Baju T bila dah lama pakai, bahagian leher mulalah kembang. Ada juga yang baru pakai tapi dah jadi begini bila keringkan dalam mesin basuh.
Kalau baju masih elok dan sedap pakai, takkan nak masukkan dalam stor terus atau buang. Sayang!
Sebenarnya ada cara yang boleh kita buat sendiri di rumah untuk kecilkan kembali leher baju T yang kembang itu. Mudah sangat dan caranya dikongsi oleh pengguna TikTok syafiq.art
DIY mudah baiki leher baju T yang kembang jadi kecil semula
1. Sediakan getah dan juga periuk.
2. Isi dalam periuk, buka api dan biar mendidih.
Ads
3. Ambil getah dan ikat pada bahagian kolar atau leher baju T. Ikat dan simpul dengan kemas supaya tak terbuka.
4. Kemudian rendam bahagian leher yang diikat tadi dalam air mendidih. Biarkan selama 3-4 minit.
Ads
5. Selepas itu angkat dan keringkan.
Dah kering boleh seterika dan lihat hasilnya. Setel masalah T shirt leher kembang!
Jika di halaman rumah kita ada menanam pokok buah-buahan tapi setelah sekian tak juga berbuah mungkin sudah sampai masa anda buat teknik kelaran seperti yang dikongsi oleh Abdul Hamid Ahmad ini.
Daripada merungut depan pokok, sebaik ambil parang dan buat teknik kelaran ini. Buat dengan penuh perasan ya, hasilnya memang buah keluar lebat.
Teknik inilah juga yang digunakan oleh pekebun untuk memaksa pokok berbuah.
Sebelum ini saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.
Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.
Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:
a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.
b) Untuk memaksa pokok berbuah.
Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk.
Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian! Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya.
Apa kata buat teknik kelaran?
Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga “gula”) melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit.
Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah.
Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar.
Bagaimana? Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit.
Kelaran boleh dibuat pada:
a) pangkal dahan-dahan utama b) sekeliling paksi pokok.
Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat. Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?
Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah.
Karpet atau alas kaki dari tali guni atau tali jute ini memang cantik bila letak di lantai rumah kerana warnanya yang natural.
Tapi tak sangka pula boleh buat sendiri. Modalnya sikit cuma perlukan tali jute, kain felt dan hot glue gun. Yang perlu banyak cuma kerajinan dan kesabaran.
Step by step buat karpet tali guni ini dikongsi oleh Qynn Shikin. Boleh isi masa lapang atau mungkin jadi sumber pendapatan sampingan katanya.
1. Relaikan sehelai sehelai ikut panjang mana yang mampu. Nanti tali jute ini akan dibuat tocang. Lagi panjang sebenarnya lagi bagus. Akan kurang nampak sambungan tali. Lagi nampak kemas.
2. Doublekan tali. Setiap tocang perlu ade 6 helai tali macam di bawah. Boleh beli apa jenis tali jute tapi paling berbaloi dan murah beli di kedai Eco.
3. Tali yang dah digabung 6 helai.
4. Simpul hujungnya nanti akan didandan tali tu.
5. Ini rupa bila tali dah didandan, dijalin, ikutlah apa panggilan korang.
Masa ini memerlukan kesabaran sebab tali berpintai dan bergumpal.
6. Dandan tali sampai habis, untuk ukuran 100cm atau 1 meter saiz karpet
Perlukan 10 ketul tali tu ya.
7. Ambil kain felt untuk jadi alas, potong ikut bentuk dan saiz yang dihajati. Lilitlah tali ikut design & saiz tadi. Sambung dan pusing. Tampal tali atas kain felt guna gam panas atau hot glue gun.
8. Kalau nak senang bulat kecik tu tak perlu buat. Buat bulat besar tu saja.
9. Dah habis lilit boleh kemaskan. Gunting dan trim guna pisau yang tajam.
Bahagian belakang dah kemas.
10. Siap! Bulu halus kan karpet ini memang akan nampak. Karpet jute ini tak lembut dan tak keras, sesuailah buat hiasan lantai. Ada juga yang bakar bulu halus tu.
Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Kita pun memang banyak guna cili masakan.
Masalah biasa bila tanam pokok cili ini adalah daunnya boleh jadi kerinting dan kemudian gugur. Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun.
Kalau berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.
Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih. Tip dari Pekasam Atok
Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat. Tip dari Haspalela Abd Hamid
Ambil sebaldi air (saiz sederhana) dan campur dengan 3 sudu kecil garam (sudu KFC) garam. Bancuh dan jiruskan pada daun. Daun bergulung akan elok semula selepas disiram beberapa kali dengan air ini. Tip dari Dahlia Ayu Dahalan
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.