Inilah kek batik yang sebenar, siap dengan lukisan corak batik di atas. Kek ini merupakan hasil kerja tangan Farizah FieMarissa.
Menggunakan resipi kek batik lembut perkongsian pempengaruh terkenal Khairul Aming, wanita ini menambah keunikan kek batik yang turut menjadi jualannya dengan hasil lukisan batik.
Tidak lokek ilmu, beliau berkongsi hantaran mengenai resipi dan cara penghasilan lukisannya dalam satu hantaran di satu grup masakan terkenal di Facebook.
Inilah kek batik yang sebenar, siap lukisan corak batik
“Inilah namanya kek batik, batik. Saya lukis guna buttercream saja sebab kurang sabar nak handle white chocolate untuk canting. Kali pertama try lukis batik, banyak lagi yang perlu diperbaiki,”ujar Farizah.
Resipi Kek Batik Khairul Aming
Bahan-bahan
Ads
1 ketul mentega
1/2 tin susu pekat
2 biji telur
1 cawan Milo atau jenama lain
1/2 cawa susu cair
2 paket biskut Marie-patahkan
1 sudu teh serbuk kopi (jika suka)
1 sudu teh garam
Cara membuat
1. Panaskan kuali, cairkan mentega. Selepas cair, masukkan susu pekat.
Ads
2. Seterusnya tuang Milo dan serbuk koko. Kacau rata.
3. Selepas sebati masukkan susu cair Bersama serbuk kopi dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan biskut Marie yang dipatahkan. Kacau hingga coklat mengenai semua biskut.
Ads
5. Selepas coklat rata, letak dalam Loyang dan mampatkan. Sejukkan di dalam peti.
6. Untuk topping, masak chocolate coin dengan kaedah double boil. Kemudian curah atas kek batik yang sudah keras. Selepas coklat kering, bolehlah menghias mengikut citarasa.
Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.
Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.
Buat sendiri pai tee
Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.
Bahan untuk kulit
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur
Bahan untuk inti
Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar
Cara membuat pai tee
Campur semua bahan dalam bekas, kacau hingga sebati adunan.
Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang.
Langkah goreng pai tee
Cara membuat inti
Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan isi udang/ayam.
Kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
Masukkan sayur ini ke dalam pai tee yang siap digoreng dan juga sos (sos nasi ayam).
Cara mudah dapatkan sulur ubi keledek untuk tanam, boleh cambah tepi tingkap dapur saja. Kalau suka makan ubi keledek tak kiralah keledek manis, Jepun dan sebagainya bolehlah usahakan untuk tanam sendiri ikut tip ini.
Untuk mendapatkan benih atau sulur ubi keledek untuk tanam pun mudah sangat. Tak perlu beli benih bagai, kita sendiri boleh cambah tepi tingkap dapur. Beli keledek di kedai runcit untuk hasilkan benih pun boleh. Kaedahnya mudah ini dikongsi oleh Tariq Syahman.
Cara dapatkan sulur ubi keledek untuk tanam semula
1. Beli ubi keledek yang nak ditanam dari kedai/pasaraya/online.
2. Baringkan ubi dalam bekas berisi 3-4cm air.
3. Letak di tempat redup. Tepi tingkap dapur yang masuk cahaya matahari pun boleh.
4. Dalam masa 1-2 minggu, sulur akan mula keluar daripada ubi.
5. Selepas 1-2 minggu sulur keluar, cabut sulur dari ubi dan tanam ke tanah/pasu.
6. Ubi tadi biarkan saja di dalam air untuk keluarkan lebih banyak sulur, sampai ubi jadi kering.
7. Sebiji ubi boleh hasilkan 20-30 sulur.
6. Cara dapatkan sulur ubi keledek ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis ubi. Cubalah.
TIP
Anak pokok keledek ini boleh dipindahkan dalam pasu, atau batas. Nak lagi mudah boleh juga tanam dalam guni plastik.
Untuk menggalakkan pokok ubi keledek yang ditanam keluarkan ubi, kena gunakan baja yang kandungan kalium/potassium tinggi.
Kalau hanya siram air basuhan beras, air kulit bawang, memang tak jadi kecuali tanah memang dah ada unsur kalium/potassium yang tinggi.
Bila ada jambangan bunga dalam rumah, suasana memang lagi berseri. Cuma dilemanya nak beli gubahan bunga yang dah siap memang mahal tapi nak gubah sendiri tak tahu pula.
Bagi korang yang dalam situasi ini boleh ikut panduan menggubah bunga yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
Macam-macam bentuk gubahan boleh buat, cuma perlu cucuk bunga ikut aturan yang disediakan ini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...