama rata nih. Tapi sebenarnya Cik Pia tak perlu bimbang, Bengah dah janji sesuatu pada dia. Jom baca luahan Bengah selepas dah jadi suami.
Dengan sekali lafaz aku dah jadi suami kepada seorang wanita yang dicintai kesayangan alam ni.. dah dah. Cik Pia salam ni muka jebek je dia ingat abang dia tinggal kat masjid ni ?? adik… abang akan selamanya pikul tanggungjawab jaga adik selamanya laa… ramai sayang adik. masjid sayang adik, burung burung sayang adik, kereta myvi baru sayang adik, @de.sophea sayang adik, @flowerbloomy.my sayang adik, @petalistyck sayang adik, @hansmin_official sayang adik.. seluruh alam sayang adik!
TERIMA KASIH kepada semua yang memberi ucapan dan doa kepada Bengah sekeluarga dan keluarga baru Bengah! harini aku menangis kegembiraan.. sikit je tak banyak. hero mana takde airmata? hehe.. Bengah nak sambung majlis bersanding ni. Cik Pia jadi flower girl
Cik Pia demam tak sihat tapi dia datang jugak la dari pagi nikah sampai aku bersanding kemudian dia balik ikut mak. habis bersanding tapi belum balik dia datang balik ke dewan (dah tukar baju kucing) dengan Kasya nak aku balik bawak dia makan. Reaksi dia.. “DAH DAH JOM BALIK. LAPAR LAA” sambil gosok perut dia yang gendut tu seperti sebelum ni. aku cakap majlis tak habis lagi. dekat Kuala Kedah ni mekdi jauh nak pergi. tapi dia bising jugak nak pergi makan nak bawak aku balik. sama la dia ajak Isteri aku ni skali (cik bunge) dia ingat abang dia ni main konsert kahwin-kahwin? ??
aku pon cakap kat Isteri ku sayang ni.. “SAYANG, ABANG NAK BAWAK ADIK ABANG PERGI MAKAN. SAYANG NAK IKUT SAMA?” Isteri faham dan dia suruh bawa Cik Pia pergi makan dulu. itulah dia.. pilihan hati aku. dan dia memang takkan menang nak lawan kehendak Cik Pia yang istimewa ni ? kau ingat senang nak jaga hati semua orang? tidak kira yang normal dan yang istimewa.. Aku tak terbaca komen ucapan dari korang semua dari seluruh alam internet tanpa batasan dan sempadan ni. Aku terharu.. aku tahu yang aku bukan siapa pon. tanpa @afiathorrr kerana DIA lah saluran aku dikenali dan aku masih tetap seperti biasa.
Rezeki yang luar biasa Allah beri melalui dia dikongsi dengan aku ni. terasa luar biasa bila semua mendoakan yang terbaik dan baik baik semuanya. Allah SWT permudahkan urusan aku.. ada juga ujian dan dugaan dariNya. untuk aku terus berdegil juga untuk memiliki Cik Bunge sebagai jodoh teman hidup sehingga akhirNya..
KALAU aku tak buat video dan aku dah ada kehidupan dengan keluarga sendiri lepas ni.. #AbangYangPenyayang ramai lagi manusia berhati dan bersikap mulia diluar sana seperti mana aku buat dengan adik aku ni. Aku mungkin terpilih untuk tunjuk yang terbaik sebagai contoh kepada semua.
Untuk bermula kisah hidup baru dengan isteri tercinta aku juga tidak lepaskan tanggungjawab kepada adik istimewa aku tu. kerana dia anugerah dalam keluarga dan berbuat baik kepada dia tu satu bonos untuk di akhirat sana nanti… ?? aku buat video ke tak buat video ke janganlah marah. sebab aku memang akan buat ??????. itulah cara aku merakam kenangan dengan dia yang teristimewa kesayangan alam…
Sejak semalam di laman sosial ramai berkongsi rakaman MasterChef UK yang memaparkan peserta berasal dari Malaysia tersingkir dari pertandingan memasak itu bila juri tidak berpuas hati dengan hidangannya.
Menghidangkan menu nasi lemak bersama sambal udang dan rendang bagaimana pun hidangan rendang Zaleha Kadir Olpin yang kini menetap di UK kini dikritik oleh juri Gregg Wallace.
“Ayam tidak rangup, ia tidak boleh dimakan,” katanya.
Selain itu Chef John Torode juga turut mengkritik bahawa rendang ayam yang dibuat oleh Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur serta daging perlu luruh dari tulang.
Gara-gara komen ini rakyat Malaysia memenuhi ruangan komen akaun Youtube Masterchef UK dengan mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak tahu tentang masakan tersebut kerana tidak pernah pula rendang ayam dihidangkan ranggup.
Turut mempertikaikan komen juri tersebut adalah Chef Wan. Dalam entrinya di instagram _chefwan58 menjelaskan panjang lebar rasa tidak puas hatinya.
“Kedua juri yang kurang pengetahuan untuk menyediakan masakan ini memberi komen bahawa rendang ayam yang disediakan Zaleha kulitnya tidak ranggup, terlalu banyak sos di atasnya dan pada masa yang sama daging ayam tidak lekang dari tulangnya.
“Mereka juga komen tentang nasi lemak dan sambal yang saya rasa tidak adil kerana keduanya tidak tahu pun macam mana rasa masakan itu apatah lagi menyediakannya.
“Zaleha disingkir atas alasan yang salah. Bukan itu saja mereka telah memalukan Zaleha dan merosakkan penyertaannya dalam pertandingan tersebut.
“Tak mengapa jika dia kalah kerana alasan yang betul tapi dalam kes ini tidak. Mereka seharusnya memasukkan Zaleha kembali dalam pertandingan dan memohon maaf kepada umum sekiranya Masterchef UK mahu mengembalikan kredibilitinya.
“Sekiranya John Torode dan Greg tak faham tentang sesuatu masakan lebih baik tidak berkata daripada memberitahu sesuatu yang salah.
“Mana ada semua sambal kena pedas berapi dan nasik lemak kena kurang santan, semuanya tak masuk akal.
“Torode sendiri pernah membuat rakaman program di Malaysia dan menyediakan rendang bersama Kak Ani dalam rancangannya sebelum ini.
“Memang melihat daripada hidangan Zaleha di skrin saya rasa dia mungkin boleh memasak rendang itu dengan lebih lama sekiranya ada masa tapi bukanlah sampai daging ayam itu tertanggal dari tulangnya.
“Saya juga telah diberitahu oleh seorang rakan bahawa Torode juga adalah lelaki yang sama membuat hidangan ketam bercili menggunakan pes sambal rojak sebagai ganti.
Pada tahun 2016 John Torode pernah ke Langkawi untuk programnya dan memasak rendang Itik. Ia ada dalam You Tube, dia tak ingat ke macam mana nak buat?
“Dia sepatutnya memberitahu Greg supaya diam kerana dia tak pernah pun memasaknya!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...