Pagi-pagi kalau nak senang, selalunya ibu-ibu akan buat sandwic sardin untuk anak-anak sarapan. Senang, sedap dan cepat siap. Kenyang pulak tu.
Jadi kalau nak sediakan sarapan berasaskan sardin, pastikan sardin itu bukan yang dikeluarkan dari negara China. Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan sardin yang mengandungi cacing penyebab penyakit anisakiasis itu ialah yang diimport dari negara tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, pada 14 Mei lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menjumpai cacing dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.
Ads
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.
“Memang kita telah sahkan ia merupakan tin sardin dari negara China dan maklum mengenai jenama tin sardin tersebut.
Ads
“Kita telah ambil tindakan untuk tidak import sardin dari China,” katanya ketika ditemui pada satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Kubur tertera papan tanda ‘Kubur lima beradik mangsa ikan kurau’ di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang Melaka tiba-tiba menarik perhatian netizen di laman sosial.
Berlaku 43 tahun yang lalu, ramai yang tidak mengetahui tentang kisah di sebaliknya dan apabila foto kubur ini tular kejadian yang menyayat hati ini diceritakan kembali oleh keluarga mangsa terbabit.
Makmor Kassim, 43 adik bongsu kepada lima beradik berkenaan menyingkap peristiwa yang terjadi kepada abang dan juga kakaknya.
Diceritakan oleh ayah dan ibu kepadanya kata Makmor kejadian menyayat hati itu berlaku pada 1 Disember 1974 dan pada masa itu dia baru berusia enam bulan.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang itu adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.
Ekoran itu katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.
“Saya tidak berapa ingat sangat kerana baru berusia enam bulan. Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.
“Apa yang berlaku itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali. Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.
Menurut Makmor daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.
“Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Letak nama anak sempena nama abang dan kakak
Makmor berkata, meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.
“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.
“Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.
“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.
Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan ALLAH.
“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, ALLAH gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu, sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami,” katanya.
Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.
Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33, Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.
“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.
“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.
Rasanya semua wanita akan berasa emosi membaca kisah rumah tangga Intan Liana Saleh isteri pertama kepada pemuzik Ude Wahid.
Namun begitu empunya diri akur redha dengan keputusan suaminya yang memfailkan permohonan cerai. Meski nampak tenang tapi hakikat dalam hati Intan siapa yang tahu kerana perkara ini berlaku ketika mereka menyambut ulang tahun kelima perkahwinan.
Intan telah memuat naik status sedihnya di dalam akaun instagramnya melalui IG stories baru-baru ini.
“Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia.
“Sedih itu datang dari hati bukan dari muka, luar nampak happy tapi dalam hanya tuhan sahaja yang tahu.
“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta…
“Semoga Allah satukan dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary,” luahnya.
Sebelum itu Intan juga selalu memuat naik status yang melambangkan isi hatinya ketika ini.
Sebelum itu Intan juga selalu memuat naik status yang melambangkan isi hatinya ketika ini.
Status-status ini dihujani dengan pelbagai komen dari netizen yang kebanyakkannya bersimpati dan memberi semangat kepada Intan. Semoga Intan terus tabah berdepan dugaan ini.
Selepas penyanyi Elyana mendedahkan tentang penyakit kanser yang dihadapi terbaru ada khabar yang menyatakan pelakon muda Ardell Aryana turut berdepan penyakit yang serius.
Meski berita tersebut tidak keluar dari mulut pelakon itu sendiri tapi perkara itu diungkap oleh teman rapatnya iaitu Nadzmi Adhwa selepas dia memuat naik status di instagram berserta kapsyen panjang lebar mengenai kesihatan Ardell. Sejak itu netizen mula berteka-teki mengenai tahap kesihatan pelakon tersebut.
“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.
“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.
Pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang penyakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin. Kapsyen pada video yang dimuat naik itu hanya menyebut Ardell bakal menjalani rawatan terapi.
Memetik dalam laporan Sinar Harian daripada ruangan komen netizen pada status Nadzmi itu dikatakan Ardell sedang berdepan dengan penyakit kanser tahap 3.
Dalam laporan Astro Awani, Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon telah gagal.
Pertanyaan melalui WhatsApp pun tidak berjawab selepas Nadzmi menjawab salam. Terkini, ruangan komen di status instagram video tersebut telah ditutup.
Dalam pada itu status Ardell di instagram sendiri menggambarkan dia sedang berdepan dugaan besar dan menyakin dirinya akan tidak menyerah kalah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...