Enam tahun lalu ayah Aizat iaitu Datuk Amdan Mat Din telah menulis sebuah puisi yang didedikasikan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Puisi bertajuk Harapan jadi Nyata pernah didendangkan oleh Aizat bersama ayahnya pada hari jadi Dr Mahathir.
Ketika itu keadaan kesihatan ayahnya masih baik. Namun kini agak berbeza. Kesihatan ayahnya yang agak terjejas akibat serangan strok menyedihkan Aizat.
Apatah lagi kini bapanya tidak mampu bercakap atau berjalan, sekali gus tidak dapat menyaksikan detik bersejarah Dr Mahathir yang juga idolanya itu menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi.
Menurut Aizat, ayahnya mungkin tidak memahami situasi politik yang berlaku sekarang. Namun dia tetap gembira apabila ayah masih boleh beri reaksi apabila ditunjukkan gambar Dr Mahathir.
Ads
“Agak sedih sebab keadaan kesihatan membuatkan ayah tidak memahami apa yang berlaku sekarang. Tapi kadang-kadang kalau kita nyanyi atau tunjuk gambar Tun, dia akan menunjukkan reaksi.
Lancarkan semula
Perlantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terkini pada pilihan raya umum yang lalu membuatkan Aizat teringat kembali lagu tersebut. Dia memutuskan untuk melancarkan lagu itu semula semalam. Menurut Aizat, dia berharap lagu ini dapat menyempurnakan impian ayahnya.
Orang perempuan memang cukup seronok tengok baby kembar. Nampak comel sangat kan malah ramai yang teringin memiliki anak kembar ini. Tapi selalunya pasangan yang ada keturunan kembar lebih tinggi peluang untuk memilikinya.
Pun begitu mereka yang tiada genetik kembar pun ada peluang tapi kena usaha. Perkara ini dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshat.
Berikut adalah 8 tip yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk yang inginkan anak kembar.
Ini adalah kandungan kembar yang berusia 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
Pemakanan, supplemen tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan.
Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
Orang-orang asli Afrika yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!
Selalu yang kita dengar, ibu yang hampir bersalin diminta berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.
Tapi yang ini lagi hebat. Bukan berjalan tapi siap berzumba lagi.
Perkara tersebut dilakukan oleh seorang bidan, Hasnani Aris untuk membantu seorang pesakit yang juga seorang bidan mengurangkan sakit kontraksi sebelum bersalin.
Hasnani yang juga seorang instruktur zumba telah merakam aksi tersebut dan memuat naik dalam Facebook beliau.
Dia memuat naik dua video, satu video memaparkan pesakit itu yang mengalami bukaan 4-5cm menangis ketika menahan kesakitan akibat kontraksi.
Manakala dalam video kedua, Hasnani dan pesakit tadi sedang menari zumba, tidak memperlihatkan kesakitan malah ceria bergerak menggoyangkan pinggul mengikut gerak lagu.
“Malam ini tugas di sini, kebetulan pesakitnya juga memang penari zumba. Cuba berzumba sambil menunggu waktu bersalin. Sekarang bukaan baru 4-5 cm. Ketika zumba sakit kontraksi tidak begitu terasa berbeza ketika pesakit duduk. Semangat bidan Susi Sayang.”
Demikian catatan Hasnani yang juga instruktur zumba dalam status beliau. Video itu tular di Indonesia hingga mendapat lebih dua juta tontonan.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?
Menurut Dr. Regina Kaplan dari New Jersey Overlook Medical Centre , pergerakan ibu sewaktu kontraksi boleh mempercepatkan proses bersalin.
“Bayi perlu bergerak turun ke jalan lahir jadi bila ibu bergerak, dia sedang membantu bayinya turun,”ujarnya memetik laporan Glamour.
Melakukan pergerakan zumba yang mudah sebelum melahirkan bukan saja mempercepatkan proses bersalin, tapi juga mengrangkan rasa sakit kontraksi kerana fikiran tidak tertumpu pada kesakitan.
Pergerakan tersebut akan memindahkan tekanan dari beban tubuh bayi pada organ tubuh ibu semasa dan bergerak ke jalan lahir.
Kalau anda ada ramai anak perempuan berbanding lelaki, mungkin inilah maksudnya. Dalam tak sedar anda mungkin dalam kategori wanita cantik. Wahhhh
Bukan cakap saja-saja tapi ia berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economic.
Menurut kajian ini, wanita yang menarik atau cantik cenderung hamil dan melahirkan anak perempuan.
Kajian ini telah menjejaki 17,000 bayi di Britain yang lahir pada tahun 1958. Ketika seramai 17,000 bayi ini memasuki usia 7 tahun, Dr. kanazawa telah meminta guru mereka untuk menilai tahap kecantikan mereka.
Bayi yang sama ini kemudian ditemuramah pada pada usia mereka 45 tahun. Di sini mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang cantik kebanyakannya mempunyai anak perempuan.
Terdapat satu lagi kajian tentang wanita cantik. Ia dilakukan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Membuat kajian terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki didapati bahawa wanita cantik 16 % mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6 % mempunyai lebih anak.
Sementara itu lelaki yang dianggap tak begitu kacak pula dilihat 13% mempunyai kurang anak berbanding lelaki lain.
Tapi apa pun ini hanya kajian, kita sebagai umat Islam kena percaya rezeki anak itu lelaki atau perempuan ketentuan Yang Maha Esa. Paling utama kita doakan anak kita sihat dan sempurna.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...