
Satu kajian yang disiarkan dalam British Telegraph menyatakan bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun.
Bila pandang muka Fazura, Sariyanti, Lisa Surihani, Wawa Zainal rasanya macam betul pula.
Bukan saja-saja cakap tapi fakta itu sebenarnya diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain tidak lama dulu.
Hasil tinjauan itu mendapati kecantikan seseorang wanita boleh ditafsirkan bukan sahaja daripada paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.
Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita dipandang cantik apabila dia berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 peratus pula melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Tidak kurang yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan terletak pada yang empunya diri, tetapi mata orang yang melihat.
Hasil kajian juga mendapati perkara berikut :
- Daya tarik wanita mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun.
- Tanda penuaan mula muncul pada usia 41 tahun.
- Mula tidak merasa seksi di usia 53 tahun.
- Mula kelihatan tua di usia 55 tahun.
Mengikut laporan itu, wanita yang lebih dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Turut disebut bahawa wanita berusia awal 30-an sebenarnya jauh lebih cantik berbanding wanita yang berusia 18, 19 atau awal 20-an.
Wanita berusia 30-an atau awal 40-an dianggap paling cantik kerana inilah ketikanya mereka memiliki aset hidup yang paling berharga iaitu kecantikan rupa, kematangan fikiran, keyakinan diri dan juga mungkin kemampuan ekonomi untuk melebihkan belanja bagi memanjakan diri.
Kenapa Perut Wanita Hamil Ada Garisan Hitam?

Isi Kandungan
Toggle
Kalau anda perasan, ketika hamil selalunya wujud garisan hitam di bahagian perut hingga ke ari-ari. Ada sesetengan individu yang risau akan garisan itu yang semakin lama semakin jelas di perutnya, terutama ketika hamil.
Hal ini menyebabkan Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad mendapat banyak soalan berkaitan dengan garisan hitam ini. Melalui Instagram, Dr Zubaidi menjelaskan sekali gus merungkai persoalan.
Disebut Linea Nigran
Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara.
Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau.
Wanita tak hamil pun ada garisan ni
Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba.
Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari-ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan.
Disebabkan perubahan hormon
Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yng dikeluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.
Garisan lebih jelas kalau kurang asid folik
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kekurangan asid folik semasa hamil.
Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas.
Bukan petunjuk jantina bayi
Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahem adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan saja.
Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.
Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mencantikkan kulit selepas melahirkan anak. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
VK pun perasan gak ada garisan macam ni kat perut. Mujur ada penjelasan daripada Dr Zubaidi ni. Hilang segala persoalan. Yalahkan, takut gak kalau bahaya ke, apa ke.
Sumber: Dr Zubaidi
Bonda Rozita Akui Sukar Cari Tukang Urut Mahir, Sampai Ke Kampung-Kampung Pergi Survey

Isi Kandungan
Toggle
Apabila kita ingin mendapatkan khidmat urut, sudah pasti perkara paling utama ialah kemahiran yang dimiliki. Sebab itulah, jutawan kosmetik, Bonda Rozita Ibrahim sanggup pergi mencari walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau sendiri mengakui bukan mudah nak dapat seorang tukang urut yang mahir dengan ilmu yang ALLAH berikan. Menurut Bonda Rozita, tempoh tujuh bulan pun belum tentu dia dapat menemui tukang urut yang menepati cita rasanya.
Melalui instagram, beliau memberitahu bahawa jika ada yang mengenali tukang urut mahir, beliau sendiri akan menemui tukang urut itu untuk mencuba khidmat urut yang ditawarkan. Begitulah betapa terperincinya pemilihan tukang urut mahir bagi Bonda Rozita.
Saya akan test sendiri urutannya
Cari tukang urut yg mahir sgt susah.. 7 bulan blm tentu sy dpt sorg.. Merata2 tanya dan kalau dh jumpa sy akan dtg test sendiri urutannya. Selalunya mereka masuk ke kwasan pendalaman survey dr org2 setempat di kampung bertanyakan kebolehan pd penduduk setempat..
Kenal pasti tukang urut mahir
Sy pernah buat semasa arwah ayah sy sakit saraf dn tulang belakang ..Apa yg saya buat di rumah hutan merupakan kemahiran yang ada pada saya mengenalpasti tukang urut yang bagus untuk memudahkan orang yang ingin berikhtiar dengan cara berbagai teknik urutan dlm aura 6 sendi
Mahir mengurut ialah anugerah ALLAH
Tukang urut sy dapat mengenal urat2 yg menyelit dn saraf2 tenggelam utk dibetulkan..Ilmu Allah beri pd mereka sgt unik dn susah nk belajar..(belum tentu pandai..gifted dr Allah)..Slip disk..peranak keluar boleh masik balik..Susah gerak dn macam2 kebolehan yg ada diantara mereka..
VK setuju. Memang susah nak dapat khidmat tukang urut mahir ni. Memang ada yang belajar teknik mengurut. Tapi kalau dapat tukang urut yang memang pandai mengurut atas anugerah ALLAH ni memang amat bertuah. Senang cakap, tukang urut macam ni, dia sentuh-sentuh je tempat yang bermasalah tu, boleh sembuh.
Sumber: Bonda Rozita Ibrahim
Sejenis Kecacatan Yang Cantik, 5 Kelebihan Wanita Miliki Lesung Pipit

Isi Kandungan
Toggle
Satu kelebihan paling nyata adalah, mereka yang berlesung pipit ini akan nampak sentiasa sweet. Kalau senyum apatah lagi. Lihat saja Wawa Zainal ni kalau dia senyum memang boleh cair hati lelaki yang melihatnya.
Tapi bukan itu saja kelebihan mereka yang mengalami sejenis kecacatan cantik ini khususnya wanita. Mereka akan turut ada 5 kelebihan ini.
1. Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut kajian, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan.
2. Ramai yang tertarik
Menurut kajian lagi, lesung pipit mampu menambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap.
3. Kelihatan awet muda
Para saintis menyatakan kelebihan mereka ada lesung pipit ni ialah tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.
4. Penyebar aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.
5. Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit
Kalau di Malaysia Wawa Zainal yang merupakan artis paling comel yang mempunyai lesung pipit. Siapa tengok dia mesti terpikat punya kan!
Bagaimana kecacatan lesung pipit terjadi?
Ia dikatakan kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila anda bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.
Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).