Alangkah enak menikmati tart untuk sajian desert, lebih-lebih lagi bagi penggemar tart telur.

Kalau beli tart telur ini agak mahal yang dijual di pasaran dan tidak berbaloi jika mahu makan seisi sekeluarga.

Maklumlah tidak cukup satu, sebaliknya akan makan untuk dua atau tiga ketul. lebih-lebih lagi jika rasanya sedap dan terasa lapar.

Jadi jangan buang masa, anda sebenarnya boleh cuba buat sendiri tart telur ini. Dan resipi tart telur dikongsi Norain Naim ini sangat menjimatkan dan mudah dibuat.

Paling penting buatannya halal serta penuh kasih sayang hasil air tangan sendiri.

TART TELUR HOMEMADE LAGI SEDAP DARI BAKERY
=============================================

Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu.

Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak anak tapi mak mak ,ayah ayah nenek nenek atuk atuk pun suka tau.

Buat mudah sangat sangat. Jom cikedot

IKLAN

BAHAN PASTRY
=============
Ain guna pastry brand KAWAN @ apa apa brand pun boleh

FILLING
======
150g Gula Pasir
250ml air panas
4 biji telur
200ml fresh milk @ Full cream
1 sudu teh esen vanila

CARA CARA
==========

1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2. whisk telur tak perlu lama. Masukkan air gula,full cream milk,esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu kite tak nak ada buih

3. Sebelum tepek kulit pastry ain sapu butter sikit tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, Tepek kulit pastry dekat acuan,kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh.

Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah , kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.

4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing masing

5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.

6. Keluarkan tart dari oven. Kalau ain terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit tu supaya bile dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.

7. Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejapan dah licin sebab sedap sangat ya ampunn

#AinKongsiResepiMudah

Artikel Berkait:

Resipi Nasi Ayam Mudah, Confirm Anak Makan Tambah Berkali-kali

Cara Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Tipnya Kena Letak 2 Sudu Bahan Ini

Dapatkan pelbagai acuan tart, beli di sini