Punyalah jaga kereta tapi tetap bercalar juga, kadang-kadang puncanya dari tindakan kita juga. Kena kunci, bergesel dengan pagar dan macam-macamlah. Walaupun sikit tapi tetap sakit mata.
Tapi setakat calar sikit-sikit kita setelkan sendiri saja, tak perlulah pergi kedai untuk polish.
Cara paling mudah dikongsi oleh Afifah Salleh. Caranya cuma guna Magic Sponge saja. Harga pun tak sampai RM3.
Kesan calar kereta hilang, guna magic sponge murah saja
Ads
Sumpah berbaloi gila guna Magic Sponge yang bermodalkan RM2.10 je (ini beli di kedai Eco, harga lama ya. Span ini banyak jual di kedai serbaneka, oulet macam Daiso pun ada jual). Kesan calar ni dah lama sental siap hantar polish kereta lagi tapi still tak boleh hilang.
Guna sponge ni letak air sikit, gosok- gosok terus hilang calarnya. Happy sungguh.
Ads
Magic Sponge ni ada 4 ketul. Beli kat kedai Eco, bukan calar je boleh hilang, kotoran degil yang lain pon boleh hilang juga. Tak percaya? Boleh cuba.
Bagi memudahkan kerja memasak, kita selalu beli pelbagai jenis daun dan herba. Selalunya kita beli banyak untuk buat stok. Tapi malangnya biasa terjadi daun ini semuanya layu dan lembik sebab tak disimpan dengan betul.
Supaya tak berlaku lagi situasi yang membazirkan ini boleh simpan ikut kaedah frozen seperti dikongsi oleh Ummi Kalsum Hassian. Petai pun boleh frozen tau.
Jika kebiasaan kita letak air dalam bekas dan masuk bahan yang nak disimpan tapi cara ini lagi mudah. Tak perlu rendam boleh terus simpan. Caranya boleh ikut perkongsian beliau.
Sis memang suka frozen kan bahan-bahan masak macam ni. Tahan lama dan tak perlu kerap nak pergi kedai.
Cara dia, basuh semua bahan. Toskan air. Masuk dalam bekas, dan bekukan.
Tujuan toskan air tu sebab senang masa nak ambil tak payah defrost bahan-bahan.
Yang putih-putih tu ice. Mungkin masa tos tu air dia tak betul-betul kering.
Simpan cara ini lagi mudah untuk kita ambil, tak perlu defrost. Boleh terus masuk dalam masakan. Jika nak jimat ruang boleh masukkan dalam plastik saja.
Ini antara daun, herba yang saya ‘frozenkan’.
Daun pandan boleh potong dulu sebelum frozenkan
Daun limau purut- baunya kekal.
Serai potong siap-siap, setahun pun elok lagi kalau simpan cara ini
Halia sebaiknya dikupas dan dipotong dulu sebelum simpan, begitu juga jika lengkuas.
Daun kari, selain dikeringkan boleh juga disejuk beku.
Petai pun boleh frozen ya. Cuma nanti bila dah masak, kerangupannya akan kurang.
Semoga bermanfaat.
Boleh beli mini frezeer macam ni kalau peti ais tak muat. Klik SINI untuk link.
Lepas mandi boleh lihat banyak rambut di lantai bilik air. Memang merisaukan terutama kalangan wanita. Bimbang nanti rambut makin nipis sampai nampak kulit kepala.
Sebenarnya salah satu penyebab keguguran rambut ini boleh jadi kerana cara kita bersyampu salah. Ha ramai yang tak tahu kan.
Dikongsi oleh Nunnajmeen yang berdepan dengan masalah keguguran rambut sebelum ini berikut adalah cara syampu rambut yang betul untuk elak rambut gugur.
Salah satu sebab utama rambut banyak gugur waktu kita basuh rambut, di mana cara kita syampu rambut itu salah.
Saya mula syampu rambut dengan betul 30 hari lalu dan hari ini dah nampak perubahannya. Dah kurang dah helaian rambut gugur!
Saya share 3 tip untuk syampu rambyt secara efektif
Saya suka pakai wide tooth comb jenis kayu yang giginya tumpul.
Jangan lupa urut and sikat belakang kepala juga. Dari tengkuk dan ke atas.
Buat dalam 5 minit untuk lancarkan peredaran darah.
Yang ini untuk yang shampoo selang 2-3 hari saja tau. Tak disarankan untuk cuci rambut dua kali sehari setiap hari.
Kenapa saya cakap double cleansing instead of double shampoo? Sebab seminggu sekali saya akan buat double cleansing, consists of Shampoo + Hair Treatment Rinse.
Double Cleansing in Hair Care. Ada 2 cara:
1. Shampoo + Shampoo
2. Shampoo + Hair Treatment Rinse (HTR)
Saya lebih prefer buat cara no. 2. Sebab saya buat double cleansing ini untuk bersihkan akar dan kulit kepala dari kotoran dan minyak berlebihan.
Selepas bersyampu biarkan seketika jangan terus bila. Biarkan bahan-bahan dari syampu menyerap masuk dalam akar rambut selama 5-15 minit.
Sementara tu bolehlah bersihkan tandas ke apa kan. Selepas itu barulah basuh dengan bersih.
Siapa yang pernah bersalin dan berpantang waktu bulan puasa memang faham sangat situasi ini.
Bila dah bersalin awal bulan Ramadan biasanya ibu tak dapatlah nak berpuasa kerana nifas.
Ada yang memang sebulan terus tak berpuasa. Paling tak best bila ada yang tak sempat menggantinya kerana menyusu anak. Kalau dah langkau tahun masih tak ganti puasa apa nak buat?
Boleh baca penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tatkala membalas persoalan dari seorang ibu tentang masalah ini.
Asalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qada’ puasa sahaja atau
2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau
3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja
Saya masih menyusukan anak sekarang. Yang mana satu yang perlu saya ikut nya sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar. Saya tidak tahu mana yang patut ikot.
Terima kasih ustaz
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) : “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...