Hebat betul Dr. Soo Wincci ni, setakat ini dia sudah punya ijazah dalam undang-undang, ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan, ijazah doktor falsafah dalam bisnes strategi dan terbaru ijazah sarjana dalam Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi dari institusi berprestij impiannya iaitu Universiti Berklee Valencia Campus.
Tapi 4 ijazah yang dimiliki ini masih belum cukup buat dirinya, bekas ratu cantik yang juga pelakon dan penyanyi ini masih ‘gila study’, dahagakan ilmu malah mahu terus menyambung pengajian.
Ramai tertanya-tanya apa yang mendorong dia untuk terus belajar dan belajar. Perkara itu terjawab dalam status terbaru instagram Wincci semalam selepas menerima ijazah sarjana yang kedua.
Kena rajin sebab tak cerdik!
‘Wincci tak dilahirkan cerdik atau mempunyai kehidupan yg baik jadi kenalah berkerja keras dan lebih rajin belajar demi impian besar. Wincci, jom mari kita semua terus berusaha demi masa depan!’
Dalam status yang sama Wincci turut memuat naik empat ijazah yang dimilikinya. Inilah yang seharusnya dicontohi oleh anak muda sekarang.
Terpilih untuk Post Master Fellowship duduk Sepanyol setahun lagi
Selain itu selepas menerima ijazah sarjana kelmarin, dia juga memberitahu akan terus menetap di Sepanyol selama setahun lagi kerana terpilih untuk Post Master Fellow ship untuk melakukan projek di sana. Kan cakap dia memang gila study! Respek betul Wincci nih.
Kejayaan Wincci ini tak dapat dinafikan memberi banyak inspirasi kepada peminatnya. Ia dapat dibaca melalui komen yang ditulis oleh mereka. Dalam pada itu peminat juga turut memberi sokongan agar bekas ratu cantik ini terus belajar dan mengejar cita-citanya!
Walaupun ramai yang suka mengecam tapi bab ini VK kagum respek dengan Wak Doyok. Di sebalik macam-macam kata-kata netizen dia tak kisah kerana matlamatnya adalah membahagiakan ibunya.
Semua itu diceritakan oleh Wak Doyok melalui instagramnya baru-baru ini. Ikon fesyen lelaki ini berkongsi bagaimana dia menelan segala caci maki terutama di media sosial demi mencari rezeki agar dapat menyediakan keselesaan untuk ibunya.
Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan,ketawakan,gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya menberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.
Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media.
Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.
Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu. Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain.
Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selesa di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya. Saya hanya menumpang sahaja.
Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih,bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tatapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayang gi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.
Tiada yang lebih menyedihkan buat seorang anak selain dari terpaksa menerima hakikat pemergian orang tua sendiri. Baik kehilangan ibu atau pun bapa, ia satu kesedihan yang tidak terungkap oleh kata-kata.
Namun tatkala mengenang saat kehilangan itu sebenarnya ada banyak pengajaran yang boleh disingkap oleh seorang anak.
Demikian juga apa yang dipelajari oleh Hamizah Farhana Hussein dan kakaknya Haliza Hussein di sebalik pemergian bapanya Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Arwah merupakan tokoh akademik yang banyak berjasa kepada negara dalam bidang pendidikan. Ilmunya bukan sahaja disumbangkan dalam menyusun strategi dan membentuk dasar–dasar Negara untuk membangunkan institusi pendidikan di Malaysia.
Beliau juga tidak jemu mendedikasikan sepanjang hayatnya menulis buku-buku dalam bidang pendidikan untuk manfaat guru-guru, penjawat awam, orang ramai dan generasi akan datang.
Pemergian tokoh akademik ini bukan sahaja dirasai oleh rakan-rakan seperjuangan, malah mereka yang pernah dididik oleh allahyarham, yang tidak terkira bilangannya.
Sudah tentu lebih merasainya adalah anak-anak allayarham. Kisah ini diceritakan sebagai perkongsian kepada orang ramai bagaimana lima beradik dan pasangan masing-masing telah bersatu hati menjaga si ayah sebagai balasan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Menurut Hamizah atau Mieza, ayahnya berjuang di hospital hampir tiga minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dalam tempoh ini dia dan adik beradiknya telah menolak ke tepi kepentingan diri dan kerjaya demi untuk bersama dengan ayah mereka.
“Ayah memang seorang yang mementingkan keluarga selama hayatnya dan kami juga diajar begitu. Pada waktu itu, kami nampak prinsip yang ditekan pada kami selama ini sebenarnya cukup berharga.
“Bila ayah di hospital di hari-hari terakhir hidupnya, kami adik beradik seramai 5 orang tahu kami perlu sentiasa di sisinya. Kami bersatu hati untuk menjaga ayah.
“Kami semua tinggalkan kerja yang sebelum ini jadi keutamaan, saya sendiri mengambil cuti sebulan begitu juga dengan adik beradik yang lain.
“Malah kakak ipar yang berada jauh di Sarawak juga tidak ketinggalan. Suami saya sendiri tidak jadi ke Johor Bahru, outstation dan berada di sisi ayah. Kami bergilir-gilir menjaga ayah selama dia berada di hospital.”
“Setiap hari, anak-anak bergilir-gilir ganti menemani ayah. Kami sentiasa membacakan surah pilihan seperti Al-Mulk, Yasin, Ar-Rad, Al-Kahf dan Al-Waqiah serta zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.”
“Setiap kali waktu bersesuaian, kami akan solat berjemaah bersama dengan ayah. Kami bantu ayah mengambil wuduk menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya dan diimamkan oleh abang.”
“Paling sayu adalah apabila bila semua berkumpul dan solat Subuh berjemaah di pagi Aidil Adha di hospital. Selepas solat kami bertakbir bersama ayah. Suasana waktu itu penuh hiba kerana ayah sedar walaupun keadaan ayah amat lemah.”
“Keadaan ayah yang lemah waktu itu membuatkan pertuturan ayah terhad. Kami tahu ayah ingin menyampaikan permintaan-permintaannya. Walaupun sukar, tetapi intuisi dan gerak hati antara ayah dan kami sangat kuat. Dari sebutan perkataan sebagai isyarat kami tahu kehendaknya satu-persatu.
“Antara keinginannya adalah meneruskan majlis mengagihkan daging korban untuk anak-anak saudara sebelah ayah seramai 14 belas keluarga yang telah dirancang sebelum itu.
“Dia juga mohon dibawa pulang ke rumah. Sangat susah sebenarnya buat kami pada waktu itu untuk menunaikan permintaan ayah kerana keadaan ayah yang masih memerlukan penjagaan rapi pihak hospital dan kami masih mahu berikhtiar selagi boleh untuk ayah.
“Kami berada dalam dilema memikirkan tentang perjalanan majlis menjamu saudara mara sedangkan ayah berada di hospital.
“Tapi kami percaya Allah SWT telah bimbing keputusan kami dan perancangan Allah itu cukup cantik, memudahkan apa yang kami lalui pada waktu tersebut. Sehari sebelum majlis diadakan, doktor sendiri memaklumkan telah habis ikhtiar dan sudah sampai masa ayah dibenarkan pulang.
“Permintaan ayah untuk balik ke rumah dan berada di majlis yang dirancangnya sendiri bersama ahli keluarganya tertunai. Dengan kerjasama adik beradik, beberapa permintaan peribadi yang lain juga kami rungkai satu persatu dan tunaikan seperti yang dihajati.”
“Sungguh cantik aturan Allah. Hari tersebut orang ramai tidak putus-putus hadir menziarah seperti ayah dihujani rahmat dan doa. Petang itu, walaupun tiada perancangan awal, kami seperti dibimbing untuk mengadakan majlis kecil-kecilan bersama keluarga membaca al_quran menggunakan ayat-ayat dan surah terpilih yang dipimpin oleh seorang ustaz dari Syria, Iman Muda di Masjid Kampung Tunku juga kebetulan seorang kenalan ayah.
“Solat maghrib pada hari itu juga, seperti ‘dirancang’. Tanpa sebarang perancangan, seolah-olah seperti kami dikumpulkan untuk solat berjemaah bersama ayah. Sejurus selepas solat dan doa, nafas ayah tiba-tiba semakin lemah.”
“Alhamdulillah, saya sempat melafazkan shahadah di telinga ayah dan diulangi berulang kali hingga ayah menghembuskan nafas terakhir pada pkl 8.40 pm. Semua anak-anak dan menantu kesayangan ayah serta emak berada di sini ayah semasa ayah pergi.”
“Solat jenazah ayah dimandikan anak-anak lelaki dan diimamkan oleh abang sulung di masjid Kampung Tunku. Subhanallah, hari itu kami sangat terharu dan bersyukur apabila melihat masjid dibanjiri ramai orang.
“Ini kerana, selain ayah merupakan orang masjid, menabur bakti dalam aktiviti Pakatan Kebajikan Islam di Kampung Tunku, ayah juga punyai ramai anak didik. Mereka ini turut hadir untuk menunaikan solat terakhir ayah.
“Walaupun sedih pemergian ayah tapi saya hadapinya dengan tenang. Mungkin kerana peluang yang Allah berikan kepada saya dan adik beradik untuk berada di sisinya dan menjaganya sebaik mungkin serta kami bersyukur dapat menunaikan segala permintaannya.”
“Bila ingatkan kembali apa yang kami lalui sewaktu ayah di hospital ia sebenarnya merapatkan lagi ukhuwah kami adik beradik dan perginya pula membuatkan kami lebih beringat kepada akhirat, semoga kami istiqomah,”ungkap Mieza.
Melalui facebook, seorang penulis, Khairul Hakimin Muhammad berkongsi mengenai tip untuk menguatkan memori bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun. Hal ini sebenarnya amat penting untuk membina jati diri bagi seseorang individu.
Jom kita lihat 10 tip yang dikongsikan.
Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.
Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.
Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minimum 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.
Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.
Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.
Sentiasa duduk dengan anak minimum 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.
Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.
Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.
Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.
Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.
Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.
Semua yang di atas adalah dari:
– Jennifer Heisz, McMaster University.
– BrainLab.
– Amanda Morin, Understood.org.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...