Sejak pemakaian kasut hitam diperkenalkan di sekolah, harga kasut putih dah makin turun. Di kedai, kita boleh dapat dalam RM10-RM15 sepasang saja.
Waktu harga tengah murah kita boleh ambil peluang hasilkan kasut yang berbeza dan bergaya dari kasut putih ini. Semuanya terletak pada kreativiti!
Macam yang dikongsi oleh Rosmawati Mohd Zuki. Kasut putih dilukis dengan corak yang ringkas tapi cantik. Barulah gaya lain daripada yang lain.
Ads
Bahan cuma marker fabrik
Bahan yang digunakan cuma kasut putih dan juga marker khas untuk fabrik ( Unicorn Fabric Marker. Harganya cuma RM12.50 dan ada pelbagai warna.
Ads
Jangan bimbang lukisan pada kasut takkan luntur jika dibasuh melakukan dibasuh menggunakan peluntur.
Bagi yang nak mencuba boleh saja guna pakai idea ini tapi hasil lukisan boleh ikut kreativiti sendiri. Boleh jadikan karya Rosmawati sebagai rujukan ya.
Suka betul kalau nampak laman yang ada banyak bunga ros, berseri-seri dibuatnya.
Mungkin ramai yang terdetik nak tanam pokok bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Liza.
Cara beliau ini menggunakan keratan batang, dan bagi memastikan keratan yang disemai hidup tipnya kena sungkup.
Tip semai pokok bunga ros dari keratan batang supaya menjadi
“Saya suka tanam pokok bunga ros. Ini cara saya semai ros dari keratan batang.”
1. Ambil keratan batang pokok bunga ros. Pilih yang matang dan sihat.
2. Sediakan bekas untuk semaian, media boleh gunakan cocopeat. Kena basahkan.
3. Cucuk keratan dalam media dan sungkup dengan botol plastik yang dipotong atau pun menggunakan beg plastik. Tak perlu buat lubang, kerana nanti akan ada wap air terhasil. Biarkan selama 2 minggu.
4. Ini hasil selepas seminggu ditutup dengan plastik. Masih segar daun asal tak layu dan dah keluar akar.
5. Bila dah keluar akar bolehlah buka sungkupan. Biasanya akar akan keluar lebih kurang sebulan. Jangan tarik atau goyangkan pokok ketika ini.
Ini hasil pokok ros dari keratan batang. Setangkai ada 10 bunga. Meriah.
Ini pula baja dan semburan serangga yang digunakan.
Kalau pokok ular ini ada di luar rumah, lepas ni bawa masuk ke dalam rumah. Sebabnya ada banyak kebaikan yang boleh diperoleh jika pokok ular atau snake plant ini diletakkan di dalam kediaman.
Boleh baca perkongsian daripada Fidz ini yang ramai tak tahu.
5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT
1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.
2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.
3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.
4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.
5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.
6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.
Orang tua dulu-dulu selalunya ada banyak petua yang diguna dan diturunkan kepada anak cucu. Malah petua-petua mereka ini banyak juga yang logik dan berkesan untuk diamalkan.
Antaranya petua ketika dalam bercucuk tanam. Berikut ini adalah lima petua orang tua lama yang boleh kita amalkan sewaktu menanam pokok.
1. Letak daun atau rumput kering dalam lubang sebelum tanam
Seeloknya waktu kita korek lubang untuk tanam pokok carilah daun daun kering atau rumput kering masukkan dalam lubang tersebut kemudian barulah masukkan biji benih atau pokok yang ingin kita tanam kemudian kambus tanah tersebut.
2. Rendam biji benih dalam air bawang putih
Bagi biji benih pula sebelum ditanam seeloknya rendam semalaman dalam air bawang putih yang telah dikisar untuk menggelakkan biji benih di makan serangga kecil dalam tanah.
3. Semai pokok waktu hampir Maghrib
Jika nak semai pokok melalui keratan petang lakukan waktu lewat petang (hampir Maghrib). Ini kerana ketika sudah hampir malam dan cuaca tidak panas. Jika semai pokok ketika ini pokok kekal segar, takkan layu kerana tidak terkena pancaran matahari.
4. Tanam pokok ikut hari
Orang tua lama juga mempunyai hari-hari tertentu untuk menanam pokok. Boleh juga ikut petua ini;
Ahad : Pokok berbuah kecil seperti limau, rambutan, ciku dan sebagainya.
Isnin : Pokok ubi, ubi kayu, keledek dan sebagainya
Selasa: Sayur sayuran, jagung dan sebagainya.
Rabu : Bunga-bungaan
Khamis : Biji-bijian, kacang, padi
Jumaat : Pokok berbuah besar seperti durian, nangka dan manggis
5. Bakar daun kering bawah pokok
Supaya pokok berbuah lebat, bakar daun-daun kering di bawah pokok, biarkan asap mengenai daun dan ranting pokok. Sebaiknya buat waktu petang. Ini sebenarnya satu cara untuk hindarkan serangan lalat buah dan juga serangga perosak yang aktif pada waktu senja.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...