Ramai yang berdepan dengan masalah kehadiran semut di rumah. Walaupun tiada gula atau manisan bertaburan tapi semut ini tetap ada.
Bukan setakat pada lantai tapi naik juga di meja makan, table top dan juga dalam kabinet. Lagi merisaukan bila ada anak kecil di rumah yang mungkit kena gigit oleh haiwan kecil ini.
Nak guna racun serangga memang rasa tak selamat bila ada anak kecil
Salah satu solusi selamat dan berkesan untuk masalah semut di kediaman adalah dengan membancuh sendiri spray homemade ini.
Dikongsi oleh Yatie Emira, bahan untuk membuatnya cukup mudah iaitu cuka, cecair pencuci dan juga air.
Cara buat spray semut, lebih selamat
Ads
Alang-alang baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak, banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit. Pantang ada makanan tumpah sikit, berduyun-duyun masuk rumah.
Semuanya mati bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah.
Ads
Untuk buat spray semut serbaguna ini saya gunakan – 1 bahagian cuka – 5 bahagian air – Sedikit sabun pencuci pinggan (dalam 25%-30% dari jumlah cuka).
Campur semua bahan ini dalam botol spray dan sedia digunakan. Boleh spray terus pada semut dan untuk elak semut datang kembali sembur juga pada laluan semut.
Ads
Boleh juga letak kulit kayu manis. Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ini akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut.
Macam mee sup tapi bukan, kalau di pantai timur ia dikenali sebagai mee kuah. Ada juga yang memanggilnya mee rebus.
Cara membuat mee kuah ini memang ringkas. Tapi kena makan terus selepas siap masak kerana mee akan dimasak sekali dengan kuah. Memang sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman
Cara buat mi kuah stail pantai timur
Bahan-bahan
Mee kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
Cara membuat:
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.
Biasa berlaku di rumah, air yang keluar dari kepala paip perlahan. Bekalan air tiada masalah tapi air yang keluar sikit saja tak laju hingga melambatkan urusan.
Dikongsi oleh @zammenyelenggara, menurut beliau salah satu punca air keluar perlahan ini adalah kerana ada angin dalam paip.
Cara selesaikan
Bagi menyelesaikan masalah ini caranya mudah saja, tak perlu panggil tukang pun. Ia boleh dilakukan sendiri. Caranya;
1.Kita cuma perlu buka kepala paip untuk mengeluarkan angin, kemudian biar air mengalir seketika.
2. Selepas nampak air mengalir laju, boleh pasang semula kepala paip. Selesai masalah.
Boleh tonton video DIY di bawah untuk lihat caranya.
INFO EKSTRA
Punca angin masuk dalam paip ini terjadi sewaktu air tangki kering. Keadaan ini juga dipanggil airlock. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil.
Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku.
Masalah ini apabila berlaku, buka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada bilik air mengeluarkan air.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...